free
web stats

Kearah Memartabatkan Bahasa Malaysia Dalam Penulisan Blog

Saya rasa amat bersyukur kerana kesedaran terhadap perjuangan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam penulisan blog hadir kala semangat Patriotisme di kalangan remaja dewasa ini semakin membimbangkan. Saya sedar mungkin sumbangan saya kepada dunia penulisan tanah air selepas ini hanyalah sebesar zarah yang tidaklah segah mana.

bahasa malaysia

bahasa malaysia

Tapi saya tetap berharap dengan beberapa perubahan yang bakal dilaksanakan, akan mempengaruhi sedikit sebanyak rakan-rakan penulis yang lain atau pembaca untuk sama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan kita ke satu tahap yang lebih baik kelak. Mungkin bukan hari ini, tapi siapa tahu esok lusa nanti?

Tiada Mana-Mana Pihak Yang Disalahkan

Bukan menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak, tapi sudah terang lagi bersuluh bahasa perantaraan di dalam tulisan hampir keseluruhan penulis blog yang kita ada kini tidak mencapai status piawaian tahap yang memberangsangkan disebabkan oleh kecenderungan penulis kita yang lebih selesa menggunakan bahasa slanga dan penanda wancana yang salah dalam penulisan.

Tolonglah…. tolong kerajaan memartabatkan bahasa ibunda kita. Saya tidak kata blog ini jauh lebih baik dari anda semua, jauh sekali berlagak sebagai seorang wirawati negara. Tapi saya risau keindahan ‘lidah rasmi’ kita ini akan dicemari oleh bahasa yang tidak sepatutnya. Siapa yang patut dipersalahkan nanti bila penggunaan Bahasa Melayu hanya akan dipraktikkan semasa mengambil kertas peperiksaan Bahasa Malaysia sahaja?

Oleh yang demikian, suka saya war-warkan di dalam blog ‘tak seadanya’ ini bahawa saya tidak akan menggunakan bahasa rojak lagi dan hanya akan menggunakan ayat-ayat cinta skema sepenuhnya walau dengan apa cara sekalipun selepas artikel ini.

Tidak ada lagi penggunaan ayat yang menggunakan slanga, ayat ‘minglish’, english/chinese/tamil/bumiputera, atau pun rojak di dalam mana-mana artikel yang bakal saya keluarkan. Walaupun demikian, saya berjanji akan terus menggunakan pendekatan lawak sebagai salah satu cara pengolahan ayat dan perencah utama dalam penulisan blog.

Saya faham dengan permasalahan ini

Tapi kadang kala cara penulisan juga menjadi pengaruh untuk penulis blog menarik pembacanya. Mereka juga mempunyai sasaran..mereka mengkaji apa yang pembaca suka..dan itu yang mereka akan lakukan.

Mungkin bahasa ada kala tidak mencapai piawai yang ditetapkan. Bbak kata sendiri, penulisan itu buat masuk peksa fail la. Tapi itu yang pembaca suka. Jadi saya sebagai penulis juga berada di dalam situasi ini. Apa yang saya mampu lakukan hanya tidak melampaui batas. Takut diri sendiri menyumbang kepada kerosakan bahasa sebab sebagai warganegara yang cinta kepada negara saya ini, saya amat sayang kepada bahasa saya.

Entri kaitan:
Populariti blog nilainya di mana

One Response

  1. rohaizad September 19, 2018

Leave a Reply