free
web stats

Ketampanan Lelaki Tingkatkan Peluang Untuk Anda Hamil

Saya ketawa besar apabila saya terbaca kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Negeri Pennsylvania baru-baru ini. Nak tahu kenapa? Adakah patut mereka claim ketampanan lelaki merupakan salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kehamilan wanita. Lepas baca saya memang hampeh.

Menurut petikan berita yang telah saya baca, kumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai hubungan yang berkaitan dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan.

wanita hamil

Penyelidik berkenaan menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang datang dari pelbagai wilayah di Amerika Syarikat. Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal.

Responden wanita kemudian diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan menyatakan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara.

Dan macam adegan filem barat, sudah tentulah yang tampan lebih puas katanya.

Motif?

Mereka mendapati responden wanita yang memiliki pasangan tampan dan puas ketika berasmara, cenderung untuk mempunyai ramai anak!!

Haha, tak ke gila namanya tu. Tak faham ‘aku’. Kalau Mak Kiah yang duk kat ceruk kampung saya tu baca hasil penyelidikan yang telah saya anugerahi Thesis penyelidikan paling tak matang untuk tahun ini, saya yakin dia pun ikut ketawa guling-guling dengan saya.

Wei… profesor come on lah, engkau tak takut ke pakcik-pakcik yang tak berapa nak tampan kat luar sana tu naik angin bila mereka terbaca dengan statement yang merapu daripada kamu tu.

Kalau nak tahu, depa siap ada cucu-cicit lagi tau. Lagi pun untuk pengetahuan anda, bukti yang telah saya sebut tadi tidak termasuk kes rogol sekali dan terus mengandung anak luar nikah seperti yang ada di negara kami.

Setahu saya (yang tak berapa pandai ni), kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid dan kehadiran sperma lelaki dalamnya. Paling penting ovum tak dikeluarkan ketika si wanita puas. Atas dasar itu, doktor selalu menasihatkan pesakit supaya belajar mengira waktu subur wanita untuk merancang kehamilan. Bukannya dengan bertanya puas tak puas semasa berasmara.

Kalau nak saya huraikan satu-persatu pun tak ada hal punya.

Jadi biar betul profesor?

Nampak gaya, semua profesor yang mengkaji tips merancang kehamilan terbaik dari ladang tu kena duduk mengaji dekat Malaysia untuk mengetahui hakikat kehamilan yang sebenar-benarnya. Ke saya yang tak tahu menda?

Kajian itu boleh jadi betul boleh jadi tak betul. Saya ada kawan muka macam tayar lori pancit tapi dia mempunyai anak ramai. Ada juga kawan saya yang mempunyai muka kacak segak tampan sampai sekarang pun masih tiada anak lagi.

Apa Yang Penting Untuk Buat Wanita Hamil Bagi Lelaki?

Apa-apa pun yang memberi kesan kepada hormon yang mengawal pengeluaran sperma atau bertindak sebagai anti oksidan boleh membantu perkembangan sperma yang sihat dan membantu meningkatkan jumlah sperma. Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap testosteron dianggap mempunyai kesan yang paling ketara terhadap bilangan dan kualiti sperma.

Fakta mengenai cara meningkatkan kiraan sperma:

  • Membuat senaman dan mempunyai tidur yang mencukupi telah membukti boleh meningkatkan kiraan sperma.
  • Rawatan-rawatan yang pertama disyorkan adalah untuk mencuba ubat-ubatan bukan farmakologi.
  • Merokok telah lama diketahui boleh mengurangkan kesihatan badan, pengeluaran sperma, dan menjejas kualiti sperma.
  • Lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang sangat rendah boleh diberi ubat untuk meningkatkan bilang sperma.

Bagi lelaki yang mempunyai jumlah bilangan sperma yang normal, kesihatan sperma mereka juga akan menjadi kurang dengan ketara selepas 10 hari pantang.

Untuk mengekalkan sperma anda dalam bentuk yang baik sekali, anda harus cuba melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan bukan hanya lakukannya pada sekitar masa ovulasi sahaja.

Mengelakkan duduk untuk jangka masa yang panjang bagi lelaki

Menurut penyelidikan, duduk untuk jangka masa yang panjang boleh meningkatkan suhu scrotal. Sekiranya anda mempunyai kerja meja, atau berulang-alik ke tempat kerja, pastikan anda bangun dan berjalan dengan kerap. Ini juga baik untuk tumpuan, jadi anda boleh meningkatkan kesuburan dan tenaga anda sekaligus.

Suplemen Makanan Yang Boleh Membantu Kesuburan Wanita

Sekarang boleh kita bincang tentang suplemen makanan yang boleh membantu dalam kesuburan. Bagi wanita untuk mengimbangi hormon kehamilan dan menguruskan kitar haid mereka, mereka memerlukan gabungan enzim sistemik yang mengandungi nattokinase dan serrapeptase.

Enzim-enzim ini berfungsi dengan baik dengan myomin yang menyekat estrogen di tempat reseptor mereka di ovari, rahim, tiroid dan sel-sel lemak. Myomin juga menghalang aromatisasi testesteron untuk kembali kepada estrogen yang berbahaya (estradiol). Myomin juga membantu kerja detoksifikasi hati dan membersihkan darah semasa mengawal sistem imun.

Entri kaitan:
Tekanan darah rendah bahaya kepada ibu hamil

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *