iklan blog

Iklan Bersepah, Pembaca Rimas

Ok, saya nak minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa dengan entry saya kali ini. Tapi, tak payahlah nak terasa sangat sebab saya pun ada juga terkena tempias ni. hahaha!!

Rasanya, semua blogger mesti ada letak iklan dekat blog mereka kan?

iklan blog
iklan blog

Tak kisahlah apa tujuan korang berblog pada awalnya. Tapi lama-lama mesti ada juga terselit iklan dekat blog. Saya ada tulis entry bertajuk 3 peringkat blog – blog anda di mana/ dulu. Tapi, masih ada bloggers yang betul-betul berblog tanpa mahukan duit langsung. Memang ada bloggers yang tidak masukkan iklan dalam blog mereka. Tapi, tak ramailah. Kan?

Ok, kita teruskan jelah pada tajuk entry ni. Iklan bersepah, pembaca rimas. Siapa yang setuju dengan kenyataan saya?

Sebenarnya tak salah pun nak masukkan iklan dalam blog kita ni. Cuma, kena pandai letak banner iklan tu pada tempat yang strategik lah kan. Keman strategik ayat. hahahaha!!! Maksudnya macam ni, kalau boleh susun iklan yang kita nak letak dalam blog tu secara teratur. Ikut size yang sama.

Janganlah banner yang besar, disatukan dengan banner yang kecil. Pembaca tengok pun, boleh tergelak kot. Nampak sangat tak pandai susun. huhuhuhu. Jangan letak iklan bersepah sangat. Kesian dekat pembaca yang datang nak baca entry kita kan?

Saya tak kata blog saya ni tak banyak iklan. Banyak juga cuma saya memang sedaya mungkin elakkan letak banner yang terlampau kecik dan blink blink antara entry. Mengacua pembaca. Kecuali, untuk masa terhad sebab saya join contest tu memang tak boleh nak elaklah kan.

Cuba bayangkan korang tengah semangat nak baca entry dekat 1 blog, lepas tu tengok-tengok bersepah-sepah banner iklan. Kalau iklan yang bagus tak apa, ini tidak iklan UBAT KUAT lah, Ebook murahan lah, kamasutra lah. Menyakitkan hati kecuali memang korang jenis hati bersih suci tak nak maki, tak apalah kot.

hahahahaha!!!! Entahlah, nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab ramai je antara bloggers yang letakkan banner macam ni dekat blog masing-masing tapi jujurnya saya tak kisah kalau blog hiburan atau blog yang memang dihasilkan untuk mendapatkan passive income.

Itu kita kena faham. Mereka memang buat duit online.

Jujur betul. hahahaha!!! Ok, cukuplah. Nanti tulis panjang-panjang ada pula yang melenting. Anggap saja entry ini suka-suka . Saya pun nak buang iklan yang tidak mendatangkan hasil juga sekejap lagi. Tak mahu mendera pembaca dan membuang masa saya. hihihihihi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *