free
web stats

No More Akademi Fantasia, Please!

Saya rasa, Astro mungkin boleh tamatkan saja Akademi Fantasia selepas ini. Maksudnya, tidak perlu ada Akademi Fantasia 9 untuk tahun akan datang. Tiada kualiti pun yang ada pada bakat Akademi Fantasia sejak dulu. Kalau ada pun, tidak segah mana.

Hangat-hangat tahi ayam saja. Kot lah.

Rasanya, semua dah tahu yang Akademi Fantasia Musim ke 8 dah pun bermula. Entah, saya belum pasti di mana kekurangannya cuma yang paling ketara pada pandangan mata saya. Mereka. Kesemua 12 orang peserta Akademi Fantasia Musim Ke 8 ni terlebih yakin.

Akademi Fantasia 2014

Akademi Fantasia

Over confident beb! Seriously.

Mungkin masing-masing fikir, once dah terpilih di antara 12 finalis Akademi Fantasia..mereka dah boleh rasa yang diri mereka tu artis. Excuse me, janganlah perasan sangat. Mulalah daripada bawah. Masuklah Akademi tu seperti seorang pelajar yang betul-betul mahu belajar. Ini tidak. Confident lebih.

Performance atas pentas. Hancur.

Saya rasa, dalam banyak-banyak musim Akademi Fantasia. Musim yang paling saya rasa auranya daripada malam pertama pelajar buat performance adalah Akademi Fantasia musim ke 6 dan ke 7. Musim lain, sorry. Hancur lebur macam orkestra tadika kanak-kanak.

Cuma, kalau nak kutuk lebih pun tidak adil sebab mereka kan belajar. Tak boleh nak kata apa lah kan. Tapi, belajar biarlah buat cara belajar. Jangan belajar buat cara diva perasan. Haiya. No wonder lepas tamat akademi, maka tamatlah perjalanannya di situ. huhuhu.

p/s: Apa pendapat korang dengan Akademi Fantasia Musim yang akan datang? Sharing is caring. Mengumpat mengutuk dosa tanggung sendiri. hehehe

Demam Akademi Fantanangis Dah Bermula

Standard Melayu, kutuk-kutuk juga tapi tetap mengadap tv macam nak tersembul anak mata. Mengata diri sendiri gamaknya. Astro ni ada penyakit sebenarnya, tak habis-habis dengan Akademi Fantasia 2014 dan akan datang Akademi Fantasia 2020.

Saya ni ada masalah split personality. Kutuk macam nak rak, tapi lepas tu bila dekat TV ada tayang konsert mingguan Akademi Fantanangis ni, saya tengok jugak sambil beremosi bagai nak rak. Sambil tengok, sambil mengutuklah pastinya. Patutlah mak selalu pesan “kalau nak kutuk, janganla tengok. buat tambah dosa je”.

Yeah, ada benarnya. Tapi, masalahnya tetap NAK TENGOK! hahahahahaha!

Alah, dah kalau semua orang tukar channel “bila hujan je takde signal” tu, takkan kita tak nak tengok. Kan? Oklah jugak layan Akademi Fantasia tu, daripada layan pornologi. hah, mana lagi dosa??? hehehehe. Pada saya, penonton yang bijak adalah penonton yang tidak terpengaruh sampai sibuk nak hantar undian.

Eeeee pleaselah. Janganlah taksub sangat. Buang kredit jelah.

Mulai saat ini, kalau anda pergi ke kedai buku, confirm madah muka peserta Akademi Fantasia 2014 ni je. Inilah dia modal wartawan hiburan, nak dapat gosip murahan baru. Gosip buat-buat. Setakat nak bagi happening program Astro ni dan nak lariskan majalah diorang je. Kalau tak percaya, tengoklah nanti.

Baca juga:

One Response

  1. mrhanafi April 29, 2018

Leave a Reply