free
web stats

Mahir Bacaan Al-Quran Serta Tajwid Al-Quran Dengan Mudah

Al-Quran adalah merupakan satu Kitab petunjuk bagi umat manusia.

Membaca Al-Quran bukan hanya untuk ganjaran seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT, tetapi membaca Al-Quran juga boleh untuk membersihkan hati kita.

Al-Quran
Al-Quran

Belajar dan memahami bacaan Al-Quran adalah untuk mengukuhkan dan membersihkan hubungan kita dengan Allah SWT.

Sebagai umat Islam… Saya tahu ramai orang yang boleh membaca Al-Quran, tidak kira dari yang kecil sehingga mereka yang sudah dewasa.

Membaca Al-Quran adalah tuntutan yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam tidak mengira dengan umur, jantina dan pangkat.

Tetapi kebenarannya masih terdapat sebilangan besar yang membaca Al-Quran tetapi tidak mendapat bimbingan sepenuhnya cara bacaan Al-Quran yang betul.

Sejak kecil lagi kita sudah diberi didikan oleh ibu bapa dalam mengenal dan membaca, bermula dengan Muqaddam kemudian Al-Quran.

Saya pasti anda semua ada pernah pergi ke kelas untuk mengaji Al-Quran.

Di zaman serba moden ini, ramai orang yang tidak mempunyai masa belajar memperbaiki bacaan Al-Quran. Malah untuk anak-anak kita hanya menghantar mereka ke kelas mengaji tetapi tidak mempunyai masa untuk menyemak atau mengajar anak-anak dengan cara bacaan Al-Quran yang betul.

Belajar Al-Quran di sekolah agama atau kelas mengaji masih tidak mencukupi. Kita sepatutnya perlu juga mengamalkan pelajaran di rumah bersama seisi ahli keluarga.

Al-Quran Dengan Bacaan Dan Tajwid Yang Betul

Al-Quran adalah kitab yang perlu dibaca beserta dengan Tajwid.

Tajwid adalah untuk kemahiran membaca dan merujuk kepada peraturan yang mengawal sebutan dengan betul semasa membaca Al-Quran.

Pembelajaran Tajwid Al-Quran memerlukan komunikasi dua cara antara pelajar dan guru yang mahir.

Dengan teknologi yang ada sekarang, terdapat digital Al-Quran membolehkan anda mempelajari dan membaiki bacaan Al-Quran serta Tajwid Al-Quran dengan lebih mudah dan teratur. Ianya senang dibawa kemana-mana malah dapat juga membimbing anak-anak belajar cara membaca Al-Quran.

Digital Al-Quran merupakan antara cara yang mudah untuk belajar membaca Al-Quran secara bertajwid dan berperingkat.

i-FURQAN Digital Quran Tercanggih

Mahir Bacaan Al Quran Serta Tajwid Al Quran Dengan Mudahi-Furqan Digital Quran secara asasnya ia adalah sebatang pen khas.

Digital Al-Quran

Bila diletakkan matanya pada ayat-ayat Al-Quran, ianya akan mengeluarkan sebutan bacaannya.

Sebutan bacaan Al-Quran yang keluar merupakan bacaan dengan tajwid yang betul.

Dengan cara ini samada anak anda mahupun anda sendiri boleh menyemak bacaan tersebut.

Membantu anda belajar bacaan Al-Quran berserta Tajwid yang betul dengan mudah. Alat ini akan membaca ayat yang ditunjukkan sahaja maka dengan ini memudahkan anda untuk menyemak bacaan.

Melalui alat yang sangat berguna ini, ianya dapat memudahkan anda dalam mengajar anak-anak anda untuk membaca Al-Quran dengan bacaan serta tajwid yang betul.

Fungsi i-Furqan Digital Quran

  • Mampu membantu meningkatkan dan memperbaikkan bacaan Al-Quran dengan lebih baik.
  • Menyemak, memperbetul, dan meningkatkan mutu bacaan serta tafsir Al-Quran.
  • Membantu serta memudahkan anak-anak untuk menghafal bacaan ayat-ayat Al-Quran.
  • Boleh juga digunakan berulang-ulang sehingga mendapat sebutan bacaan Al-Quran yang betul.
  • Dapat menghafal Al-Quran dimana sahaja anda berada.
  • Membantu untuk membaca dengan tajwid yang sebenarnya kerana ianya dibaca oleh qari-qari yang terkenal.

Bagi saya, i-Furqan Digital Quran cukup berguna kerana dapat membantu bakal-bakal jemaah Haji dan juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada sanak saudara, rakan-rakan atau anak-anak anda.

Kelebihan Set I-Furqan Digital Quran

Terdapat 4 pilihan bacaan daripada Qari yang masyhur seperti:

  • Sheikh Saad Al-Ghamidy
  • Sheikh Mohammed Siddiq Al-Minshawi
  • Sheikh Abdullah Al-Khulaifi
  • Sheikh Abdul Rahman As Sudais

Dan kelebihannya…

  • Mempunyai terjemahan ayat dalam Bahasa Melayu.
  • Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi. Bunyi bacaan Al-Quran yang jelas akan memudahkan anda.
  • Boleh mendengar melalui speaker pen reader atau earphone tanpa menganggu sesiapa.
  • Mesra pengguna, mudah dibawa dengan beg eksklusif yang direka khas.
  • Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia. Dijamin keasliannya.
  • 4 GB built in memory dengan sokongan Mirco SD.
  • Menggunakan “Lithium Built in Baterry”. Bateri ini boleh dicas semula.
    • Boleh rekod/rakam suara bacaan kita untuk dibandingkan dengan qari yang terpilih.
    • Kandungan Set Lengkap Al-Quran.

Antara Keistimewaan i-Furqan Digital Quran yang lain…

  • Manual Quran Read Pen
  • Muqaddam Digital
  • Manual Doa Haji Umrah
  • Penggunaan Surah Index Digital
  • Manual Speed Bacaan

Kita hendaklah membaca, memahami, mendalami dan menghayati isi kandung Al-Quran kerana ia bukan diturunkan oleh Allah SWT untuk dijadikan perhiasan.

Banyak faedah yang besar bukan sahaja mendapat pahala dan keredhaan dari Allah SWT tetapi juga kebaikkan dalam kehidupan seharian kita.

Sekiranya kita dapat membaca satu surah sehari sekali sudah memadai.

InsyaAllah sekiranya kita amalkan ianya akan menjadi kebiasaan dan jadikan rutin harian dalam meningkatkan dan memperbaikkan bacaan Al-Quran dengan lebih baik lagi.

Menarik Tentang Keajaiban Al-Quran Dengan Fakta-Fakta Sains

Keajaiban Al-Quran sememangnya banyak. Semua orang tahu secara umum tapi saya yakin tak ramai yang ambil tahu secara terperinci. Kalau jenis baca Al-Quran beserta terjemahan, InsyaAllah anda akan jumpa serba sedikit kaitan ini. Kalau tidak, anda boleh rujuk Al-Quran lepas baca artikel ini.

Al Quran
Al Quran

KEAJAIBAN AL-QURAN DENGAN FAKTA-FAKTA SAINS

1) Proses Kejadian Alam Semester

Pada kira-kira 70-80 tahun yang lepas ahli sains telah menemukan bahawa alam semester terjadi daripada satu letupan yg di gelar sbg ‘Big Bang’. Tapi pada 1400 tahun yang lepas Al-Quran telah mendahului sains moden dengan menceritakan proses ‘Big Bang’ ini dalam Surah Al-Anbiya 21:30,

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara mereka?”

2) Bumi berbentuk Geosfera

Pada asalnya manusia percaya bahawa Bumi ini berbentuk leper tapi pada tahun 1597, Sir Francis Drake yelah berlayar ke seluruh dunia dan membuktikan bahawa Bumi ini berbentuk spera. Akan tetapi, pada 1400 tahun yg lepas Al-Quran telah mendahului sains dengan menyatakan bahawa Bumi sebenarnya berbentuk geospera dalam Surah An-Naziat 79:30,

“Dan Bumi itu dijadikan berbentuk telur”

Perkataan yang digunakan adalah ‘dahaha’ yang berasal dari pekataan ‘duuyah’ bermaksud telur burung kasawari. Dan bentuk telur burung kasawari adalah geosfera seperti bentuk Bumi.

3) Cahaya Bulan adalah cahaya pantulan bukan cahayanya sendiri

Dulu manusia percaya bahawa Bulan menghasilkan cahayanya sendiri tapi kini sains telah membuktikan bahawa Bulan hanya memantulkan cahaya daripada matahari bukan cahayanya sendiri. Tapi pada 1400 tahun yang lepas Al-Quran telah menjelaskan fakta ini dalam Surah Al-Furqan 25:61,

“Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang memantulkan cahaya”

Perkataan yang digunakan adalah ‘muneer’ yang bermaksud objek yang memantulkan cahaya. Dan tidak pernah pula Allah swt tersilap menggunakan perkataan yang menggambarkan matahari seperti wahhaaj (pelita), siraaj (lampu) dan diya (sinaran yang sangat terang) untuk menggambarkan Bulan.

4) Matahari selain beredar mengelilingi pusat Galaksi Bima Sakti, turut juga berputar pada paksinya

Pada tahun 1512, Nicholas Copericus mengatakan matahari yang berada di tengah-tengah Sistem Suria tidak berputar. Sehinggalah lebih kurang 10-20 tahun yang lepas, ahli sains berjaya menemukan bahawa Matahari turut berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi pusat Galaksi Bima Sakti. Tapi pada 1400 tahun yang lepas Al-Quran telah menyatakan fakta ini dalam Surah Al-Anbiya 21:33,

“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar sambil mempunyai putaran tersendiri”

Perkataan yang digunakan adalah ‘yashbahun’ yang berasal daripada perkataan ‘sabaha’. ‘Sabaha’ memberi gambaran bahawa ada pergerakan yang terhasil daripada objek yang sedang beredar.

Ini adalah sebahagian saja tentang keajaiban Al-Quran dengan fakta-fakta sains moden sekarang. Banyak lagi perkara-perkara yang ada dalam dunia ni dan memang sudah dinyatakan dalam Al-Quran oleh S.W.T. Tapi, sebab ilmu kita tak setingga mana tak mampulah nak hadam maksud sebenar dalam ayat Al-Quran tu.

Kepada yang berminat nak buat tempahan ibadah Qurban Aqiqah di Kemboja, tarikh akhir tempahan adalah pada 7 Oktober 2013. Jangan lepaskan peluang untuk berkorban harta demi akhirat. Wallahualam

Baca juga:
5 Cara Tengok TV di Android

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *