free
web stats

Karenah Advertiser Terlampau Terhadap Blogger

Saya banyak mendapat tawaran reviews dan advertorial mahupun dalam blog ini atau blog lain.

blogger

blogger

Tidaklah sampai beribu-ribu RM, tetapi sebagai orang baru dalam dunia blogging, ianya pada saya satu pencapaian yang baik selama saya berblogging.

Syukur Alhamdulillah… rezeki yang saya terima dari Allah swt hasil dari menulis sahaja.

Saya juga tidak menyangka bahawa blog lizarazak.com ni ada juga yang sudi memberi tawaran menulis review yang agak lumayan.

Selalunya… setiap tawaran yang saya dapat, saya akan pastikan mempunyai masa, minat dan percaya dengan produk atau servis tersebut.

Sekiranya saya tidak berminat, saya akan menolak dengan baik. Bukan semuanya saya terima bulat-bulat.

Sepanjang saya menulis review ni, berbagai karenah email dari advertiser yang saya dapat.

Kadang-kadang saya geram juga bila baca email dari advertiser yang cuba nak mempergunakan saya.

  • Ada tu nak kita buat reviews tapi nak percuma. Boleh pula macam tu ya.
  • Ada tu syarikat besar dan ada nama tetapi nak bagi goodies FOC (Free of Charge). Biasanya syarikat besar ada bajet untuk marketing.
  • Ada tu dari cara email terang-terang buat kita macam desperate blogger. Kononnya kalau kita buat review untuk syarikat diaorang, blog kita akan popular sebab syarikat diaorang ada nama…chaitt.
  • Ada tu bila kita dah terima dan setuju untuk buat review, macam-macam pulak tambahan dia nak kita buat, lari dari perbincangan asal.
  • Dan bermacam-macam karenah lagi yang ada.

Apa Pandangan Mereka Terhadap Blogger

Sebenarnya apa pandangan advertiser pada blogger macam kita ni ya?

Adakah pada diaorang, kita sebagai blogger ni low class, tidak ada pelajaran atau sahaja nak membuang masa?
Adakah mereka anggap kita terdesak, boleh terima sahaja arahan dan berapa yang mereka nak bagi?

Dari cara email saya dapat baca attitud sesebuah syarikat advertiser.

Kadang-kadang saya lebih suka menulis review untuk individu perseorangan, syarikat kecil atau yang baru nak mulakan bisnes.

Mereka lebih profesional dalam memberi kerjasama dan komunikasi yang baik untuk mendapatkan khidmat saya. Sentiasa memberi tidak balas yang baik apabila artikel mereka saya siarkan.

Pernah saya dapat tawaran dari seorang individu tanpa banyak soal menawarkan harga tinggi. Saya pula rasa bersalah nak terima hehe.

Terdapat juga review yang saya buat dengan bayaran yang rendah dan ada saya beri secara percuma sebagai sokongan atas sikap mereka yang memberi kerjasama dan komunikasi yang baik dengan saya.

Semuanya atas niat membantu sebab saya faham ada dikalangan mereka ni baru nak berniaga dan tidak mempunyai bajet yang tinggi.

Kita menulis review berbayar untuk tujuan menaikkan bisnes diaorang.

Kita ambil masa untuk kaji produk dan servis yang mereka tawarkan. Terlebih dahulu membuat research terhadap produk atau perkhidmatan tersebut.

Melakukan kerja belakang tabir yang mengambil masa kita mungkin lebih dari sehari, dua.

Jadi komitmen dan masa yang kita berikan biarlah berbaloi. Betul tak…

Peranan Saya Sebagai Penulis Review

Syukur Alhamdulillah… kelebihan saya yang Allah swt berikan boleh menulis review dengan mudah.

Sikap saya apabila sesebuah syarikat atau perseorangan tidak berkira dan memberi kerjasama. Secara automatik saya juga tidak akan berkira.

Saya akan cuba menulis review yang terbaik, asli dan tulen. Bukan copy paste ?

Setiap artikel berbayar yang saya buat, saya akan berikan 100% komitmen sepenuhnya baik dari segi penulisan, research, SEO dan sebagainya.

Orang bayar kita hanya untuk menulis, jadi sebagai penulis haruslah kita berikan yang terbaik. Bukan menulis seperti melepaskan batuk ditangga.

Saya baru lagi dalam bidang ini. Mungkin rakan-rakan blogger yang sudah lama dan pakar mesti dah lali dengan karenah advertiser ni kan.

Saya respect sangat pada blogger yang sudah lama berkecimpung dalam membuat review dan advertorial ni. Mesti korang sabar sangatkan melayan karenah mereka ni ?

Jujur saya katakan saya geram dan sakit hati dengan karenah advertiser terlampau yang nak menggunakan kita ni.

Saya bukanlah jenis yang demand atau terlalu kejar nak cari duit.

Saya ada karier saya sendiri yang perlu diberi keutamaan.

Cuma minat menulis yang mendalam punca saya mula aktif blogging disamping tu saya dapat kenal ramai rakan bloggers yang hebat-hebat.

Lepas baca artikel saya ni mesti ramai advertiser cancel nak offer sayakan hahaha.

I don’t care because I stand for my right so don’t take advantage. If you really feel I’m very good and suitable to promote your product or service make sure you know how to deal with me. Business is business, pleasure is pleasure – Simple and short ?

Macam-macam ragam ada… layan jerlahkan… haishh.

Leave a Reply