free
web stats

Nasi Kandar Zainul Yang Amat Popular

Bagi para pembaca di blog ini, bila aku tulis blog ini adalah untuk berbincang tentang apa-apa benda sahaja, dan ini merupakan salah satu post yang aku nak tulis sejak dulu lagi. Kali ni blog aku akan bercerita tentang makan.

Aku pernah sebut bulan berpuasa bermula, aku makan kt Nasi Kandar Zainul dan aku bersedia untuk berpuasa. Setelah sekian lama terfikir nak tulis pasal nasik kandar kegemaran aku, akhirnya di suatu hari aku dengan rakan sekerja aku start motor, bawa kamera dan dapatlah aku cukup gambar dan informasi untuk melengkapkan posting kali ini.

Rasa restoran nasi kandar ini teramat sedap. Teramat sedap dan aku teramat suka. Memang patut taruh dalam review makanan pertama saya.

Pertama sekali,  mari sama-sama layan ke gambar-gambar yang ditunjukkan di bawah bersama ulasan.

Zainul nasi kandar review

Sumber foto: funntaste.com

Selamat datang ke restoran nasi kandar Zainul. Ringkasnya ZNK, resepi turun temurun dari Penang.

Nasi Kandar Zainul 3

Bila lihat dekat dengan lauk, semua kari, semua lazat dan semua buat air liur aku meleleh tidak berhenti-henti.

Nasi Kandar Zainul 4

Kepala ikan yang hanya aku makan bila ada sesuatu untuk diraikan seperti dapat bonus lebih daripada orang lain. Nasibnya sampai sekarang baru sekali, itu pun member aku yang dapat bonus lebih, bukan aku.

Nasi Kandar Zainul 5

Ayam goreng panas-panas. Yang ni lauk yang paling popular dan paling berbaloi. Aku tak tahu dia perap rempah apa dengan ayam ni tapi memang kesedapan rasanya selalu terkenang masa khas perut sudah lapar.

Nasi Kandar Zainul 6

Satu lagi kekuatan tentang nasi kandar ni adalah pada kuah campur. Kuah campurnya terdiri daripada kuah kari ikan, kuah kari ayam dan kuah kari daging. Tengoklah besarnya kawah untuk kuah sahaja. Tiap tiap hari kuah ni disediakan segar.

Ni kuah campur yang siap dibungkus untuk mereka yang datang bungkus. Kalau bagi aku, aku akan minta dua sebab aku suka bagi nasi aku banjir.

Nasi Kandar Zainul 7

Nasi Kandar Zainul 8

Kakak pembancuh air yang selalu ada senyuman pada mukanya. Dia tengah buat air yang ramai orang suka order, iatu teh O limau.

Nasi Kandar Zainul 9

Ni aku punya santapan. Aku setiap kali datang makan di sini akan panggil nasik ayam separuh, minta bendi, sayur tauge, papadom & kuah campur 3 kali. Harganya cuma RM4 sahaja. Encik Munawir ada ambil extra tauhu kuah manis.

Nasi Kandar Zainul 11

Sudah licin pinggan aku. Kenyang perut, sukalah hati.

Aku terlupa tanya nama tauke restoran ini. Apa yang aku tahu dia sambung bisnes ayah dia yang bernama Zainul. Kepada tuan bos, aku ucap terima kasih sebab dia meniaga makanan yang sedap dengan harga yang sangat berbaloi.

Aku berdoa bisnes boleh berkembang maju, kesedapan boleh dikekalkan dan kekal meniaga sekurang-kurangnya sampai la cicit aku mati.

The Review

Lokasi: Memang tricky sikit lokasi restoran ini. Tempat ini terletak dalam parking building berwarna biru kt PJ new town. Sebenarnya ia adalah salah satu kedai makan di sebuah food court yang terdapat di sebelah bawah bangunan parking. Lokasi bangunan parking in berhampiran dengan jabatan kimia PJ.

Kalau tahu Amcorp Mall, aku rasa tak ada masalah untuk cari. Dari Amcorp Mall atau pun turun dari stesen LRT taman Jaya anda akan nampak A&W 24 hour. Walk along the road akan jumpak Shah Village, lepas tu jumpa Kelab Syabas, Maju Kari House, akhir sekali jumpa la bangunan parking yang dimaksudkan.

Sudah nak sampai tu, memang boleh bau haruman ayam goreng yang menusuk kantung perut.

Suasana: Suasana dia macam food court yang ramai orang. Open air, bising, penjual air yang berebut pelanggan. Jangan harapkan ada aircond, terdapat meja dan kerusi yang baik, muzik yang mempersonakan dan hiasan yang cantik. Jangan poyo nak buat reservation.

Apa yang ada di situ ialah semua orang yang nak makan nasi kandar yang enak. Peduli apa yang ada dengan suasana. Peak hour memang beratur panjang. Kalau aku, aku akan datang pada masa pukul 10.30am, waktu ni tak sesak sangat dan semua lauk pauk dah sedia. 

Rasa: Nasi kandar terbaik yang pernah aku makan. Aku sudah cuba many nasi kandar, jadi aku mempunyai keyakinan untuk cakap ini adalah nasi kandar yang paling best in Malaysia. Ayam goreng dan kuah campur dia memang yang paling laris. Kari kambing dia pun sedap juga. Hati ayam goreng, kari hati lembu pun sedap.

Premium item macam udang , ketam, sotong aku jarang makan tp rasa dia pun sedap. Banyak lagi pilihan mcm kari daging, kari ayam, begedil, telur masin, ikan goreng, telur ikan ngan kari ikan.

Harga: Kalau just makan ayam dengan sayur, ia cuma berharga RM4. Di sini anda boleh minta nasi lebih, sayur lebih, minta dia ceduk bendi/terung/tomato dalam kuah campur, minta kuah campur extra, ambil kuah manis, ambil sambal belacan dan papodom, memang takkan dikira, harganya masih RM4.

Lain pula pergi ambil yang premium macam udang, ketam, sotong dengan kepala ikan, yang ni pastilah mahal skit. Tap tak adalah semahal kedai mamak lain seperti Pelita atau Kayu.

Yang aku ralat skit telur masin separuh berharga RM1, tapi tak kisahlah sebab aku tak minat telur masin.

Ni rating yang diberi oleh bangsar-babe style:

  • Ambiance: 6.5/10
  • Food: 10/10 (halal)
  • Price: 9/10
  • Verdict: Teramat Sedap, Teramat Suka

Nasi Kandar Zainul

Parking lot PJ Warna Biru near Maju Curry House, Jabatan Kimia
46150, Petaling Jaya.

Masa Bisnes: 7am – 4pm

2 thoughts on “Nasi Kandar Zainul Yang Amat Popular”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *