Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa Majlis Perkahwinan Lebih Praktikal Di Dewan Berbanding Di Rumah?

Assalamualaikum semua para pembaca setia LizaRazak Dot Com. Ada sihat? Aku harap semuanya sihat walafiat hendaknya.

majlis perkahwinan

majlis perkahwinan

Ok, aku malas nak berdolak dalih membuang masa, kita terus ke tajuk yang nak aku bentangkan hari ni. Kenapa majlis perkahwinan lebih praktikal dilakukan di dewan berbanding di rumah pada zaman sekarang ni?

Apa pendapat korang?

Pendapat aku sangat mudah. Ia adalah kerana paras rupa aku yang begitu kacak dan menawan. Hahahaha. Lama dah aku tak bergurau biadap macam ni. Ok, aku bagi beberapa sebab kenapa majlis perkahwinan lebih praktikal dan relevan di lakukan di dewan berbanding di rumah.

Parking kereta senang

Kita semua sedia maklum yang kebiasaanya di dewan memang ada menyediakan ruangan Parking kereta yang sangat besar dan luas. Berbeza dengan kawasan perumahan yang sangat-sangat susah untuk para tetamu Parking kereta.

Tandas disediakan

Biasanya di dewan memang ada disediakan tandas awam. Jadi agak mudah untuk para tetamu melunaskan apa yang terpendam sekian lamanya. Kalau di rumah pengantin, aku pun segan nak tumpang berak. Malu lah berwajah kacak tapi bau taik busuk. Silap-silap pengantin yang tengah Makeup dalam bilik boleh kekejangan otot akibat terbau bau taik aku.

Tak menyusahkan jiran tetangga

Ini antara faktor terpenting yang perlu kita fikirkan. Kalau kat dewan kita tak perlu fikir perasaan jiran yang rumahnya di Blocking semata-mata kerana majlis perkahwinan yang dilakukan. Kalau kat dewan kita tak perlu untuk tumpang rumah jiran tetangga untuk basuh pinggan mahupun pinjam elektrik. Bukan semua jiran tetangga Sporting mahupun menerima seadanya majlis perkahwinan kita tu. Silap-silap ada yang mengamuk sebab rumah kena Block tak boleh Parking kereta. Korang bukan kacak macam aku. Aku lain lah. Sekali kenyit mata, jiran tetangga terus cair! Dorang sendiri tolong pasangkan khemah depan rumah dorang.

Sejuk

Kebiasaannya dewan memang menyediakan penghawa dingin. Dan kalau tak sediakan penghawa dingin sekalipun, keadaan dalam dewan sememangnya tak berapa panas jika nak dibandingkan di bawah khemah. Jadi, tetamu boleh bergaya pakai kemeja mahupun kot untuk mencari jodoh di majlis perkahwinan tersebut.

Kebersihan terjaga

Biasanya kat dewan dah disediakan tukang sapu sekali bila kita dah bayar sewa dewan. Jadi, berbeza dengan perkahwinan di kawasan perumahan. Kat kawasan perumahan kita sebagai tuan rumah kena Make Sure dan sapu sendiri kawasan kejiranan supaya tiada sampah sarap yang bersepah-sepah apalagi termasuk ke rumah jiran tetangga. Boleh mengamuk jiran. Kalau anak jiran tu terel menari Raver, mati lah korang nak kena hadap tarian tu hari-hari.

Tak menyusahkan ahli keluarga

Kalau kat dewan ni kebiasaannya urusan perkahwinan tu dah diuruskan sepenuhnya oleh Wedding Planner daripada A sampailah ke Z. Jadi takkan timbul isu menyusahkan ahli keluarga yang lain. Almaklumlah, zaman sekarang ni semua orang makin sibuk dengan urusan peribadi jadi kita susah untuk mengharapkan ahli keluarga yang lain untuk turun membantu.

Ok. Ini antara sebab yang aku boleh bentangkan. Kenapa majlis perkahwinan lebih praktikal di dewan berbanding di rumah. Kalau korang ada lagi Point-Point yang menarik boleh komen kat bahagian komen.

Dewan mana yang menarik untuk buat majlis perkahwinan??

Okay, sebabkan korang dah tercampak masuk ke dalam artikel ni, meh sini aku kenalkan satu dewan yang bagi aku agak menarik untuk korang buat majlis perkahwinan.

DEWAN PERDANA ZAFRAN!

dewan perdana zafran

dewan kahwin

Dewan Perdana Zafran terletak di Kepong. Ianya betul-betul berlokasikan di dalam Desa Complex, Jalan Kepong tingkat 5. Asal usul dewan ini sebelum dijadikan dewan untuk majlis perkahwinan adalah kandang Bowling (Bowling dipanggil apa ek? Pusat Bowling ke? Apa-apa je lah. Aku lupa dah. Hahaha).

luasan dewan

Jadi keluasan dewan ini janganlah disangkal lagi kerana ianya sangat-sangat luas.

APA YANG MENARIK TENTANG DEWAN PERDANA ZAFRAN INI?

Ok, kalau nak cerita tentang menarik tentunya pada kemudahan-kemudahan yang ada di Dewan ini.
Antaranya adalah :-

Kemudahan Parking kereta yang sangat-sangat luas

Memang banyak Parking kat sini. Di dalam bangunan Complex Desa sendiri pun dah banyak Parking, dan ditambah dengan Parking Stesen LRT Kepong yang terletak betul-betul bersebelahan Desa Complex Shopping Mall, Kepong.

Kemudahan Pengangkutan Awam

Dewan Perdana Zafran ini betul-betul terletak di seberang Stesen LRT Kepong. Jadi, sangat-sangat mudah untuk tetamu ke sini.

Tandas awam

Di Dewan Perdana Zafran ni, korang tak perlu fikir malu atau segan untuk berak semasa majlis perkahwinan berlangsung. Korang boleh berak dengan tenang sambil tersenyum kerana tandas awam banyak disediakan di sini.

Penghawa dingin

Korang yang tak tahan panas apalagi sekarang ni memang tengah musim panas, takkan rasa panas atau rimas di Dewan Perdana Zafran ni sebab dalam dewan ni memang sejuk. Bekas pusat Bowling kot. Apa yang korang Expect? Dah tentu sejuk. Bukan tempat panggang ayam golek.

Pelamin panel disediakan

Ianya akan diuruskan oleh Wedding Planner daripada wedding.com.my. Korang hanya perlu berurusan dengan Wedding Planner pilihan korang yang akan menguruskan segala urusan termasuk kad kahwin, hadiah, gubahan hantaran, pelamin, baju pengantin, jurukamera, jurumekap dan sebagainya. Senang cerita daripada A to Z! Jadi korang tak perlu pening-pening lagi. Untuk lebih maklumat boleh layari wedding.com.my atau boleh terus pergi ke ShowRoom dorang yang beralamat di :- H-89-1, Block H, 72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Keadaan dalaman dewan yang nampak Esklusif, luas dan sangat-sangat selesa.

luasan dewan 2

stage

dewan deco

Nampak tak? Dewan ni sangat-sangat luas, selesa dan nampak Esklusif. Sesuai pada korang yang pentingkan kualiti dalam penampilan.

Di dalam dewan ini jugak disediakan bilik VIP!

Baju Pengantin

baju pengantin

Baju pengantin korang tak perlu pening nak fikir. Segala mak nenek baju ni akan diuruskan oleh Wedding Planner daripada wedding.com.my . So People, No Need To Spin Off Your Head. ( Tak perlu peningkan kepala korang )

Catering Sedap

catering

Soal Catering pun korang dah tak payah nak pening. Tak payah nak cari merata dah. Tempah je sekali di Dewan Perdana Zafran ni. Memang Catering pun ada Catering Panel terpilih.

kari sedap

nasi dan lauk

Aku dah cuba Try Test nasi dan lauk dari Catering ni. So Far aku rasa ianya agak memberangsangkan dan sedap. Diharap rasa dan kualiti ini akan terus dikekalkan sampai bila-bila. Dengan kualiti macam ni, aku berani cakap semua orang akan puas hati.

Owh, sedikit info. Aku diberitahu beras yang digunakan oleh Catering ni adalah Beras Basmathi daripada India. Yang aku dengar Beras Basmathi daripada India ni betul-betul Pure. Takde campuran beras-beras hancur. Memang berkualiti. Beras dia panjang dan gemuk berbanding dengan beras Basmathi yang lain. Lebih gebu dan mengenyangkan.
Ok. Pada korang yang masih tercari-cari dewan yang terbaik untuk majlis perkahwinan korang, aku boleh rekemen korang Dewan Perdana Zafran ni. Memang terbaik dari segi kemudahan insfastrukturnya. Dan dah tentunya Wedding Planner dari wedding.com.my adalah daripada mereka yang sangat-sangat berpengalaman luas dalam bidang ini. Yang akan menguruskan daripada A hingga Z. Korang tak perlu pening.

Untuk melihat sendiri keadaan dewan ni korang boleh terus ke alamat ni.

No 5 Fifth Floor Desa Complex, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

atau hubungi 016-6786155 / 019-3066155 / 03-62634724 untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan,

Untuk berinteraksi dengan bakal Wedding Planner korang yang akan menguruskan segalanya dari A sampailah ke Z , korang boleh layari http://wedding.com.my/ ataupun pergi sendiri ke Showroom mereka di :-

H-89-1, Block H, 72A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
atau hubungi 03-79320050 untuk membuat temujanji.

Leave a Reply