braces gigi

Harga Braces Gigi dan Kos Pemasangan Pendakap Gigi

Tahukah anda berapa harga braces gigi dan kos pemakaian pendakap gigi terkini? Sebentar tadi saya ada buat satu tinjauan atau survey di salah sebuah Facebook page milik saya untuk mengetahui kos pemasangan pendakap gigi yang terbaru. Hasil daripada maklum balas yang diterima saya lihat ada braces yang murah ada yang mahal. Hal ini disebabkan jenis braces yang dipakai serta servis yang ditawarkan mempengaruhi harga braces gigi.

Dalam tinjauan tersebut, saya minta bantuan pengguna Facebook untuk kongsikan maklumat dari segi harga, tempat pemasangan pendakap gigi, serta jenis braces gigi yang dipakai. Di bawah saya upload screenshot yang saya ambil daripada tinjauan di laman page tersebut. Anda perlu guna fungsi scroll di bawah untuk lihat keseluruhan screenshot.

braces gigi
braces gigi

Daripada maklumat dan maklum balas yang saya perolehi tersebut, saya dapati bahawa:

  1. Purata harga pendakap gigi di Malaysia adalah sekitar RM5000 hingga RM8000 (standard price).
  2. Kos bagi proses pemakaian dan memasang braces berlainan di klinik swasta dan kerajaan.
  3. Harga braces meningkat saban tahun.
  4. Terdapat 2 jenis braces iaitu jenis biasa (metal braces) dan jenis seramik.
  5. Ada klinik yang perlu cabut gigi dan ada yang tidak kena cabut

Selain daripada harga braces gigi dan kos pemasangan, anda juga perlu mengambil kira kos sampingan lain seperti kos X-Tray gigi dan kos cabut gigi.

Buat pengetahuan anda, tidak semua klinik gigi menyediakan perkhidmatan X-Tray gigi, jadi anda perlu ke klinik lain untuk mendapatkan keputusan X-Ray gigi anda yang bertujuan untuk menentukan kedudukan gigi yang mana satu perlu dicabut ataupun tidak perlu cabut. Harga X-Ray gigi adalah dalam lingkungan RM200 ke RM250.

Manakala untuk kos cabut gigi pula selalunya dalam lingkungan RM100 – RM180 untuk satu batang gigi. Kalau 2 batang dalam RM200 – RM260, kalau 3-4 batang anda pula kira sendiri lah ya.

Senarai Klinik Pasang Braces dan Lokasi

Klinik-klinik yang saya senaraikan di bawah ini adalah berdasarkan saranan dan pengalaman yang saya ambil daripada tinjauan tersebut. Anda boleh rujuk gambar di atas, saya olah sedikit susunan ayat dan juga letak maklumat tambahan yang berkaitan untuk anda.

1. Klinik Pergigian U-Smile

klinik pergigian u-smile

Alamat: B-53-01, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri,
Harga: RM6000

2. Klinik Pakar Pergigian Dr. Kam

Klinik pergigian Dr. Kam

Alamat: Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga: RM8000

3. Signature Dental Clinic

Signature Dental Clinic

Alamat: 42A-2 (1st Floor), Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Harga: RM4000-RM10000 (biasa)/RM9000-RM26000 (ivisalign)
**harga bergantung kepada keadaan gigi

4. Klinik Gigi Dr. Zarin

Klinik pergigian Dr. Zarin

Alamat: 45-1, Jalan Bunga Tanjung 9C, Taman Putra Ampang, Ampang, 68000, Ampang, Selangor.
Harga: Rm5500

5. Klinik Pergigian Ong

Klinik pergigian Ong

Alamat: No.5 , Jalan Dato Tahwil Azhar, 30300 Ipoh, Perak (Belakang Taman Kanak-kanak)
Harga: RM5000 ke RM8000

6. Klinik Pergigian Fair Park

Klinik pergigian Fair Park

Alamat: No. 69, Jalan Kamaruddin Isa Fair Park, Perak, 31400 Ipoh
Harga: RM6500 (2018)

Klinik Buat Braces Murah

Harga yang mencecah ribuan ringgit jika dibayar sekaligus memang ada yang menganggap mahal, namun kebanyakan orang melakukan bayaran secara ansuran bulanan. Jadi daripada bayar sekaligus RM9000, jika keberatan anda boleh membuat ansuran pembayaran yang lebih murah iaitu sebanyak RM150 – RM250 sebulan, bergantung kepada perkhidmatan klinik yang masing-masing tawarkan.

Kos Harga Memakai Pendakap Gigi di Klinik Kerajaan

Klinik swasta biasa menawarkan harga yang tinggi berbanding dengan klinik kerajaan. Jadi jika anda ingin jimatkan wang dan ingin pasang braces murah, lebih baiklah pergi ke klinik kerajaan. Bagi pelajar bersekolah dengan ibubapanya bekerja dengan kerajaan, Bayaran untuk memasang pendakap gigi adalah RM0! Ya, percuma! Tapi bagi pelajar dengan ibubapanya bukan kakitangan kerajaan, kos adalah lebih kurang RM700.

Persediaan Ber’Barces’

Oleh itu anda perlu membuat persediaan rapi bukan sahaja dari segi wang, namun persediaan fizikal dan mental untuk bersedia melakukan pemasangan braces. Sakit atau tidak itu semua bergantung ketahanan diri anda dan tahap pemikiran positif anda.

Tips ringkas penjagaan selepas pasang braces

Penjagaan selepas berbarces ini tidak sama seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi dan berus gigi. Penjagaan braces ini memerlukan anda lebih rajin dari biasa kerana alat atau berus gigi pun ada 2-3 jenis. Alat penjagaan braces ini anda boleh dapati dengan mudah di Farmasi berdekatan rumah anda. Apa yang penting adalah gigi bersih dan tidak berbau, konsepnya sama seperti sebelum anda memakai pendakap gigi braces tu.

Sekadar itu dahulu perkongsian saya mengenai Harga Braces Gigi dan Kos Pemasangan Pendakap Gigi. Diharapkan segala perkongsian maklumat di atas bermanfaat kepada anda. Jika anda rasakan perkongsian ini berguna kepada anda, sila kongsikan maklumat ini di akaun Facebook dan Twitter anda dengan klik butang share di bawah post ini.

8 thoughts on “Harga Braces Gigi dan Kos Pemasangan Pendakap Gigi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *