hidayah

Hidayah Allah, Semmua Mmanusa Perlukannya

Masih ada yang tidak berapa jelas maksud hidayah? Tak apa, saya boleh terangkan secara ringkas dekat sini. Hidayah bermaksud petunjuk iaitu sesuatu yang datangnya daripada Allah SWT. Tiada petunjuk, sesatlah kita dalam dunia ni.

Masalahnya, isu hidayah ni bukan semua orang yang ambil berat. Jujurnya, saya sendiri macam kurang yakin soal hidayah Allah ini suatu masa dulu. Maksud saya, waktu saya masih jahil. Ya, saya tahu maksud hidayah cuma keyakinan saya masih 50-50 ketika itu. Wujud ke manusia yang tiba-tiba saja dapat hidayah Allah?

hidayah
hidayah

Hah, macam itulah. Saya macam selalu tertawakan bila ada ustaz-ustaz yang bercakap soal si polan dapat hidayah itu ini. Sangat tiba-tiba. Rasa nak je tuduh ustaz tu mereka-reka cerita. Tapi, diulangi. Itu waktu saya jahil sangat-sangat. Masih belum terbuka hati atau lebih tepat, belum dapat hidayah/petunjuk daripada Allah SWT.

Ironinya, sekarang. Maksud saya saat ini. Saya adalah manusia yang sangat-sangat berharap hidayah Allah. Setiap hari, tanpa gagal saya akan berdoa perkara yang hampir sama. Doa saya ringkas tapi bagi saya itu sudah cukup membayangkan betapa saya memang memerlukan bantuan Allah.

Iya, bantuan yang dulunya saya perkotak katikkan. Teruk gila kan?

Phewww!!! Doa saya ringkas “Ya Allah, janganlah Engkau berhenti memberikan taufik & hidayahMU padaku dan janganlah Engkau membolak balikkan iman ku terhadapMU”. Itu sahaja doa saya setiap hari. Dulu, kalau solat pun jangan harap saya nak tadah tangan berdoa. Nampak? Betapa egonya saya?

Mengaku diri Islam, percaya Allah wujud tapi tetap ego nak meminta doa.

Tapi, sekarang ni saya tahu tanpa hidayah Allah…kita bukan siapa-siapa. Apa sahaja yang kita lakukan dalam dunia ni, jika tanpa bantuan hidayah Allah memang sesat. Bayangkan saja, kita ada pelita tapi sumbunya rosak. Tiada api, tiada cahaya. Bawa masuk dalam hutan, sesat kan?

Macam itulah juga kehidupan kita. Manusia Perlukan Hidayah Untuk Hidup. Bagaimana nak dapatkan hidayah Allah? Maaf, saya tidak berapa arif bab ini cuma secara personal. Saya berani katakan, untuk dapat hidayah Allah SWT manusia perlu ingat Allah . Ingat, maksud saya bila nak lakukakn sesuatu perkara kurang baik.. hati tetap merasa takut. Iya, takutkan Allah. InsyaAllah, lambat laun ada masanya hidayah Allah akan turun bantu kita.

Tanda Allah masih sayang pada kita.Ada orang sampai dia mati pun tak dapat hidayah dari Allah. Nauzubillah! Bila kita dalam keadaan yang sangat JAHIL pada agama kita mudah, terpesong dan mudah tertawakan kpd mereka yang menyampaikan hal.

Agama.. Alhamdulillah.. Allah SWT itu memang hebat bukan.. Sedetik saja. Kita boleh berubah dengan izin-Nya.

Macam dulu aku ada tanya seorang sahabat aku yang bujang: oi bila ko nak nikah? sahabat aku jawab: aku tengah tunggu hidayah baru aku nikah…

Nak jadikan ceritakan sahabat aku ni dapat juga “hidayah” untuk bernikah. Memang pakej la; Dapat “Hidayah dari Tuhan” & Dapat wife nama Hidayah.

Hidayah hanya diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih. Ramai juga orang terpelajar yang tersasar dalam pencarian mendapatkan keredhaan Allah. Justeru doa lah wahana paling mustajab. Insya-Allah.

Amin. InsyaAllah. hidayah Allah ni kena minta sebab ianya penting sebab tu dalam Islam solat itu tiang agama. dalam solat, surah Al-fatihah adalah wajib dan berkali2 kita baca sebab dalam surah tu ada kita pohon petunjuk (sebenarnya saya baru perasan mende ni beberapa bulan yg lalu.itu kuncinya utk dapat petunjuk -..-)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *