free
web stats

Jangan Makan Aiskrim, Nanti Kamu Demam!

Semasa saya masih kecil, saya mempunyai persoalan kasar yang ada dalam fikiran saya, dan salah satu daripadanya adalah pesanan ibu kepada saya.

“jangan makan ais krim sayang, nanti akan demam”.

“jangan beli ais krim tau! Nanti akan batuk”

Berulang-ulang kali, sehingga ada masa saya dah boleh agak apa yang akan diperkatakan oleh ibu setiap kali saya mendapat duit belanja sekolah daripadanya.

aiskrim

Sebelum melanjutkan entri artikel ini, terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kalau artikel ini nanti akan menyinggung perasaan “otai-otai” yang ada di Malaysia. Minta maaf dulu kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tidak terniat langsung di hati saya untuk menidakkan nasihat dan kepercayaan kalian selama ini. Bukan… bukan begitu. Tapi apa yang ada dalam pendapat saya adalah hanya ingin mengajak pembaca berfikir luar daripada kotak fikiran dengan menyingkap kebenaran teori tersebut sebelum mengkritik seseorang.

Boleh bah kan?

Adakah ini perkara serius? Adakah ais krim benar-benar membuat anda demam atau batuk? Dan perkara yang paling penting, adakah anda dibenarkan memakan ais krim ketika anda mengalami sakit demam dan batuk?

Jawapannya sama sekali TIDAK!

Kenapa saya kata begitu? Mari kita singkap kebenaran fairy tales ini.

Untuk pengetahuan semua, batuk merupakan tindak balas semulajadi ataupun secara sukarela untuk membersihkan laluan tekak dan pernafasan daripada kemasukan segala bendasing dan kuman seperti zarah mikrob, perengsa, cecair dan lendir.

Menurut Dr. Patrick Chan, seorang perunding Pediatrik dan Dada seperti yang saya kutip dalam akhbar Kosmo, refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara. Ini akan mengakibatkan pembebasan udara dengan memberi tenaga tekanan yang kuat di paru-paru. Lepas tu, paru-paru akan mengeluarkan sebarang bahan penghalang dan rengsa.

Umumnya terdapat beberapa penyebab utama yang memicu kepada gejala ini, antaranya ialah selesema, Batuk kokol, Bronchitis, Pneumonia, Batuk kering, Asthma, lelehan mukus dan lain-lain lagi.

Yang menariknya, ais krim tidak termasuk langsung dalam senarai tersebut!

Okey mungkin saya silap. Bagaimana pula dengan demam?

Terlebih dahulu mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan demam. Demam ialah kenaikan suhu badan manusia lebih daripada yang sepatutnya iaitu 37° C. Daripada hasil kajian saya, terdapat beberapa keadaan, penyakit dan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan gejala ini, antaranya ialah jangkitan kuman dan virus seperti HIV dan malaria, antibiotic, narkotik, barbiturates dan pelbagai lagi.

Malangnya, nama ais krim juga gagal untuk saya telusuri!

So apa yang kita ada di sini?

Sekali lagi mungkin juga saya membuat pertimbangan yang melulu.

ais krim

And to be honest, my final decision untuk persoalan are you allowed to eat ice cream when you have a cold ialah, “yes off course! Korang masih boleh makan ais krim walaupun ketika itu, korang demam”.

Ice cream won’t hurt you but it probably won’t help that much either. If your fever gets too high, always ask for medicine or take a bath with clean water as often as possible.

Mudah dan senang untuk difahami, kan?

Minta maaf mama, ais krim sebenarnya tidak akan membuat kita jatuh sakit demam dan batuk. Itu hanya mitos yang sengaja ditimbulkan oleh ‘seseorang’ untuk mengelakkan kerosakan gigi pada kanak-kanak. Justeru sebagai salah satu alasan untuk mengurangkan menu pemakanan tidak sihat dalam kalangan mereka.

Baca juga:
Apa Perlu Dibuat Bila Kucing Terkena Demam Kuning

One Response

  1. Carlos September 26, 2018

Leave a Reply