free
web stats

Keyword Tahajjud Cinta Penyumbang Trafik Organik Terbanyak

Tahajjud Cinta, keyword yang laris sekarang. Keyword untuk drama ni dibantah sesetengah pihak tapi Tahajjud Cinta inilah yang bantu saya dapat trafik organik terbanyak di blog Lizarazak. Thanks!

hahahaha! Seronok bermain dengan keyword ni sebenarnya. Seronok kalau kena caranya lah. Saya tak kata saya yang “pegang” keyword Tahajjud Cinta ni. Tapi, saya cuma ambil keyword ini sebagai contoh untuk kongsi dengan korang je.

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tapi, jangan pula kata saya nak bangga. Nak bangga apanya dengan keyword Tahajjud Cinta ni kan? hahahaha!! Melawak agak-agaklah. Bukan lebat sangat pun trafik masuk. Tapi, oklah. Dapat jugak saya jobs sejak trafik organik di blog Lizarazak ni agak ok sikit berbanding dulu-dulu.

Saya tak nak menipu. Jadi, jujur je saya cakap. Memang saya antara blogger yang sentiasa belajar dan buat eksperimen macam mana nak dapatkan trafik yang ok dari sehari ke sehari. Kita kena belajar. Keyword Tahajjud Cinta ni pun saya dapat masa sesi pembelajaran SEO woo. hehehe.

Kebetulan masa tengah belajar sendiri dengan pakcik Google, sibuk pulak iklan Tahajjud Cinta dekat tv. Alang-alang, saya gunakan keyword ni untuk buat eksperimen. Alhamdulilah menjadi. Apa tips yang saya guna? Tak ada spesifik tips sebab saya jenis suka cuba macam-macam. hahahaha!!

Tapi, ada 3 tip yang saya boleh share dekat sini. Penting juga untuk maintainkan keyword Tahajjud Cinta ni dekat search engine. Buat entry Tahajjud Cinta bukan 1 atau 2 entry tetapi lebih daripada itu. Berapa? Cuba kira sendiri berapa entry berkenaan drama ni yang saya dah tulis!

Hahahaha!! Berapa entry pasal Tahajjud Cinta yang saya dah buat? Ok, dengan kata mudahnya. Sila rajinkan diri menulis entry yang berkaitan dengan target keyword yang korang nak tu sebanyak mungkin. Next tips, “interlink” kan keyword dalam new entry dengan entry-entry sebelum. Last, dapatkan backlink dari blog lain. Saya senang sebab ada blog sendiri. Minta bantuan blog Cerita Sensasi untuk dapatkan backlink ke entry berkaitan. hahahaha!

Nak tips lagi? Tunggu entry-entry lepas ni. Waktu saya rajin. hahahaha!!! Ok, poyo. Sebenarnya tak adalah tips mana pun, tapi ini yang saya praktikkan untuk keyword Tahajjud Cinta. Trylah kalau mahu. Jadi ke tidak tu lain cerita! Selamat mencuba! Bawah ni, screenshot dari 1 Julai hingga 1 September 2011.

p/s: Tak adalah hina sangat bila blogger kejar trafik ni, cuma caranya biarlah betul. Jangan guna taktik kotor sudahlah. Tulislah apa pun, gunalah cara apa sekalipun tapi jangan cuba jatuhkan orang lain. Guna keyword tengah panas contohnya Tahajjud Cinta pun boleh. Mana tahu duit hasil blogging ni boleh beli handphone Samsung Galaxy Gio pada harga serendah RM199 oleh Digi tu kan?? hahahah!!! bye 😛

Leave a Reply