customer service

Kerjaya Customer Service di KLIA

Customer Service atau Khidmat Pelanggan adalah salah satu kerja yang sangat profesional dan lumayan jika tahu caranya.

Skop kerja customer service lebih kepada bercakap. Tetapi bukan main cakap saja. Ada skil cara untuk berkomunikasi jika kita bekerja dengan syarikat yang perlu kita bercakap.

Sebenarnya banyak syarikat yang menawarkan kerjaya sebagai Customer Service ini. Mungkin sebahagian dari anda tidak tahu.

Customer Service juga dikenali sebagai Call Center.

customer service
customer service

# Customer Service Kerjaya Profesional?

Ya, kerjaya ini sangat profesional. Walaupun anda hanya ada sijil SPM untuk pengajian paling tinggi korang.

Apa yang profesionalnya?

1. Skop kerja khidmat pelanggan ini lebih kepada komunikasi.

2. Kerjaya customer service ini jawatannya sangat diperlukan dimana-mana sektor kerajaan mahupun swasta.

3. Kerjaya ini memerlukan kita bercakap dengan mana-mana orang atau pelanggan dengan komunikasi yang sopan dan beretika.

4. Cabin Crew (pramugara-pramugari kapal terbang), check-in counter semasa korang nak daftarkan diri dan bagasi korang di Airport, orang yang menjawab segala permasalahan berkaitan tv-astro, telefon, semasa korang berurusan di kaunter bank dan apa sahaja yang korang rasa ini semua termasuk dalam kerja customer service.

5. Kerjaya ini memerlukan kita belajar (training) dan pengalaman kerja terdahulu sebelum dapat
kerja di syarikat lain.

6. Kerjaya ini profesional sebab, kita akan belajar banyak perkara terutama bab grooming
(kekemasan @ make up diri).

7. dan.. banyak lagi jika korang cari sendiri sebabnya.

Asyraf tunjukkan anda jalan:

# Syarikat yang Menawarkan kerjaya Customer Service :

1. Telekom Malaysia (TM)

2. Digi

3. Maxis

4. Celcom

5. Cabin Crew mana-mana syarikat penerbangan

6. Mana-mana bank tempatan dan antarabangsa

7. Syarikat-syarikat besar seperti minyak, hartanah, dan sebagainya

crew kapal terbang
crew kapal terbang

# Bagaimana Ingin Memohon @ Apply Kerja?

Kenapa saya beria-ria sangat tulis tips dan panduan ini?

Ya, saya pernah bekerja dan sedang bekerja sebagai Customer Service.

Syarikat yang saya mohon kerja ini berkaitan penerbangan (Airlines).

Asyraf sangat minat bidang communication dan customer service.

Anda juga boleh memohon. Ini bukan RAHSIA, cuma diri kita sendiri perlu mencari peluang.

Syarikat Penerbangan di Malaysia yang Menawarkan kerjaya Customer Service:

1. Malaysia Airline Service (MAS)

2. Air Asia

3. Malindo Air

4. Fire Fly

5. KL Airport Service (KLAS)

Diantara syarikat penerbangan berikut, ada kelebihan dan kekurangan bila anda bekerja disana.

Okay, untuk memudahkan anda membuat keputusan dengan cepat selepas membaca tulisan saya ini. Asyraf terangkan :

Jika anda bekerja sebagai customer service di MAS, Air Asia, Malindo Air dan Fire Fly. Anda hanya berpeluang bekerja di dalam Malaysia @ Asia sahaja.

# Peluang, Faedah dan Kelebihan:

1. Gaji Basic + Allowances + OT (ot paling malas) = RM2500 -RM3500
2. Bekerja dalam Malaysia dan Asia.
3. Dapat memakai uniform Airlines yang sangat gah.
4. Bekerja dalam suasana antarabangsa.

Jika anda dapat bekerja dengan syarikat yang menyediakan pelbagai servis di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ini sangat menguntungkan untuk masa hadapan. Iaitu KLAS.

Saya akan senaraikan sebabnya:

# Peluang, Faedah dan Kelebihan:

1. Gaji Basic + Allowances + OT (ot paling malas) = RM2500-RM4000.
2. Bekerja dalam Malaysia dan luar negara.
3. Dapat memakai uniform Airlines yang sangat gah.
4. Bekerja dalam suasana antarabangsa.

Pernah anda lihat di KLIA, pekerja yang memakai pakaian seragam dari negara luar seperti timur tengah (middle east Airlines)?

Ya, Tahniah, anda sudah jumpa panduan ini. Saya tunjukkan :

1. Anda pernah lihat orang Malaysia mengenakan pakaian seragam seperti Emirates, Qatar Airways, Saudi Arabia, Ettihad Airways dan Singapore Airlines serta CX (Hong Kong Airlines)

2. Mereka-mereka ini sebagai customer service di KLIA, mendapat banyak kelebihan antaranya:

– Pakaian seragam Airlines luar negara (beg, kasut, name card)
– OT yang ditawarkan tinggi sedikit daripada Airline-airline di Malaysia.
– Faedah lain, jika ada peluang kerja di luar negara sebagai customer service
atau cabin crew atau apa sahaja yang berkaitan, peluangnya sangat cerah.
– Peluang berkenalan dengan cabin crew serata dunia.
– dan.. banyak jugaklah faedah jika anda dapat bekerja dengan KLAS.

# Bagaimana ingin Memohon Kerjaya ini?

3. Syarat paling tinggi hanya SPM sahaja.
4. Minat dalam komunikasi.
5. Boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
6. Syarat lulus English dalam SPM, kredit pun dah ok.
7. Janji anda boleh faham dan jawab dalam english ini.
8. Syarat minumum dalam SPM : Malay & English MUST credit.
8. Jika anda ada bahasa asing seperti Arab, Cina, Jepun, Perancis dan
sebagainya 1 kelebihan dan majikan 100% akan tumpukan anda.

Apa lagi tunggu, rebutlah peluang ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *