Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

Facebook dan Twitter memang medium terbaik untuk semua bloggers. Ada blog tapi tak ada akaun Twitter dan Facebook macam tak kena je rasa. hahahaha!!! Orang lain saya tak tahulah, tapi bagi saya 2 akaun ni sangat penting bagi setiap bloggers.

Facebook dan Twitter keduanya penting sebagai medium untuk bloggers dan pembaca blog saling berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita kemas kini blog, kita akan beritahu semua orang dekat kedua akaun ni kan? hehehehe!!! Biasalah tu.

facebook vs twitter

facebook vs twitter

Sama konsepnya dengan setiap kali kita kemas kini blog, kita wajib ping blog kita untuk search engine macam Google contohnya tahu yang kita dah update blog tapi awas eh, jangan sampai kena lempang dengan Google. Kenapa? Baca entry bro Denaihati tu. hahaha!!!

Ok, sambung. Tapi, kita sebagai blogger ni pun kena tahu juga cara penggunaan kedua-dua media sosial dengan betul. Ssaya tak adalah teror sangat nak bagi tips hebat-hebat. Sajalah saya tulis Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers. Mana yang boleh pakai dan logik, terimalah. Kalau tidak, abaikan je.hehehehe!

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

1. Urus Akaun Twitter/ Facebook sendiri

Blog korang boleh uruskan sendiri kan? Jadi, pastikan akaun Twitter mahupun Facebook pun korang uruskan sendiri dan bukan kongsi dan minta tolong orang lain yang kemas kini status korang. Ini menunjukkan keprihatinan korang.

2. Sentiasa kemas kini status Twitter/Facebook

Pastikan akaun Twitter dan Facebook korang tu sentiasa ada cerita baru. berbuallah dengan kawan-kawan Facebook/Twitter korang. Sentiasa kemas kini. Kalau malas atau sibuk sangat sekalipun, curi-curi masa sikit untuk kemas kini. Jangan buat akaun korang tu “berhabuk” lama sangat.

3. Gunakan Identiti Sebenar

Kalau boleh, bila buat Facebook/Twitter tu gunalah nama yang menunjukkan identiti blog korang juga. Macam saya, blog saya Lizarazak.com. Jadi, untuk akaun Twitter saya guna lizarazak dan untuk Facebook pula saya kekalkan lizarazakdotcom. Jangan buat pembaca blog susah nak cari korang dalam Twitter mahupun Facebook.

4. Jangan Paksa followers/friends

Blogger dengan trafik memang tak boleh nak pisahkan. Biasalah, semua blogger nak trafik masuk dalam blog dia mencurah-curahkan. Tapi, bila kita dalam Twitter/Facebook ni janganlah amalkan sangat konsep memaksa orang untuk baca entry blog kita. Jangan sampai followers/ friends kita rasa annoying lah dekat kita. huhuhuhuhu!

5. Jangan main tag-tag di Facebook

Oh please lah bloggers, jangan sesekali buat amalan buruk perangai ni. Tag-tag benda yang memang ada kaitan dan penting tak apa ya. Tapi, bila tag-tag perkara yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan seseorang tu ibarat mencari gaduh dalam diam tau.hahahaha!!! Orang akan maki kita 😛

6. Layan semua followers/Friends sama rata

Bloggers tak boleh pilih-pilih kawan ya. Merbahaya sangat woo. Layanlah semua orang yang menyapa kita tu seikhlas hati dan sama rata. Memang saya tak nafikan, saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang juga. Rasa bersalah bila tak balas mention di Twitter tapi saya tahu saya dah MENCUBA layan semua orang cuma saya tak mampu. Itu lain cerita tapi at least kita dah cuba! Jangan jadi sombong dan memilih kawan tak bertempat!

7. Privasi

Kita ambil contoh di Facebook. Pastikan kita dah set awal-awal level privasi untuk akaun Facebook kita tu. Album gambar terutamanya. Itu penting ya! Kita ni bloggers sebenarnya terdedah dengan kes “tak puas hati antara satu sama lain”. Biasalah. Kadang-kadang blogger sendiri atau bukan bloggers ni bukan semua yang sukakan kita. So, langkah keselamatan dan privasi gambar tu penting!

8. Perli memerli sesama bloggers

Jangan jadi macam budak-budak. Bergaduh di Facebook dan Twitter. Kalau ada apa-apa masalah, jangan perli memerli (kadang-kadang saya terbuat juga). Sebenarnya ianya akan mengeruhkan keadaan je! Bincanglah cara orang dewasa 😉

9. Tolong menolong untuk promote entry

Apalah salahnya amalkan untuk tolong kawan-kawan blogger kita ni promote entry blog diorang kan? Tapi,jangan harapkan orang je RT/Share entry blog kita tapi kita ni sikit pun tak nak tolong kawan kita tu. Sama-samalah. Ini tidak, rajin suruh orang promote entry dia tapi dia adalah manusia paling kedekut tenaga nak RT/Share entry orang lain. Tak baiklah kan macam tu.

Ada lagi tak nak tambah tentang Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers ni? Saya tetiba dah kehabisan stok idea pulak. hahahaha!!! Oh ya, kalau sudi tolong saya jadi Top Referral dan menang RM5000 sempena contest Dealmates, korang bolehlah register dekat sini. FREE je

Leave a Reply