free
web stats

Merancang Percutian Yang Teratur Dan Selamat

Aktiviti pelancongan di Malaysia semakin mendapat perhatian orang ramai. Seperti menjadi kemestian masyarakat di Malaysia mengatur percutian sekurang-kurang sekali setahun.

Tujuan melancong atau bercuti adalah untuk bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan, bisnes trip, penghijrahan ke negara lain atau melakukan kempen kebajikan, kerja sukarela, kebudayaan dan pelancongan dan banyak sebab-sebab lain.

merancang percutian

merancang percutian

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi bagaimana memastikan percutian anda selamat, teratur dan selesa.

Tip-tip Melancong Yang Selamat Dan Teratur

Selalunya pasti anda sudah tetapkan destinasi percutian dan tentu mahu perjalanan yang selamat tanpa sebarang masalah.

Anda perlu mempunyai perancangan dan panduan perjalanan yang betul dan teratur.

#Lokasi Dan Penginapan

Ramai yang suka menempah tiket penerbangan tetapi tidak menempah tempat penginapan dan pengangkutan.

Ini boleh menjadi masalah dan tempat penginapan yang anda pilih mungkin sudah penuh ditempah terutamanya semasa musim cuti dan lokasi dari lapangan terbang ke hotel mungkin jauh.

Terdapat banyak laman web pelancongan yang menyediakan pakej percutian, penginapan, transport dan informasi sesebuah destinasi percutian.

  • Anda perlu memastikan menempah tempat penginapan terlebih dahulu, jangan lakukan disaat akhir.
  • Pilih lokasi yang anda hendak lawati, tarikh dan tempat penginapan dengan betul.
  • Jika anda membuat tempahan penginapan sendiri, pastikan lokasi yang dipilih juga selamat.
  • Jangan mudah percaya dari imej yang disiarkan dalam laman web mereka. Banyak terjadi apabila sampai ke sana keadaan tidak sama dengan maklumat didalam laman web tersebut.
  • Survey dahulu dengan bertanya pada rakan-rakan, cari informasi di blog-blog travel dan baca feedback pengunjung yang pernah menginap di lokasi percutian tersebut.
  • Jika anda membawa anak-anak, pastikan kemudahan penginapan disediakan untuk kanak-kanak.
  • Anda boleh bertanya kepada agensi percutian atau terus kepada tempat penginapan tersebut sebelum membuat sebarang tempahan.

#Dokumen Perjalanan

Sama ada percutian domestik atau antarabangsa memerlukan anda mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Percutian Domestik anda perlu membawa kad pengenalan. Percutian Antarabangsa memerlukan anda untuk membawa passport antarabangsa untuk pengesahan sebagai pelancong luar.

Adalah penting untuk rujukan pihak berkuasa imigresen tahu di mana destinasi anda apabila memasuki sebuah negara dan banyak sebab-sebab penting yang lain. Sesetengah negara memerlukan visa perjalanan. Prosedur Jabatan Imigresen disetiap negara kebanyakannya adalah sama.

Kemana sahaja anda pergi pastikan anda membawa dokumen perjalanan anda dan hendaklah disimpan dengan selamat. Letakkan di tempat yang selamat sama ada di dalam safety box yang biasanya terdapat di setiap hotel atau letakkan di dalam beg atau poket baju yang sukar untuk ditemui atau dilihat.

Berhati-hati terdapat sindiket yang mencuri passport dan menjual kepada orang lain. Ini adalah sangat merbahaya.

#Bagasi Tambahan – Excess Baggage

Jangan membawa barang terlalu banyak dan yang tidak perlu. Ini akan membuat percutian anda menjadi sukar. Ringankan beban beg anda semasa bercuti.

Biasanya apabila anda pergi bercuti mesti akan membeli-belah. Setiap negara harga excess baggage berbeza-beza dan tinggi. Saya nasihatkan anda untuk menambah excess baggage ketika membeli tiket penerbangan supaya tidak menghadapi masalah di imigresen.

Informasi Penting

Sentiasa sediakan wang tunai. Jangan terlalu bergantung kepada kad kredit. Terdapat beberapa negara yang anda lawati mungkin mempunyai masalah untuk menggunakan kad kredit.

#Cara Pemakaian Yang Betul

Jika melawat sebuah negara yang bertukar musim seperti musim sejuk, bunga, panas dan luruh, pastikan membawa pakaian dan aksesori mengikut musim.

Jangan sesekali berfikir bahawa anda boleh membeli sahaja disana. Berkemungkinan besar anda akan menghadapi masalah mendapatkan barangan yang diperlukan dengan segera.

Saya pernah melihat keadaan ini berlaku kepada satu keluarga semasa bercuti ke Eropah semasa musim sejuk. Sekurang-kurangnya sediakan satu set persalinan.

Teringin Hendak Kembara Ke Kemboja

Kemboja selalu menjadi pilihan destinasi percutian yang menarik. Saya tidak pernah pergi Kemboja lagi. Hendak bercerita pengalaman agak sukar, tetapi ramai rakan-rakan saya pernah kesana.

Sebuah negara dimana sebilangan penduduknya menganuti agama Buddhist. Terdapat sekelompok masyarakat yang beragama Islam tetapi peratusannya sangat rendah dan agak terpinggir.

Saya pernah membaca artikel-artikel Denaihati tentang kembara ke Kemboja. Tersentuh hati apabila melihat kehidupan masyarakat Islam yang serba serbi kekurangan disana.

Kebetulan rakan saya, warganegara Malaysia merupakan salah seorang ahli jawatankuasa persatuan masyarakat beragama Islam disana. Dia juga selalu ke Kemboja untuk aktiviti perniagaan, sukarela dan kempen bantuan. Selalu bercerita tentang keadaan orang Islam di Kemboja dan keindahan di Cambodia.

Seperti terpanggil-panggil untuk melihat sendiri keadaan disana dan sambil itu boleh lihat keindahan tempat, masyarakat dan adat penduduk Islam disana.

Saya dengar shopping pun murah huhu…

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Pentingnya untuk kita yang beragama Islam apabila bercuti mendapatkan travel agensi yang menyediakan pakej Muslim kerana setiap negara luar agak sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Saya sendiri apabila bercuti dalam atau luar negara jika menggunakan khidmat travel agensi akan mengambil pakej Muslim. Mereka akan menyediakan ittenari yang lengkap dari segi penginapan, transport, makanan halal, tempat solat dan lokasi menarik untuk dilawati.

Cambodia Muslim Holiday & Travel merupakan sebuah agensi pelancongan tempatan. Merupakan salah satu operator pelancongan yang dipercayai dan dikenali di Kemboja Dan Vietnam. Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Islam dibawah pengurusan Ustaz Yahya Al-hafiz.

Menawarkan perkhidmatan dan pengangkutan bukan untuk bangsa Melayu di Malaysia sahaja tetapi meluas ke negara Indonesia, Singapura dan Brunei. Dengan khidmat terbaik yang diberikan tidak mustahil bakal menjadi peneraju utama dalam pasaran pengurusan pelancongan dalam masa terdekat.

Sekiranya anda merancang percutian ke Kemboja dan tercari-cari travel agensi, pakej percutian, pengangkutan atau informasi untuk menguruskan percutian anda menjadi lebih teratur. Anda boleh mendapatkan khidmat Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel yang menyediakan pakej lengkap ke Kemboja.

Tidak perlu bersusah payah menguruskannya sendiri.

Saya percaya dengan kepakaran dan pengalaman Cambodia Muslim Holiday & Travel dalam menguruskan agensi pelancongan mampu memberikan khidmat dan servis yang terbaik kepada anda semua… InsyaAllah.

Apa yang saya tulis ini adalah dari pengalaman sendiri apabila bercuti ke luar negara. Banyak perkara yang anda perlu ambil kira sebelum pergi bercuti. Persediaan awal akan membantu percutian anda berjalan dengan lancar.

Baca juga:

Leave a Reply