free
web stats

Hasil Buat Duit Online Tanpa Menulis Blog

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman bagaimana saya berjaya membuat duit secara online tanpa menulis di blog saya. Sebaliknya apa yang saya buat adalah dengan hanya menumpang penulisan saya itu di tempat lain.

Okay, nampaknya memang masih perlu untuk menulis. Tak kisahlah menulis apa, di mana tempat tulis, dan bagaimana untuk tuliskan artikel itu.

blogging buat duit
blogging buat duit

 

Asalkan dia punya conversion rates tu kacak bergaya, barulah boleh berhasil unutk buat duit online.

Jadi, biar saya kongsi cerita ya…

Terlebih dahulu, entri saya kali ni bukan bertujuan hendak menunjuk-nunjuk kebolehan saya. Sekadar niat cuma untuk berkongsi dengan anda semua petua untuk buat duit online saja.

Baru-baru ni saya ada mencuba program affiliate berbentuk education. Produk tersebut memang laris macam pisang goreng panas bagi tempoh waktu tertentu.

Bagi saya, saya rasa memang tidak ramai orang yang tahu mengenai contest affiliate ini atau mungkin tak sempat nak mencuba. Melainkan Internet Marketer Malaysia yang sentiasa up to date dengan contest buat duit dari affiliate ni, dia orang memang promosi kaw-kaw.

Kalangan blogger pula, ada segelintir yang sempat promosi. Macam Titan dan Multees memang masyuk habis.

Disebabkan tarikh tamat contest affiliate tu lagi dua (2) hari, jadi saya malas nak buat review di blog saya.

Saya cuma selitkan entri promosi tersebut dekat tempat yang hungry buyer senang nak jumpa (tempat tu biarlah rahsia dan mungkin dah ada yang tahu) dengan hanya membuat satu review yang simple. Rasanya… tak sampai menulis 30 minit dah siap.

Akhirnya, umpan diusik dan menunggu conversion rate terhasil.

Dalam masa dua (2) hari tu tidak disangka hasil jualan affiliate saya mencecah 14 jualan. Hasil komisen yang saya dapat sebanyak RM490. Sapa nak bagikan… dalam masa dua (2) hari buat duit online saja pulak tu.

Buat Duit Online Affiliate

Dulu saya pernah bekerja dengan orang, buat overtime sampai 24 jam pun tak boleh dapat duit sebanyak macam tu, hehe.

Tak adalah buat duit online sampai beribu-ribu RM seperti rakan-rakan blogger saya yang lain.

Ada yang berjaya mendapat berpuluh-puluh ribu RM dengan program affiliate ni sahaja. Yang ni biasanya Internet Marketer Malaysia yang berjaya buat jualan ribu-ribu RM.

Bermacam senjata mereka guna seperti follow up email marketing, Google Ads, Facebook Ads, Instagram Ads dan macam-macam lagilah. Saya memang tak pandai teknik-teknik macam ni dan perlulah saya belajar dengan bersungguh-sunguh dengan mereka yang pakar dalam bidang ini.

Mungkin kalau masa contest tu panjang dan sempat mempromosikan produk affiliate tu dalam blog saya ni.

InsyaAllah tidak mustahil hasilnya lagi tinggi kerana sehingga seminggu selepas tutupnya contest affiliate ni masih ada orang yang bertanya untuk membelinya. Umpan tu masih diusik, tapi jualan dah ditutup.

Apa yang saya tahu, contest affiliate untuk produk yang panas sebegini mungkin cuma datang setahun sekali saja. Jadi jika kita pandai ambil peluang dan membuat promosi dengan baik, InsyaAllah kita boleh buat duit, merasa hasilnya dan mendapat keuntungan yang lumayan.

Bagaimanapun kita kena bijak, berusaha kuat, pantas dan bertindak cepat. Apa yang paling penting adalah halal dan hati kita kena selalu ikhlas.

Achievement Blogging

Terdapat banyak juga hasil selama saya menceburi diri dalam bidang blogging ni. Antaranya kejayaan yang pernah saya camapi adalah dapat wang tunai dari contest, affiliate, reviews dan ada juga dengan dengan membuat promosi atas produk, gadget, eBook, emas dan macam-macam lagi.

Hasil dari blogging ini masih saya simpan sampai sekarang.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah peluang buat duit dengan blog memang tidak boleh disangkal lagi dan ternyata ianya benar belaka. Walaupun anda berjaya menghasilkan 1 sen pertama melalui blog, itu adalah rezeki untuk anda.

Memang terdapat banyak cabang untuk kita buat duit dengan blog kita sendiri. Seperti apa yang saya katakan sebelum ini. Apa yang diperlukan oleh kita adalah kita kena sabar, bijak dan pandai mengambil peluang.

Kepakaran terletak pada diri anda sendiri dan bukan orang lain. Bagaimana nak membentuknya baik dari segi penulisan, kesungguhan, pembelajaran dan sebagainya.

Di sini cuma saatu sahaja nasihat yang ingin saya berikan kepada anda semua, iaitu jangan terlalu taksub sangat nak buat duit dengan blog anda.

Sebaiknya adalah baik untuk kita bersikap sederhana, jangan gopoh, jangan tamak, dan usaha sebaik mungkin. Tuhan pun tak suka orang yang tamak ni, betul kan?

Duit bukan turun dari langit macam tu saja dan rezeki tak datang bergolek. Belajar susah dahulu dan kalau tak tahu bertanya pada yang pakar.

Entri kaitan:
Anda blogger, anda menulis blog untuk siapa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *