free
web stats

Idea Cari Duit Di Bulan Puasa

Antara sebab paling obvious dalam hidup kenapa kena cari duit di bulan puasa adalah tidak lain tidak bukan – untuk beli juadah berbuka puasa, haha. LOL.

Dan jugak untuk terus hidup di dunia mencari redha-Nya.

bulan puasa

bulan puasa

Idea cari duit ni sememangnya sesuai untuk semua orang yang nak cari duit pada bulan puasa, sama ada sebagai pendapatan utama atau pendapatan sampingan atau dengan kata nama lain iaitu side income. Cewahh. Khusus untuk mereka-mereka macam aku yang bekerja 11 bulan dan cuti sepenuhnya dalam satu bulan iaitu bulan Ramadan.

Aku, tiap pagi tolong mak di kedai makan beliau oleh sebab mak tak nampak progress “kerja” aku melalui blog, jadi dengan rela hati menerima pelawaan mak. Untuk bulan puasa, macam tahun-tahun lepas, mak tutup kedai dan handred persen rehat daripada kerja-kerja kedai termasuk aku.

buat kerja serius kelebihan tak berkerja kat kedai ni banyak dan antaranya adalah peluang pergi masjid belah pagi tunai solat dhuha. Insya Allah.

Tambah pulak dalam bulan penuh keberkatan.

Kerja kedai je cuti, kerja lain tetap lagi berjalan macam biasa tapi sekurang-kurangnya aku ada masa lagi banyak kat rumah berbanding 11 bulan tu, masa untuk solat kat masjid, masa untuk bergurau dengan adik-adik, masa untuk tengok progress “kerja blog” aku, masa untuk masukkan pautan-pautan affiliate dalam entri terlajak page pertama google, masa nak market-kan entri blog dalam facebook dan banyak lagi, malas nak tulis.

Jadi.

Aku nak kongsikan 3 idea, eh tak, 5 idea cari duit di bulan puasa.

SILA TERUSKAN KERJA YANG ADA

Maksudnya, yang bekerja sebagai cikgu, akauntan, tukang cuci kereta, pomen bengkel lori datuk-datuk dan segala jenis kerja yang halal, teruskan bekerja pada bulan puasa. Rasa tak cukup tenaga ? Jangan risau, puasa hanya tahan lapar selama 14 jam, lagi 10 jam boleh nak lahap setakat mana yang anda suka.

# Tak sesuai bagi mereka yang senasib dengan aku, haha.

MENJUAL DI BAZAR RAMADAN

Ya, aku tahu. Idea ni sangat ter-obvious sekali tapi ada aku kisah ? (Lalalala). Cari rezeki kat bazar Ramadan memang lumayan dan tak perlu nak malu-malu untuk minta tempat di majlis pembandaran daerah walaupun anda bekerja sebagai pengetua sekolah. Kerja halal, buat aje. Lagi pun pengaruh sebagai pengetua ni kuat, mana tahu ramai lagi rakan-rakan guru dan anak murid datang beli, haaa, lumayan tak ? Sah rasa gembira bila anak murid datang beli juadah berbuka puasa.

pizza

pizza

Jual pizza pun boleh tapi kasi kreatif sikit

Idea untuk jual kat bazar tanpa ambil masa dengan kerja yang sedia ada? Banyak ! Buat kuih muih, masak lauk pauk dan letak kat booth orang (sila bagi komisen sekiranya terjual), jual air soya atau air tebu, jual mercun JANGAN SEKALI, jadi pembantu kat mana-mana booth.

Mula dari lepas solat asar sampai 10 minit sebelum berbuka, ok la tu. Jangan bantai kol 2 dah siap sedia booth jual.

BERNIAGA SECARA TALIAN

blog niagaAtau dengan kata nama lagi femes, online. Bagi yang tiada ilmu atau tak tahu nak buat atau baru nak mula, aku amat CADANGKAN sila baca, belajar dan hadam ilmu terlebih dahulu. Berniaga melalui internet ni peluang amat luas dan lumayan bila kena dengan cara tapi haruslah kena ada medium macam blog niaga.

Contoh untuk berniaga secara talian walaupun tiada medium khusus melainkan facebook dan google, boleh cuba jual baju atau t-shirt yang mana anda takyah pegang stok bagai, hanya deal dan serahkan pada pembekal. Nah, baca panduan dulu – Panduan Jual Baju Online

Medium khusus ni macam aku tulis atas tadi, blog niaga. Facebook dengan google ni bertindak sebagai medium pemasaran tapi KENA BELAJAR DULU. Medium khusus lain adalah akaun instagram anda sendiri yang mana boleh jadikan sebagai tempat untuk berniaga dengan aman damai. Instagram sebagai booth niaga, amacam ?

BISNES BAJU KURUNG

INI ANTARA PRODUK YANG DICARI MASA BULAN PUASA. Serius. Baju kurung tradisional, moden, ala-ala tipu moden, muslimah cantik dan banyak jenis, sah memang ramai yang cari. Jadi, sila cari pembekal dan cuba jual.

Bisnes baju kurung ni aku boleh bahagikan kepada 2 cara atau jenis. Lebih pada tu, korang fikir sendiri, aku bagi 2 sahaja tauuuu.

Jadi usahawan baju kurung – ianya bukan bermakna anda kena cari kain, lakar design, beli benang, beli mesin gedabak besaq, upah orang, jahit dengan elok dan jual. Aku tak reti masuk bab macam gitu, yang aku tahu adalah jual. Korang pasarkan jenis baju kurung yang mana boleh didapati dengan mudah dan menarik minat orang ramai terutama untuk dipakai masa hari raya. Ada orang berminat, deal, dia bayar, korang inform pembekal, suruh dia hantar ke alamat pembeli. Sekian. Lagi mudah nak faham – baca cara berbisnes baju kurung.

Jahit baju kurung sendiri – kalau ada kemahiran, sila cuba dengan agresif sebab pada bulan puasa, sah ramai duk cari penjahit baju untuk wanita, gadis atau perempuan nak pakai ketika Hari Raya Puasa nanti. Ramai orang inginkan baju kurung custom made, ikut ukuran badan yang boleh tutup aurat dengan baik. Kadang-kadang susah nak cari saiz yang ok kat kedai, bawah ok, atas ketat, fuhhh. Godaan. Siapa-siapa teringin nak cuba, boleh baca panduan jahit baju kurung. Belajar dulu baru boleh jahit.

RAJIN, TEKAD, USAHA, DOA

Idea ni, nak tak nak, wajib buat dengan konsisten. Insya Allah 🙂

Secara ringkas sebelum mula cuba buat duit di bulan puasa, awak-awak semua KENA BELAJAR kalau tak pernah buat atau nak lagi mahir, insya Allah, boleh buat duit dengan gemilang.

usaha tangga kejayaan

Harap 5 idea cari duit di bulan puasa ni mampu bagi sedikit sebanyak cahaya murni dalam otak korang untuk menambahkan pendapatan di bulan puasa tanpa jejaskan pekerjaan yang sedia ada dengan masa yang singkat setiap hari.

Ke ada idea lain yang menarik ? Cer citer cer citer.

Leave a Reply