free
web stats

Hati-hati Dengan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen

Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan daripada pelbagai aspek keperluan kewangan.

Institusi kewangan tersebut adalah seperti bank, syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB), syarikat pajak gadai, syarikat insurans dan juga syarikat persendirian yang tidak berlesen seperti “Ah Long”.

Sejak tahun 1963 lagi, institusi kewangan moden di Malaysia telah mula mengaplikasikan sistem kewangan Islamik dengan tertubuhnya Lembaga Tabung Haji yang membawa kepada permulaan penubuhan sistem perbankan Islam yang patuh syariah di negara kita.

pinjaman wang berlesen
pinjaman wang berlesen

Pelbagai Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Institusi kewangan yang besar seperti bank menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti simpanan wang, pindahan wang online, sistem kad debit, sistem kad kredit, pelaburan saham, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta.

Syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) juga menyediakan perkhidmatan memberi pinjam wang. Ia adalah alternatif yang digemari ramai kerana prosesnya yang mudah, segera dan sesetengah syarikat tidak meletakkan syarat yang ketat seperti pinjaman tanpa slip gaji atau tanpa dokumen penting yang lain.

PPWB dan KPKT

Tiada salahnya jika anda ingin memohon pinjaman dengan Syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB). Sememangnya lesennya diperakui dan diperoleh daripada jabatan kerajaan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sentiasa memantau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan mereka.

Namun, anda harus diingatkan supaya berhati-hati kerana terdapat banyak juga cerita-cerita yang kurang enak didengar bersangkut-paut dengan syarikat terbabit, yang sememangnya bukan sekadar cerita dogengan.

Pihak Yang Menyamar Sebagai Agen

Salah satunya, adalah ada pihak yang menyamar sebagai agen PPWB dan mengenakan bunga serta peraturan sesuka hati tanpa mematuhi undang-undang yang ditetapkan seperti Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Mereka Sebenarnya “Ah Long” Yang Tidak Berlesen

Biasanya taktik menyamar ini dilakukan oleh mereka yang digelar “Ah Long” atau istilah formalnya ialah ceti haram, bagi mendapatkan peminjam yang takut dengan “Ah Long”.

Ceti haram ini biasanya selalu bersangkut paut dengan kumpulan kongsi gelap. Jadi, jika ada peminjam yang sudah sampai tempoh tapi tidak mampu untuk bayar balik pinjaman yang dibuat oleh mereka dengan “Ah Long” tu, kumpulan kongsi gelap itu akan menggunakan keganasan untuk menyelesaikannya.

Keganasan Yang Biasa Mereka Lakukan

Antara cara mereka yang paling biasa didengar ialah menyimbah cat merah ke kediaman peminjam, menggantungkan salinan kad pengenalan atau poster untuk memalukan peminjam, pecah masuk dan merampas barangan serta tidak berkecuali mendatangkan kecederaan kepada peminjam.

Biasanya peminjam mudah terpedaya dengan ceti haram kerana mereka juga menyediakan bayaran balik harian yang awalnya terasa kecil nilainya bagi peminjam menyebabkan peminjam bersetuju.

Padahal jika dihitung jumlah terkumpul bayaran balik adalah berganda-ganda lebih daripada jumlah pinjaman. Kebanyakannya juga mengenakan caj tinggi jika terlewat untuk bayar balik walaupun cuma lewat sehari saja.

Saya gunakan perkataan terpedaya kerana sememangnya ceti haram ini memang haram dari sisi syarat kerana faedah tinggi dan lebih mendatangkan kemudharatan berbanding kebaikan.

Itu yang anda boleh pegang sebagai Melayu yang majoriti muslim dan muslimah supaya mengelak daripada meminjam dengan ceti haram.

Jika bukan Islam pula, mungkin satu alasan yang anda boleh pegang ialah jika anda meminjam dengan mereka, anda sebenarnya menyokong dengan aktiviti mereka yang dipercayai hampir kesemua mereka terlibat dengan jenayah.

PPWB bertindak seperti bank yang tidak akan menggunakan kekerasan untuk memaksa anda bayar balik pinjaman. Cuma, mereka juga mengenakan faedah bayaran balik bulanan tinggi dan caj tinggi jika lewat bayar.

Secara langsung memang PPWB tidak menggunakan kekerasan. Tetapi, ada juga ura-ura mengatakan sesetengah PPWB menggunakan khidmat ceti haram untuk mengutip bayaran bagi mereka yang liat membayar.

Sesetengah PPWB juga bertindak agresif dengan meminta kad ATM peminjam bagi mendapatkan sendiri wang bayaran balik bulanan.

Buat Semakan Atas PPWB

Jika anda mahu menyemak status syarikat sama ada benar-benar PPWB atau agen ceti haram yang menyamar, anda boleh mendapatkan senarai syarikat yang boleh dipercayai melalui pautan ini: http://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/umum/cari_ppw.cfm

kpkt semakan

Dinasihatkan juga supaya peminjam menyemak betul-betul syarat pinjaman. Pastikan ia tanpa kad atm dan tiada syarat-syarat aneh lain. Semak semula nilai bayar balik dan pastikan anda mampu membayar seperti yang dijadualkan.

Sememangnya masalah yang berkaitan dengan Syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPWB) bukanlah salah syarikat terbabit 100%. Tetapi, sebenarnya adalah masalah sesetengah peminjam itu sendiri yang gelap mata mahukan wang segera tanpa memikirkan risiko mendatang.

Siapa yang tidak marah jika wang yang diberi pinjam tidak dipulangkan balik. Sudahlah meminjam, dihinanya pula si pemberi pinjam. Berhematlah dalam berbelanja dan elakkan meminjam wang.

Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Melayu

Jika anda perlukan pinjaman wang dari syarikat Melayu, boleh anda cuba mohon dengan ikut link di bawah:
https://www.facebook.com/infopinjamanislamik/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *