Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Menu Diet Artis Korea Yang Confirm Menguruskan

Salam all. Hari ini apabila saya tengah duduk dan browse dengan laptop saya ke hulu ke hilir dengan keywords Menu diet, tiba-tiba boleh pulak tersesat masuk ke dalam salah satu blog Korea. Ingatkan lepas ni bolehlah duduk pasang badan macam artis K-Pop nun. Tapi bila saya tenung-tenungkan balik menu diet yang diamalkan oleh mereka satu demi satu, saya terasa kerdil sangat diri ini lepas tu.

Memang serius punyalah dahsyat bagi semua artis Korea berdiet. Memang jelas tak sesuai dengan selera dan disiplin pencinta lemak seperti saya.

Tak percaya?

Apa kata anda teruskan baca menu diet ala artis Korea yang gigih saya kutip di bawah. Layan sampai lebam okey.

Menu diet Pisang ala Seo In Young

Sarapan Pagi: 1~2 biji pisang berserta 2 gelas air suam
Snek: 1/2 – sebiji pisang yang dimakan ketika merasa lapar
Makan malam: Makanan korea yang dibuat daripada beras dan rempah-rempah / Salad Thai yang mengandungi grapefruit, cherry tomatoes, sotong, udang, dan sayuran hijau.

seo in young

seo in young

Menu diet kalori ala SNSD

Menu diet harian mereka ialah 50g rempah, 5 potong brokoli, 150g nasi merah, 100g dada ayam.

Tapi ada kawan yang beritahu saya bahawa SNSD tak pernah amalkan diet. Mereka hanya berdiet sebelum menjadi artis dan sekarang mereka makan sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tapi, disebabkan mereka ni banyak berlari atas pentas, itu yang menjadikan mereka semua nampak kurus sangat. Selain daripada itu, kawan saya kata mereka juga sangat rajin pergi gym.

Menu diet Danish ala KARA Nicole

Mula-mula saya pun rasa pelik juga, apalah yang dimaksudkan dengan Danish tu (Nora Danish?). Last-last baru tahu, nama menu diet ni diambil sempena diet yang dilakukan di Royal Danish Hospital. Menurut Nicole, menu diet ini sangat berkesan menghilangkan 3 kg lemak dalam masa dua minggu sahaja kerana ianya lebih fokus kepada pengambilan protein haiwan yang tinggi dan mengurangkan makanan berkalori tinggi.

Cukuplah kot dengan 3 menu diet yang diamalkan oleh 3 artis Korea yang berlainan di atas. Kalau rasa-rasa nak lebih, tanya sama pakcik Google. Tulis panjang-panjang pun bukannya korang nak baca. Ya dak.

Oh ye dekat bawah ni saya sertakan sekali Menu Diet ala saya sendiri. Sebagai pedoman buat kamu yang tercari-cari menu diet yang sesuai. Manalah tahu kot-kot korang lebih suka dengan menu diet saya banding dengan menu diet artis Korea yang menyeksakan tu.

Menu Diet yang saya amalkan

  • Pagi: Mee goreng ayam or sometimes mee hailam
  • Makan Tengah hari: rendang daging, secawan sup cendawan, buah-buahan, masakan kampung
  • Minum Petang: pancake kacang bersama segelas susu rendah lemak
  • Makan Malam: sepinggan kecil nasi, jus tomato, sayur tumis, ayam masak merah
  • Supper: Bubur ayam McD

Leave a Reply