free
web stats

Mencari Tempat Menginap Di Kuching, Sarawak

Mencari lokasi menginap boleh menjadi beban kepada sesiapa yang merancang membuat sebarang percutian ataupun atas urusan kerja di suatu tempat lain. Kadang-kadang risau memikirkan lokasi mana yang benar-benar selamat atau berbaloi untuk dijadikan tempat menginap menjadi cabaran terbesar sebelum memulakan perancangan aktiviti. Nah, ini saya bawakan beberapa tempat yang boleh dijadikan rujukan.

kuching sarawak

kuching sarawak

Elemen Pemilihan Tempat Menginap

Sebelum kita bercakap mengenai lokasi tersebut, saya nak utarakan beberapa elemen yang menjadikan titik tolak dalam memilih lokasi penginapan yang benar-benar berguna.

Berapa ramai yang ikut serta?

Kita perlu tahu berapa jumlah yang kita akan turut serta. Ianya penting bagi menentukan bagaimana cara kita untuk tahu jumlah bilik yang diperlukan.

Budget Oh Budget

Semestinya budget memainkan peranan penting. Kalau peruntukan kita besar, kita mungkin lebih senang membuat keputusan. Tapi tak semua yang mahal itu bagus. Kadang-kadang masih ada yang murah dan lebih berbaloi.

Keselamatan

Tak kisahlah keselamatan macam mana. Kenderaan atau pun diri sendiri. Kadang-kadang kita terlalu ghairah mencari tempat penginapan yang murah sampai lupa untuk semak lokasi tempat tinggal tersebut. Kena take note gak benda-benda macam tu. Okey?

Lokasi Menginap Di Kuching

Secara seriusnya, saya tak nak cerita mengenai hotel atau mana-mana kawasan mewah yang mungkin harga semalam untuk satu bilik mencecah RM200 ke atas. Yang macam tu, selalunya tak susah kita nak cari. Taip je kat Google, Insha Allah boleh jumpa. Ni yang saya maksudkan lokasi yang munasabah untuk dicuba.

1. Wisma Biro Wanita Kuching

wisma biro wanita

Kalau saya buat Lawatan Sambil Belajar ke Kuching, ni adalah salah satu option yang kami akan guna. Sememangnya disini amat murah. Kalau tak silap dulu seorang murid mereka cas RM 1/- . Kalau kita ada 40 orang (ikut kapasiti bas) , kita hanya perlu bayar RM40/- untuk semalam. Jimat dah kos disitu.

Untuk yang nak mencari maklumat tersebut, cuba gunakan maklumat ni.

WISMA WANITA, JALAN BAKTI,
OFF JALAN SULTAN TENGAH,
SEMARIANG, 93050 KUCHING, SARAWAK

TEL : 082-446980/446178
FAKS : 082-447937
WEB : http://www.birowanita.sarawak.gov.my/

Kelebihan :

Kos penginapan yang amat murah. Ianya lengkap dengan katil dan sebagainya.

Kelemahan :

Ianya amat jauh dari pusat bandar. Perjalanan untuk ke lokasi ini selalunya mengambil masa kurang 30 minit untuk ke pusat bandar Kuching. Kalau ulang alik selalu, akan ambil masa lebih 1 jam untuk setiap pergerakan. Suasana di dalamnya ialah seperti hostel. Ya, HOSTEL. Mungkin juga sebab sekolah saya ada asrama, jadi budak-budak dah lali nak peduli. Biasa la budak-budak sekolah asrama ni kan.

2. Laila Inn

Laila Inn

Ianya sebuah Inn yang boleh dikatakan top suatu ketika dulu. Masa kecik-kecik dulu kalau ke Kuching mesti ke Inn ni je. Kalau ikut standard dia memang patut dengan harga gak. Kalau masa tahun 1990 dulu mungkin ianya paling mewah dan tip top la. Sekarang orang tak pandang sangat sebab kawasan dia yang nampak macam susah nak dijumpai.

Untuk yang nak mencari maklumat tersebut, cuba gunakan maklumat ni.

149, Jalan Datuk Ajibah Abol, 93400 Kuching, Sarawak
082-420 930

Kelebihan :

Selain dari harga murah ianya boleh dikatakan berada di kawasan strategik kerana disekitarnya banyak gerai makanan dan masjid. Kira-kira kalau nak berjalan kaki dalam 3 minit boleh sampai gerai tu. Lagi satu, ditepi Laila Inn ada satu kedai ABC yang paling popular di Kuching. Paling sedap! Kalau ikutkan budget, Laila Inn pilihan terbaik.

Kelemahan :

Walaupun begitu, atas faktor umur gak. Laila Inn ini kalau nak bandingkan dengan Inn lain seriusly nampak usang. Tanpa lif. Untuk masuk ke dalam hotel mesti gunakan kad. Tambahan lagi, lokasi nak masuk ke Laila Inn ni sedikit susah sebab selalunya penuh dengan orang yang nak makan di gerai ABC tadi. Jadi, kalau nak cari parking memang susah lebih-lebih hujung minggu. Selain sempit, kawasan parking nya tidak sesuai untuk kereta besar melainkan korang parking berjaya mencari parking betul-betul depan inn tersebut.

3. Homestay

Kalau nak ikut memang banyak homestay yang saya boleh perkenalkan. Saya akan perkenalkan satu kelak selepas balik dari Kuching minggu depan. Insya Allah. Kalau tengok dari gambar yang dikirimkan sepertinya homestay yang akan kami sewa tu nanti sungguh awesome. Kita tengok macam mana nanti.k.

Bagi yang yang berurusan mengenai homestay macam ni, korang boleh tinggalkan nota cinta kat bawah ni. Insha Allah nanti saya akan bantu mengenai benda tu.

Kesimpulan

Dengan adanya lokasi yang dikongsi tadi, dapat membantu korang memilih lokasi yang lebih menarik. Senarai diatas akan kemaskini lagi bila ke Kuching lagi kelak. Selamat bercuti semua !

Entri kaitan:
Pakej percutian ke Langkawi

Leave a Reply