Kari Ayam Masak Merah Thai

Kari ayam masak merah Thai ini sangat lazat, sangat mudah dibuat dengan hanya beberapa ketul daging ayam bersaiz kecil, kacang pis dan direbus di dalam kuah kari merah dan santan kelapa. Masakan Thai ini siap kurang daripada 30 minit dan semuanya dalam satu periuk sahaja!

Hidangan Kegemaran Saya

Kesukaan saya pada masakan Thai tidak ada batasnya. Ianya bermula hampir 20 tahun lalu dan tidak pernah luntur. Cabaran terbesar bagi saya adalah untuk menyediakan hidangan masakan Thai sendiri di rumah, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mendapati ianya tidaklah sesusah mana. Semua jenis masakan berkari santan adalah makanan kegemaran saya dan dengan hanya beberapa bahan masakan, anda sudah boleh menyediakan hidangan masakan ala restoran Thai yang berkhasiat di rumah, pastinya disediakan oleh anda.

Terdapat beberapa bahan masakan yang anda perlukan untuk menghasilkan rasa kuah kari yang sebenar; santan kelapa, pasta kari merah Thai, daun limau purut dan serai. Saya boleh dapatkan semuanya di kedai runcit yang berdekatan, tetapi saya akan memberikan anda pautan di bahagian bawah resipi untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan di amazon seandainya ianya sukar didapati. Saya mendapatkan daun limau purut di pasar tani.

Bukan Sangat Susah Untuk Sediakan Hidangan Kari Ayam Masak Merah Thai

Hidangan masakan ini sungguh mudah untuk dibuat. Anda cuma perlukan kira-kira 20 minit untuk menyediakannya dan akan merasa teruja setelah memasaknya. Rasanya lain dari yang lain. Kuah bertekstur krim ini mempunyai sedikit rasa pedas, hasil dari penggunaan pasta kari. Lebih banyak pasta kari yang digunakan, lebih baik. Walau bagaimanapun, ianya tidaklah rasa terlalu pedas. Saya menggunakan 4 sudu besar pasta kari dalam menyediakan hidangan ini dan ianya sudah cukup untuk memberikan perisa dan sedikit rasa pedas kepada masakan.

kari ayam merah thai

kari ayam merah thai

Daun limau purut adalah sebahagian dari spesies pokok sitrus dan ianya memberikan aroma limau-lemon kepada makanan. Ianya adalah sebahagian daripada masakan makanan Thai yang tidak boleh dipisahkan, dan begitu juga dengan masakan Indonesia. Inilah caranya saya mengenali kegunaan daun ini. Di pasar tani yang selalu saya kunjungi untuk membeli barangan keperluan dapur, ada sebuah kiosk kecil. Saya makan di sana bilamana saya ada peluang. Masakannya berbau sedap dan lazat. Pada satu hari, saya bertanya kepada tukang masak di kiosk tersebut, apakah bahan yang beliau gunakan yang memberikan rasa masam limau di dalam masakannya. Beliau telah memberitahu semua rahsia daun limau purut ini. Daun ini sangat berguna dalam penyediaan makanan. Namun demikian, jika anda sukar mendapatkannya, anda boleh mengabaikannya. Batang serai juga memberikan perisa sitrus dalam masakan dan ianya juga sering digunakan dalam masakan kari.

kari ayam masak merah

kari ayam masak merah

Dengan masa penyediaan hanya dalam 20 minit, tidak ada masakan lain yang boleh mengalahkannya. Di samping rasa makanan Thai yang lazat, kediaman anda akan berbau harum.

Jika anda ingin mencuba masakan Kari Ayam Merah Thai ini, sila kongsi pengalaman anda dengan kami! Tuliskan komen dan berikan penarafan anda.

Boleh juga anda rujuk ke homemade danging dendeng jika anda suka dengan makanan ini.

Leave a Reply