Kota Kinabalu, Aku Datang!

Letak gambar memang tak pernah nak kalah. Gambar di atas adalah bukan hak milik saya tetapi hak milik Google. Tapi cantikkan pulau dekat Sabah ni rupanya. Artikel ini ada berbaur nak bagi jeles pada mereka yang tak dapat pergi bercuti. Sila tabahkan hati.

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu

Cuti-cuti Malaysia datang lagi. Asyik bercuti luar negara je. Boring juga. Kota London, Istanbul, Mekah, Madinah, Brunei, Lancaster, Scotland semua dah pergi tapi Kota Kinabalu yang sekangkang kera memang tak boleh sampai (hambar lawak kau) ni tak jejak-jejak pun lagi. Tolonglah insaf!

Oleh kerana dah insaf, jadi marilah kita bercuti ke Kota Kinabalu bulan depan!!!!

Tapi ke mana destinasi sebenar? Nak tinggal dekat hotel mana tu biarlah jadi rahsia lagi ya. Hilanglah privasi kalau semua dah kongsi dengan pembaca sekali nafas je kan? Bawak bertenang dan nantikan kemaskini selanjutnya nanti lepas pulang daripada bercuti.

Sekarang, saya ada misi yang lebih penting iaitu rasa macam nak melaram lebih sikitlah nanti masa dekat Kota Kinabalu tu nanti. Mana tahu jumpa dengan pelancong mat saleh ke. hahahahaha!!! Ingat nak belilah kot sikit baju-baju yang warna macam merah mak ngah sikit ke. Boring juga asyik pakai baju yang sama je.

Nak bercuti kot. Kenalah havoc sikit. Muka tak cantik tak apa, asalkan kena confident. kahkahkah!

Lepas tu, nanti dekat Kota Kinabalu tu saya rasa macam sejuk je kot. Yelah, kan dekat dengan Gunung Kinabalu kan? (imaginasi sangat kau ni). Jadi, mungkin saya akan bawa baju sejuk yang saya dah melaram dekat Istanbul tahun lepas. Jimatlah sikit.

Jimat pun bersebab. Jimat tak beli baju yang tebal berbulu, tapi saya nak buat sumbangan ikhlas dekat Zalora Malaysia. Rancangnya nak beli 2 benda je dekat situ, nak beli kasut dengan purse. Hari tu tengok gambar sekali lalu je, macam cantik. Tak apa ada masa lagi nak shopping!

Baju sejuk konon-konon nak daki Gunung Kinabalu, kasut dan purse. Lagi apa ek? Oh, saya ingat nak borong shawl barulah. Walaupun dekat rumah dah ada 10 rak (jelas-jelas reka cerita tipu kan?) shawl, tapi kalau nak bercuti naik belon mestilah ada shawl baru kan? barulah kena tiup angin best sikit kan? Ok, nak beli shawl baru!

Amboi, kemain nak beli itu ini. Nasib baik duit program Affiliate dah masuk. hehehehe! Bolehlah shopping sikit barang keperluan tak penting tapi kalau tak beli nanti bimbang saya tak tidur lena. Kena belilah jawabnya. hahahaha!!! Tak sabarnya nak bercuti!!!

Orang Sabah Sombong?

Ya, betul. Artikel ini tajuknya saja macam cerita dongeng tapi sebenarnya ini trick nak tahu betul ke anda betul-betul baca isi artikel atau baca tajuk saja. hihihi. Terkena tak?

Seperti yang saya kongsikan cuti saya di Kota Kinabalu ni. Akhirnya kami sekeluarga selamat menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu pada 10 December 2013 dengan jayanya.

hehehehe! Alhamdulillah.

Tajuk artikel tengah malam saya ni ada ciri-ciri nak cari gaduh? Oh tidak. Ini main-main saya ok. Ternyata tekaan saya silap betul tentang orang Sabahan sebelum ini. Maaflah, sebelum ni saya ingatkan orang Sabahan garang-garang atau mungkin macam sombong sebab saya selalu tengok dekat TV kaum-kaum etnik di sana macam kasar.

Ya Allah, rupanya silap sama sekali!

6 hari saya di Kota Kinabalu. Sempat pergi ke Kundasang, Tamparuli dan ada beberapa tempat lagi yang saya dah tak ingat. (Biasalah umur kan dah menuju penuaan. hahaha!) rasanya tak ada lagi kes saya rasa menyampah atau nak marah dekat orang di sana.

Semua sangat peramah. Baik pekerja hotel, mahupun rakyat biasa.

Haih, habislah kalau dah jatuh cinta dengan orang Sabah. Nampak gaya kena kutip ilmu untuk tingkatkan sales dekat Facebook banyak-banyak kot. Kumpulm duit untuk pergi holiday ke Sabah lagi!

Ada orang “request” letak gambar-gambar pergi Sabah tapi malangnya gambar masih dalam camera. Belum transfer lagi dan biasalah penyakit malas ni mana boleh bertolak ansur sangat. Tunggu mood rajin meluap-luap ok.

Leave a Reply