free
web stats

Harga Tinted Kereta di Pasaran Malaysia

Tahukah anda harga tinted cermin kereta di Malaysia antara yang termurah dan terbaik setanding dengan keluaran dari luar negara?

tinted kereta
tinted kereta

Tinted kereta kini telah menjadi satu ikutan yang sangat popular di Malaysia. Hal ini menjadikan satu perkara yang dilakukan oleh keramaian pemandu kereta adalah kerana selain mengurangkan kepanasan pancaran matahari ia juga menjadi alternatif yang murah menggantikan penggunaan penyaman udara secara berlebihan.

Mengapa Semakin Ramai Orang Nak Pasang Tinted Tingkap Kereta?

Sama ada anda percaya atau tidak, terdapat satu kaji selidik yang pernah diadakan mengenai tinted kereta ini. Ternyata bahawa lebih daripada lima puluh peratus daripada orang yang ditemuramah sedang mempertimbangkan dan berkira-kira untuk mendapatkan tinted cermin kereta gelap untuk kereta mereka.

Manakala lebih daripada sepuluh peratus pula sudah pun memasangnya. Pengajian ini terbukti bahawa tinted tingkap kereta sudah menjadi pilihan untuk ramai pemilik kenderaan dan pastinya kita ingin tahu sebab-sebab mengapa tinted kereta ini patut untuk digunapakai secara meluas pada kenderaan di Malaysia.

Tinted cermin kereta kini seolah-olah menjadi kebiasaan setiap pemilik kereta yang kebanyakannya bersetuju dengan fakta bahawa penggunaan tinted kereta adalah berfaedah untuk mengawal suhu kereta dan mengurangkan penggunaan penyaman udara melampau.

Sebab-sebab lain kenapa tinted kereta menjadi pilihan:

  1. Pertama sekali, tinted cermin kereta adalah mudah dan sangat cepat untuk ditampal dan dilekatkan.
  2. Kedua, anda perlu membayar sekali sahaja untuk memasangnya dan ia tidak memerlukan apa-apa kos untuk diselenggarakan.
  3. Ketiga, dan yang paling penting, harga tinted kereta di Malaysia adalah antara yang termurah dan mempunyai kualiti terbaik setanding keluaran syarikat negara lain seperti dinyatakan sebelum ini, jadi satu-satunya pelaburan anda adalah untuk membelinya dan nikmati suasana memandu yang nyaman, itu saja!

Berapakah harga tinted kereta?

Untuk makluman anda, harganya adalah berbeza-beza mengikut buatan dan model kereta anda serta saiz. Pada asasnya, kereta yang bersaiz besar dan lebar mungkin memerlukan banyak kerja untuk memasang tinted pada cermin tingkap kereta mereka. Itulah menjadi sebabnya mengapa kedai tinted mengenakan bayaran yang lebih tinggi sebagai upah memasangnya untuk anda.

Faktor lain yang menentukan harga tinted kereta sama ada akan menjadi lebih mahal atau lebih murah adalah jenis tinted kereta yang anda pilih.

Undang-undang Khas Untuk Tinted

Terdapat undang-undang khas untuk tinted di seluruh dunia. Di Malaysia, undang-undang adalah berbeza mengikut kenderaan, dan berdasarkan undang-undang inilah diputuskan berapa banyak tinted kereta yang kegelapannya diperbolehkan.

Biasanya, peratusan kegelapan adalah antara 32% -75%. Tetapi ianya berubah mengikut betapa cerahnya pancaran matahari di kawasan tertentu.

Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Izinkan saya berkongsi beberapa perkara yang perlu ada di dalam fikiran anda apabila memilih tinted cermin kereta anda.

Pertama, anda perlu memutuskan berapa banyak kegelapan tinted yang anda mahukan. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai persekitaran yang sangat cerah dan panas, seperti di kebanyakan lokasi di Malaysia, maka anda perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan pancaran imej warna yang lebih gelap.

Manakala jika anda tinggal di tempat yang cerah, namun kawasannya tidak panas, seperti di Cameron Highlands, anda harus berfikir untuk mendapatkan pancaran imej warna yang kurang gelap.

kereta tinted window
kereta tinted window

Walau bagaimanapun, akhirnya ia masih terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Sebagai alternatif, jika anda tidak boleh membuat keputusan pada masa ini, anda boleh pergi dan bertanyakan tentang perkara ini dengan pekerja di kedai tinted atau orang lain yang arif dan berpengalaman serta tahu dengan lebih lanjut mengenai tinted kereta berbanding diri anda.

Anda boleh mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin dan buat analisis. Lepas tu anda boleh buat keputusan dengan mudah jika dapat cukup maklumat.

Tahu Bajet Yang Anda Ada

Satu lagi perkara yang perlu ada di dalam fikiran adalah anda juga perlu tahu tentang harga dan berapa banyak bajet yang diperlukan untuk memasang tinted pada kereta anda.

Tidak perlu pun tahu harga secara terperinci, tetapi cukup sekadar tahu bahawa harga tinted kereta di Malaysia lebih kurang dalam RM100 sehingga RM400.

Biasanya, kos akan bertambah jika tingkap kereta anda berbentuk lengkungan dan memerlukan banyak kerja dan mengambil masa pekerja kedai yang melakukan pemasangan tinted.

Kebanyakan kedai tinted telahpun siap sedia membuat lengkungan pada tinted mereka dan hanya perlu dilekatkan sahaja pada tingkap kereta anda dan sekiranya pekerja kedai tinted tersebut berjaya mendapatkan tinted mengikut bentuk cermin anda, maka anda dapat jimatkan kos pemasangan dan hanya perlu membayar lebih sedikit sahaja.

Kereta yang memasang tinted cermin adalah sangat sejuk pada persekitaran panas. Jika anda masih belum memasang tinted kereta, pastikan anda dapatkannya bagi keselesaan pemanduan anda.

Entri kaitan:
Apa perlu dilakukan bila tayar motor bengkak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *