First Step

Mahu Berubah Tapi Bagaiman Caranya?

Assalamualaikum, artikel kali ini mungkin agak personal sedikit. Saya tidak akan bercerita mengenai sesiapa tetapi 100% isi artikel ini adalah berkenaan diri saya sendiri. Suka atau tidak, kalau cerita ini boleh sedikit manfaat pada pembaca. Saya ikhlaskan saja. hahaha!!!

First Step

Baiklah.

Saya mulakan dengan kalimah Bismillahirrahmannirahim. Pernah suatu ketika dulu, jiwa saya kosong. Saya menjalani kehidupan macam orang biasa. Luarannya seperti sudah cukup sempurna. Ada keluarga yang cukup bahagia, ada kawan-kawan dikalangan manusia-manusia hebat saya seolah sedikit bangga, ada kelebihan sedikit itu ini saya merasa cukup bertuah.

Senang cerita, semua yang ada sekeliling saya. Saya anggap itu adalah pencapaian saya sendiri. Saya yang berusaha, jadi saya tidak perlu berterima kasih pada Allah. Itu kejahilan saya. Sombong tidak tentu hala. Mengaku Islam tetapi solat lubang-lubang, aurat saya pandang remeh, bila ada yang cuba “ceramah” depan saya..dalam hati saya akan mencerca.

Satu-satunya ibadat dalam Islam yang saya rasa lakukan dengan agak sempurna daripada pandangan umum adalah puasa. Itu pun, saya puasa sebab semua orang dalam rumah berpuasa. Konsep puasa itu sendiri saya tidak faham. Terawih? Dalam 30 hari, adalah 7 hari sahaja saya berterawih. Memang jahil.

Saya membuka aib diri, untuk renungan orang lain. Saya yakin, ada juga manusia di luar sana yang serupa macam saya cuma mungkin belum ada kekuatan mahu bercerita dan membuka aib sendiri. Saya sambung cerita ini.

Ada orang tanya saya, sejak bila mula berubah? Jawapan saya daripada dulu sampai sekarang adalah sama “tak pasti”.

Betul, saya tidak pasti sejak bila mula berubah. Lepas tu, ada pula yang meninggalkan pesanan di Facebook peribadi saya “macam mana Liza mulakan perubahan. Mesti susah?”. Tak juga. Nak mulakan perubahan agak mudah sebab kalau sekali kita dah berniat depan Allah (terlintas mahu berubah menjadi lebih baik) Allah akan bantu kita.

Jadi apa yang susahnya? Selepas “langkah pertama” untuk berubah itu yang terlalu sukar. Orang lain, saya tidak tahu tapi bagi saya part ini lah yang payahnya. Langkah pertama untuk berubah adalah niat kita dengan Allah. Itu paling mudah. Tahukah korang semua, Allah itu maha pengampun. Buatlah dosa sebesar apa pun KECUALI syirik. Pasti Allah akan ampunkan dan kita akan merasakannya.

Allah tidak akan jatuhkan semangat kita, tidak akan mengherdik dengan kata kita “nak jadi ustazah lah tu”, “nak berlagak dah jadi baiklah tu” dan sebagainya. Mana ada, tapi yang saya kata “Selepas “langkah pertama” untuk berubah itu yang terlalu sukar” adalah daripada manusia-manusia keliling kita sendiri.

Hafizh Syahrin Abdullah, King of Pocket Bikes.

Kadang-kadang saya nak patah balik jadi macam yang dahulu tapi nampak sangat saya tak kuat kan? Jadi, saya memang buat bodoh kali ini. Tak ada sesiapa pun yang membantu, saya usaha sendiri perlahan-perlahan. Saya beli buku motivasi, saya baca dan saya tenang. Buku baru yang saya beli kali ini ialah buku Travelog Haji hasil penulisan peribadi dan kisah benar Prof Kamil.

gunung motivasi
gunung motivasi

Belilah, kalau korang rasa nak berubah dan tak tahu nak mulakan dari mana. Buku Travelog Haji bukan menceritakan rukun-rukun haji tetapi menceritakan pengalaman hidup Prof Kamil yang dulunya jahil agama tetapi sekarang…oh tak perlulah saya ceritakan semua. hahaha!!! Beli sendiri ya 😛

Motivasi saya setiap hari mudah saja. Buka Al-Quran dan baca surah Al-Muzammil dan surah-surah selepas itu. Baca terjemahan, kalau tak takut juga bolehlah cuci hati dengan clorox.hahahaha!!! Gambaran tentang hari Kiamat sangat jelas dan terperinci dalam surah-surah terakhir. Sekian. Mana yang baik daripada entry ini, bolehlah ambil ikhtibar. Mana yang buruk, itu disebabkan kejahilan saya sendiri. Jadi, jangan diikut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *