free
web stats

Masakan Yang Mudah, Cepat dan Jimat

Hari ini akan dilimpahi dengan resepi masakan yang mudah, cepat dan jimat. Datang idea untuk berkongsi ini apabila saya sendiri duduk di rumah selama seminggu untuk menghabiskan cuti.

Anak saya telah mula ke sekolah sebagai persediaan menghadapi musim sekolah yang baru, jadi sayalah yang mengambil alih tugas memasak.

Gambar yang bakal ditunjukkan adalah gambar yang biasa sahaja, tidaklah seperti blog masakan yang memaparkan sajian dengan mangkuk arcopal, apa yang pasti, saya dapat merasakan mereka yang berblog dengan resepi menu makanan ini adalah serampang 2 mata, memasak untuk makan dan seterusnya menghasilkan entry.

Berikut adalah beberapa resepi yang agak mudah, cepat dan jimat yang bakal dikongsikan di sini.

Resepi Sotong Goreng Tepung

Seperti dijanjikan tentang resipi jimat mudah dan cepat, saya mulakan dengan perkongsian bagaimana cara memasak sotong goreng tepung. Resepi ini saya hanya merekanya dalam kepala seterusnya mencuba. Menariknya ianya menjadi dan isteri saya dan mertua turut sukakannya.

sotong goreng tepung

Bahan bahan:

  1. 400 gram sotong sederhana besar, dibersihkan dan dipotong melintang dan ditoskan.
  2. Adunan Tepung = Tepung Gandum (100 gram), Serbuk pati ayam knorr (2 sudu kecil), Rempah kari ikan Babas, Garam (secukup rasa), Rempah sup adabi (1 sudu kecil).
  3. Sebiji Telur.
  4. Minyak untuk memasak 200ml.

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan adunan tepung sehingga sebati.
  2. Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak.
  4. Celupkan sotong dalam telur seterusnya gaulkan dalam tepung.
  5. Masukkan dalam minyak yang telah panas dan goreng sotong sehingga kekuningan dan angkat.

Tips penting:

Gunakan minyak yang banyak, anggarkan 2 kali goreng sahaja sudah cukup untuk menggoreng kesemua sotong yang ada. Ini kerana minyak yang menggoreng telur dan tepung mudah kotor dan apabila masuk gorengan ketiga, sotong yang kita goreng akan sudah tidak lagi cantik kerana tepung yang tinggal dalam minyak sudah hitam dan akan melekat pada sotong seterusnya.

Resipi Tomyam Campur (Udang Sotong Ayam)

Kali ini saya campurkan 3 bahan itu Udang Sotong dan Ayam. Resipi ini utk 4 orang makan. Macam saya, 2 kali makan untuk saya dan anak. Resipi tomyam ni memang lengkap, lauk pauk ada, sayur pun ada. 2 dalam 1.

Tom Yam Campur

Bahan Bahan:

  • 200 gram ayam – dipotong kecil
  • 3 ekor sotong – dipotong melintang
  • 5 ekor udang – dicuci dan dibuang ekor
  • 20 gram pes tomyam (saya gua jenama adabi)
  • Couliflower, Carrot dan Baby corn sebagai sayur. Kalau suka lebih letakkan kuantiti yang lebih
  • Cili hijau yang dipotong dua. Kalau hendak pedas, letaklah banyak
  • 1 batang Serai yg dititik
  • 4 helai daun limau purut dipotong 2
  • 2 biji Limau – Ikut suka nak masam
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Masukkan 500 ml air dalam periuk dan letak di atas api.
  2. Masukkan pes tom dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan serai, cili hijau dan daun limau purut.
  4. Kemudian masukkan udang sotong dan ayam.
  5. Selepas beberapa ketika masukkan sayur.
  6. Setelah mendidih, masukkan garam dan air limau.
  7. Biar sehingga sayur masak kemudian padamkan api.
  8. Angkat untuk dihidangkan.

Nampak macam banyak bahan tapi sebenarnya senang saja, masukkan saja apa yang ada, dah mendidih siap la. Nama pun resipi mudah.

p/s: ayam paling murah, jadi ayam la yang paling banyak letak.

Resipi Paprik Campur (Udang, Sotong, Ayam)

Bahan-bahannya hampir sama dengan resepi tomyam, cuma bezanya untuk paprik tak perlu pes tomyam dan perlu ada kacang panjang. Seperti sebelum ini, saya campurkan udang, sotong dan juga ayam. Berikut adalah bahan – bahan yang diperlukan dan cara – cara penyediaannya.

Paprik Campur

Bahan Bahan:

  • 200 gram ayam – dipotong kecil
  • 3 ekor sotong – dipotong melintang
  • 5 ekor udang – dicuci dan dibuang ekor
  • 2 ulas bawang kecil dan 2 ulas bawang dipotong untuk tumisan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Cauliflower, Carrot dan Kacang panjang corn sebagai sayur. Kalau suka lebih letakkan kuantiti yang lebih
  • 2 biji Cili hijau yang dipotong dua. Kalau hendak pedas, letaklah banyak
  • 1 batang Serai yang dititik
  • 4 helai Daun limau purut dipotong 2
  • Gula dan Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan putih Masukkan pes tom dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, gula, serai, daun limau purut dan cili hijau.
  4. Tambahkan air dan masukkan Ayam, Sotong dan udang. Kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan Sayur Cauliflower, Carrot dan Kacang panjang. Kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  7. Padamkan api setelah sayur kelihatan masak.
  8. Angkat untuk dihidangkan.

Resipi Sup Sayur

Ini merupakan resepi antara yang paling mudah, sup sayur. Biasanya saya gandingkan dengan resepi sotong goreng tepung.

Sup Sayur

Bahan-bahan:

  • 400ml air
  • Sayuran Cauliflower, Carrot dan Sawi. Nisbah ikut suka org yang nak makan
  • 50 gram isi ayam yang dipotong halus
  • Perencah sup adabi
  • Garam Secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan air dalam periuk.
  2. Setelah hendak mendidih masukkan isi ayam.
  3. Masukkan sayur.
  4. Kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan serbuk sup adabi dan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  6. Padamkan api setelah sayur kelihatan masak dan hidangkan.

Resipi Udang Goreng Tepung

Udang pun sedap kalau dibuat goreng tepung, kene dengan udang besar dan masih rangup dan panas baru angkat dari kuali, nikmatnya tak sehingga beb. Resepinya seakan sotong goreng tepung tapi saya tidak mencampurkan rempah kari, tidak mahu rasa pedas.

udang goreng tepung

Bahan bahan:

  • 400 gram udang sederhana besar, dibersihkan dan dipotong melintang dan ditoskan
  • Adunan Tepung = Tepung Gandum (100 gram), Serbuk pati ayam knorr (2 sudu kecil), Garam (secukup rasa) dan Rempah sup adabi (1 sudu kecil)
  • Sebiji Telur
  • Minyak untuk memasak 200ml

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan adunan tepung sehingga sebati.
  2. Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak.
  4. Celupkan udang dalam telur seterusnya gaulkan dalam tepung.
  5. Masukkan dalam minyak dan goreng udang sehingga kekuningan dan angkat.

Tips penting:

Gunakan minyak yang banyak, anggarkan 2 kali goreng sahaja sudah cukup untuk menggoreng kesemua udang yang ada. Ini kerana minyak yang menggoreng telur dan tepung mudah kotor dan apabila masuk gorengan ketiga, udang yang kita goreng akan sudah tidak lagi cantik kerana tepung yang tinggal dalam minyak sudah hitam dan akan melekat pada udang seterusnya.

Mesti cuba resipi mudah ini.

Resipi Masak Cabai Ikan Pelaling

Berikut adalah Resipi Masak Cabai Ikan Pelaling.

masak cabai ikan pelaling

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan pelaling
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • 4 sudu Cili Giling
  • Gula
  • Sos Cili
  • Sos tiram
  • Kicap Manis
  • 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dipotong halus untuk tumisan
  • Air

Cara-Cara:

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air (kalau nak cair, lebih kan air).
  5. Masukkan garam, sos cili, sos tiram dan sedikit kicap manis dan gula (ikut suka jugak nak lebihkan apa).
  6. Kacau sehingga mendidih, masukkan garam.
  7. Tunggu sehingga sambal memekat, padamkan api dan hidangkan

Resipi Ikan Bilis Goreng Bercili Hijau

Saya suka wat gak resipi yang simple ni iaitu Resipi Ikan Bilis Goreng Bercili Hijau. Berikut adalah bahan dan cara memasaknya:

ikan bilis goreng

Bahan-bahan:

  • 100 gram ikan bilis yang siap dikopek
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • 8 tangkai cili hijau dipotong halus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
  2. Masukkan bawang dan cili dan kacau sehingga baik naik (ikut suka kalau nak lebih garing biarkan lama lagi).
  3. Padam api dan ceduk cili hijau dan bawang tadi ke atas.

Simple tapi marvelous, dgn masin ikan bilis, manis bawang dam pedai cili hijau, mmg sedap diratah. Memang idaman hatilah.

Resipi Lamb Chop

Ok, bukan resipi yg betul – betul, tapi memang kekal pada tema mudah dah murah. Kalau nak beli kat luar memang lamb chop RM 12, dapatlah portion kecil lamb, lepas tu adalah skit fries dan coleslaw yang rasa entah apa-apa. Baik ikut resipi lamb chop saya:

1. Pergi Carrefour/Tesco, cari marinated lamb.
2. Pilih bahagian yang daging banyak dan beli.

lamb chop 1

3. Sampai rumah, panaskan kuali leper dan letak sedikit minyak. Letakkanlah marinated lamb tu atas kuali leper.

4. Balik-balikkan sehingga masak dan hidangkan. Kan dah siap.

lamb chop 2

Harganya: RM 8.20 saja

Rasanya pun berbaloi, cukup rasa rempah yang diperap dan tak perlu tambah apa-apa lagi. Saya memang tahu yang memasak mmg menjimatkan, apa yang lebih baik adalah kita tahu apa yang kita masukkan dalam masakan kita. Kalau makan di luar, kadang-kadang rasa entah apa-apa, masin dan perasa yang lebih. Kalau ada masa tu boleh laa cuba resipi simple dan jimat ni.

Memasak memang menjimatkan, cuma masa sahaja yang jadi penghalang, kalau dilihatkan kepada kos sesuatu makanan yang kita beli, harga bahan mentahnya cuma separuh daripada apa yang kita bayar. Bayangkan nilai bahan mentah RM 50 campur rencah-rencah lain termasuk gas dan beras RMM 15, untuk RM 65 anda boleh makan kenyang tengah hari dan malam utk orang selama 7 hari.

Saya ada sedikit rasa minat dengan bidang masakan, kadang kala lahir rasa cemburu dengan mereka yang mempunyai masa untuk berexperimentasi dengan resepi dah hanya perlu ulang resepi yang sama setelah sebulan. Mana tahu rezeki dan masa bakal mengizinkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *