free
web stats

Ikan Patin Sedap Restoran Samudra Exotic River Fish

Siapa suka makan ikan air tawar? Boleh geng dengan saya. Saya memang peminat ikan air tawar terutama Patin.

ikan patin

ikan patin

Kalau ke Kuantan atau Temerloh Pahang memang tidak sah kalau tak singgah restoran Patin disana. Paling sedap patin masak tempoyak dengan sambal hitam Pahang.

Patin adalah sejenis ikan exotik yang menjadi kegemaran ramai. Isi dalamnya yang putih lembut, paling sedap bahagian lemak.

Tapi ikan patin ini kena pandai cara basuh dan cara nak masak. Kalau tidak, rasa tak sedap dan hanyir macam rasa lumpur.

Dari segi harga, Ikan Patin antara yang termahal dan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Paling mahal saya pernah makan harga RM450 sepotong.

Kalau yang harga ribu-ribu tu tak pernah lagilah.

samudra restoran

samudra restoran

Saya sempat menikmati hidangan yang sedap disebuah restoran khas ikan patin di Samudra Exotic River Fish Restaurant yang terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur bersama dengan rakan bloggers.

Samudra interior

Sepenuhnya milik bumiputera yang telah beroperasi selama lebih tiga (3) tahun. Antara restoran menyajikan masakan kampung yang terkenal di Kuala Lumpur.

Menu utama mereka adalah hidangan ikan patin masak tempoyak yang memang menjadi kegemaran pengunjung yang datang kesitu.

Di Kuala Lumpur, agak susah untuk mencari restoran yang khas menjual makanan kampung ini. Yang banyak makanan siam.

Ramai juga VVIP yang suka makan disitu. Suasana restoran yang tenang, santai, bersih dan yang paling utama masakan yang pelbagai dan menyelerakan.

Antara restoran yang menjadi Pilihan TV3 dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

Hidangan Menu Ikan Air Tawar

Kami dihidangkan dengan ikan patin buah masak tempoyak, kelah goreng, ikan krai goreng, ikan patin sangkar bakar, ayam kampung, cendawan masak lemak, rebung masak lemak cili api, ulam-ulam dan sambal.

lauk pauk

Kemudian dihidang dengan pemanis mulut tapai pulut bersama ice cream. Memang sedap sangat.

dessert

Masakan semua menepati citarasa dan selera kami. Menu yang dihidangkan pada kami adalah yang terbaik dijual disitu.

Didalam menu pelbagai hidangan kampung disediakan untuk sarapan pagi, tengahari dan makan malam. Semua dalam bentuk Ala Carte.

Harga juga sangat berpatutan, cuma ikan patin sahaja mengikut harga pasaran semasa.

Jika anda ingin tahu ikan Patin ini banyak jenis. Ada Patin Kolam, Patin Sangkar, Patin Sungai, Patin Buah, Patin Muncung dan banyak lagi. Biasa yang banyak jual di pasar tu patin sangkar, harga agak murah.

Susah sebenarnya hendak bezakan jika anda tidak tahu tentang ikan patin sebab nampak sama sahaja. Ada yang kata tak ada beza pun makan ikan patin yang murah dan yang mahal, rasa sama sahaja.

Jika anda betul-betul peminat ikan air tawar anda akan dapat rasa perbezaan dari segi isinya yang lembut, lemak, tidak berbau hanyir dan cara memasak menaikkan lagi rasa keenakkan ikan patin yang anda makan.

Tuan Kamarul Ariffin, Managing Director Samudra Exotic River Fish Restaurant banyak berkongsi informasi tentang ikan patin dengan kami.

Memang keluarga beliau sejak turun temurun sudah lama terlibat dengan perniagaan ikan air tawar yang sangat popular ini.

Kebetulan saya memang suka makan ikan air tawar. Banyak juga restoran yang sudah saya cuba susah nak cari yang betul-betul sedap.

Harga ikan air tawar ini kita sedia maklum agak mahal. Tapi kalau sedap, harga mahalpun tak kisah. Asal puas hati makan dan perut kenyang hati pun senang.

Kadang-kadang bab makan ni kita jangan berkira sangat. Jika mampu cuba sekali sekala makan mewah sebegini tidak salah. Ibarat biasa kita makan nasi di gerai, sekali sekala kita makan di hotel pula.

Cuma jika anda makan ke restoran khas menjual ikan patin sebaiknya terlebih dahulu bertanya harga.

Jangan lepas makan baru hendak bertanya harga. Takut tersedak nanti, silap haribulan terbeliak mata tengok bil. Terus viral di laman social media huhu.

Jadi kena tahu banyak sebab kenapa ianya mahal. Dari segi cara nak bela yang rumit, teliti dan kos yang sangat tinggi. Ada harga ikan patin mencecah ribuan RM seekor.

Sebagai peniaga mestilah terpaksa jual harga mahal juga kerana walau harganya mahal tapi mempunyai permintaan yang tinggi.

Sebab itu saya tidak ambil kisah sangat jika ada yang bersunggut kata terlalu mahal sebab saya tahu serba sedikit harga pasaran ikan patin ini. Cuma antara mampu atau tidak sahaja.

Jila hendak tahu search sahaja internet mesti jumpa banyak informasi tentang patin.

Buffet Sarapan Pagi

buffet sarapan pagi

Restoran mereka juga menghidang kan Buffet Sarapan Pagi setiap hari hanya RM5.00 perpax sahaja.

Murahkan, boleh makan sampai pening. Cuma untuk bulan puasa ini sahaja masa operasi dibuka hanya untuk buka puasa.

Kepada peminat ikan air tawar bolehlah datang bawa keluarga dan rakan-rakan menjamu selera disini.

Samudra Exotic River Fish Restaurant
61, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2693 4526

Memang anda akan berpuas hati dengan menu masakan dan layanan terbaik yang mereka berikan.

Jika anda ingin merasa masakan Patin yang enak, datanglah ke Samudra Exotic River Fish Restaurant. Memang terbaik dan puas hati.

Baca juga:

Leave a Reply