free
web stats

Mood Blogging Menurun?

Tak. Ini jawapan ringkas saya untuk soalan kawan-kawan blogger. Mood blogging saya jarang menurun sebenarnya. Cuma, sekarang ni saya agak sibuk dengan urusan bisnes online kecil-kecilan. Lagi-lagi bila page perniagaan Al-Quran saya sudah dilancarkan minggu lepas.

Al-Quran Pelangi Murah merupakan page perniagaan Al-Quran saya. Alhamdulillah, baru 1 minggu saya lancarkan tapi dah dapat jualan. Yes, inbox saya tak pernah kosong. Ada je pelanggan yang bertanya soal harga Al-Quran Pelangi jenis itu ini. Sekali lagi, alhamdulillah. Ikhlas cakap, saya memang guna servis menaikkan like facebook 😉

mood blogging

Dah lah pagi tadi saya abang bagi saya laptop. hehehehe!!! Saya semakin yakin dengan amalan Solat Sunat Dhuha dan bacaan Surah Al-Waqiah setiap hari merupakan salah satu jalan untuk mudahnya menjemput rezeki Allah dalam hidup kita. Ya, kalau korang tak nak beli buku ini tak apa, korang boleh juga beli ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki. Sama konsepnya. Carilah ilmu Allah, rezeki kita Allah yang beri bukan manusia.

Baiklah, jauh betul saya menyimpang jalan. hahaha! Mood blogging saya tak menurun langsung, cuma agak sibuk jadi tak adalah rajin sangat saya nak kemaskini blog setiap hari. Tapi, nak kata saya tak update pun tak jugak. Cuba tengok entry-entry lepas, banyak juga kan? kikikikiki

Sebenarnya saya tak risau sangat pasal trafik blog kalau tak update setiap hari pun bersebab. Blog saya ada trafik organik yang boleh tahanlah jumlahnya daripada Google. Ada “keywords hidup” yang berjaya saya dapat lepas guna beberapa teknik juara SEO. Jadi, bab trafik tu tak adalah risau sangat dan tak bawa impak besar pun dalam hidup. hehehehe!

Saya memang nak jana duit daripada blogging tapi tak adalah sampai jadi hamba blog. Kalau rasa ada info saya nak kongsi, atau ada produk saya nak jual barulah saya update. Berblogging cara santai. Jemputlah ya ke page Al-Quran Pelangi Murah saya untuk borong banyak-banyak atau beli senaskah pun tak ada masalah 😉

Leave a Reply