free
web stats

Isu Pinjaman PTPTN vs CCRIS

Agak tegang tentang isu pinjaman PTPTN dan CCRIS sekarang. Ramai yang menulis tentangnya. Ada yang bersetuju dan ada yang membantah.

Saya juga tertarik untuk menulis dan berkongsi sedikit pendapat peribadi saya tentang isu PTPTN dan CCRIS ini.

Mungkin ada yang akan kata, korang tak kena senanglah cakap itu ini. Yang meminjam PTPTN ni sahaja akan rasa bahangnya.

Kita bincangkan baik-baik secara general mengikut akal kita yang logik.

Apa Maksud CCRIS

CCRIS

CCRIS

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System. Merupakan sistem berpusat di bawah Bank Negara yang mengumpulkan data dan laporan bulanan yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia.

Iaitu laporan kredit mengenai jumlah pinjaman yang belum dijelaskan dan status pembayaran pinjaman setiap individu bagi tempoh 12 bulan yang lepas. Mana-mana rekod lebih dari 12 bulan akan dibersihkan.

Setiap orang mempunyai laporan CCRIS yang boleh diambil oleh mana-mana institusi kewangan dan individu itu sendiri, tetapi tidak boleh diambil oleh orang lain.

Biro Kredit mempunyai kuasa undang-undang untuk mengumpul maklumat kredit anda daripada institusi-institusi kewangan.

Walau bagaimanapun, Biro Kredit hanya memberi laporan sahaja dan tidak mempunyai hak untuk menghukum status kredit anda.

Untuk lebih adil kepada semua, maklumat mengenai penolakan permohonan pinjaman tidak ditunjukkan dalam laporan kredit.

Supaya institusi kewangan tidak akan berat sebelah menolak permohonan pinjaman anda dengan melihat keputusan pemohonan daripada bank lain.

Maklumat CCRIS anda sebenarnya boleh dianggap berbeza dan subjektif oleh setiap institusi kewangan.

Ini apa yang saya faham tentang CCRIS. Jika salah tolong betulkan kenyataan saya ini.

PTPTN vs CCRIS

ptptn

ptptn

Dalam isu pinjaman PTPTN yang dikatakan akan dimasukkan dalam rekod CRISS. Pada pendapat saya isu ini agak general.

Ada pros and cons kepada peminjam PTPTN.

  • Berkemampuan – Ianya bukan masalah besar kepada mereka yang mempunyai wang atau boleh kita katakan mampu membayar mengikut tarikh.
  • Sederhana atau tidak mampu – Masalah besar kepada peminjam yang membayar tidak mengikut tarikh yang telah ditetapkan, tetapi tetap juga membayarnya kerana rekod kredit mereka akan kelihatan tidak cantik dan menyukarkan untuk membuat pinjaman kewangan lain.
  • Tidak Bertanggungjawab – Jenis ini yang langsung tidak mahu membayar pinjaman PTPTN yang mereka buat. Yang ni patut masuk rekod kredit CCRIS sebab tidak bertanggungjawab.

Tempiasnya kena kepada jenis peminjam kedua iaitu yang mahu membayar tetapi tertangguh kerana tidak mampu.

Jika rekod kredit mereka buruk akan menyukarkan mereka untuk memperbaiki taraf hidup dan memenuhi keperluan diri seperti membeli rumah, kereta dan sebagainya.

Tetapi kita kena faham juga, pihak Institusi kewangan tidak boleh mengukur dari masalah seseorang individu tersebut.

Institusi kewangan juga perlu selarikan syarat-syarat serata kepada semua. Mereka bukan badan kebajikan.

Dari segi interest pula. Apa-apa pinjaman semua kena interest. Nak beli rumah, kereta, kredit kad, pinjaman kewangan peribadi dan perniagaan, jadi kita tidak boleh lari dari itu.

Peluang Pekerjaan Di Malaysia

Di Malaysia ini, saya rasa tidak mempunyai masalah besar untuk mendapatkan pekerjaan.

Jika dibandingkan dengan negara-negara seperti India, Indonesia, Filipina dan banyak negara lagi yang mana jumlah penggangguran sangat tinggi.

Saya faham kadang-kadang peluang pekerjaan yang ada lari dari kursus atau course yang kita ambil ketika di IPT.

Sebolehnya kita mahukan pekerjaan yang padan dengan qualification kita. Akibatnya ramai yang menganggur dan duduk sahaja dirumah menunggu peluang datang.

Jika anda tunggu sahaja peluang pekerjaan itu datang, sampai bila pun kita tidak boleh melunaskan hutang PTPTN atau mana-mana pinjaman lain.

Point saya, permulaan tu jangan memilih kerja. Dedah dan biasakan diri melalui alam pekerjaan dahulu, luaskan dahulu skop persekitaran dan cari pegalaman.

Mana tahu, mungkin peluang pekerjaan yang mengikut qualification anda akan dapat diluar sana kerana kita terdedah dengan rakan-rakan baru dan senang mendapat informasi tentang peluang pekerjaan yang kita idamkan.

Kesimpulannya…
Saya menulis melalui pengalaman pahit maung selama saya mula bekerja dan mencari nafkah untuk menyara dan memenuhi keperluan hidup.

Saya bukan peminjam PTPTN. Tetapi saya juga pernah berhutang dengan bank, jadi konsepnya tetap sama. Bila dah berhutang kena bayar.

Ini baru isu PTPTN dah tegang, bila korang dah tempohi alam pekerjaan, makin banyak hutang korang kena tanggung nanti, tunggu sahajalah.

Kita ambil begini sahaja, kita tidak boleh lari dari hutang. Apa jua jenis pinjaman atau hutang sama ada kecil atau besar, wajib kita bayar.

Malah dalam Islam juga menyatakan hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntun. Melainkan dihalalkan oleh si pemiutang supaya tidak ada yang menuntut dan senang disana nanti.

Leave a Reply