belon helium

Harga Belon Helium Murah

Bagaimana cara untuk dapatkan belon helium dengan kos murah? Ketahui cara untuk dapatkan harga belon helium murah melalui perkongsian artikel di bawah.

Barangan peralatan majlis adalah penting dan diperlukan dalam apa jua acara yang dibuat. Alatan-alatan ini termasuklah hadiah-hadiah, perakam video, reben dan belon helium. Dalam banyak-banyak alatan ini, belonlah antara alatan penting yang dapat memberi atau membangkitkan suasana majlis yang sebenar.

belon helium
belon helium

Warna-warni belon adalah sangat indah dan menceriakan, bahkan ia dengan mudahnya mampu mengubah keadaan mana-mana majlis keramaian kepada satu keadaan yang paling menakjubkan dan nampak hidup. Anda tidak sepatutnya terlepas pandang terutamanya apabila membuat sebuah parti kanak-kanak memandangkan kanak-kanak mempunyai keinginan semula jadi menyukai belon. Belon yang diisi dengan helium adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat terapung ke udara.

Walaubagaimanapun anda perlu memilihnya dengan betul agar semua belon helium tersebut dapat menjadikan acara anda lebih menonjol.

Mulakan dengan mencari dan tentukan anggaran berapakah jumlah belon yang anda perlukan. Jumlah ruang yang anda perlukan untuk menghiasi parti tersebut adalah perkara yang akan membantu anda dalam menentukan jumlah belon.

Selain itu jangan lupa untuk masukkan juga hiasan parti yang lain supaya dapat elak daripada terlalu banyak belon. Anda boleh memilih tempat atau kawasan tertentu di mana belon akan diletakkan atau tentukan berapa banyak ikat belon yang perlu dikumpulkan.

Apabila anda sudah tahu berapakah jumlah belon yang dikehendaki, kemudian sila buat anggaran atau bajet anda. Ia akan membantu anda membuat keputusan yang tepat memandangkan sesetengah belon adalah lebih mahal daripada yang lain. Sebagai contoh, belon helium pepejal berwarna tidak akan sama harga dengan belon berbentuk atau yang mengandungi imej dan mesej yang dicetak. Bajet dan jumlah wang yang ada pada anda sepatutnya membantu untuk membuat pilihan jenis belon yang sesuai.

Cari bekalan peralatan daripada pihak kedai yang bereputasi bagus bagi mendapatkan apa yang anda perlukan. Selain daripada belon anda, kedai yang baik juga akan turut menyediakan semua barang majlis lain yang anda perlukan untuk menghias majlis. Adalah dinasihatkan agar anda membuat senarai pendek perkara-perkara yang anda perlukan supaya anda boleh memilih kedai yang menyediakan semua barang yang anda perlukan supaya dapat membuatkan pengalaman membeli-belah anda lebih menyenangkan dan yang paling mudah untuk anda.

Pertimbangkan untuk membeli belon secara pukal. Walaupun biasanya belon akan dimasukkan ke dalam beberapa keping untuk setiap paket, namun untuk kes tertentu anda juga boleh secara terus mengarahkan untuk memasukkan dalam paket yang lebih besar. Ini akan memberi anda peluang untuk sesuaikannya bila perlu dan juga berkesempatan untuk menikmati diskaun pada masa yang sama. Anda pasti dapat menjimatkan wang dengan pakej yang lebih besar dan anda boleh mengambil peluang ini sekali lagi apabila merancang acara-acara yang lebih besar yang memerlukan banyak belon helium pada masa hadapan.

Harga Belon Helium

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan khusus untuk belon helium anda, anda perlu tahu bahawa penyedia perkhidmatan atau pembekal belon helium ini selalunya akan memberi 3 pilihan kepada pelanggan mereka samada untuk memilih: –

Pilihan A – Pembelian Sekaligus
Menjual satu set keseluruhan yang merangkumi: –
1) Silinder keluli 2 kaki tinggi – keadaan silinder: terpakai
2) Gas helium selamat diisikan kepada kira-kira 90 hingga 100 keping balon getah 12 inci. Oleh itu jika terdapat keperluan untuk isikan lebih daripada 100 keping, anda akan disarankan untuk pertimbangkan untuk membeli unit lain
3) Inflator bermeter (Alat untuk mengembungkan belon)
4) Jika anda mahu mengisi semula silinder, perlu dihantar ke alamat syarikat pembekal belon helium dan akan dikenakan caj (sekitar RM 250.00) bagi setiap isian semula dan akan sedia untuk diambil selepas satu (1) hari bekerja.

Berat silinder: – Hampiran 6 kg

Ketinggian silinder: – Kira-kira 2 kaki

Kapasiti: 1.4m3

Dapat diangkut dengan menggunakan mana-mana kereta persendirian.

Ambil barangan dari alamat syarikat dan bayaran pendahuluan diperlukan jika anda tidak membayar tunai. Bentuk bayaran melalui cek selalunya tidak diterima.

Kos: RM 780,00 dan RM 620,00 jika inflator bermeter tidak diperlukan

Waranti: Tiada

belon helium murah
belon helium murah

Pilihan B – Menyewa – RM250.00 sehari (anggaran)
Sewaan boleh didapati dengan didatangkan syarat seperti berikut: –

Deposit tunai (dikembalikan) bagi silinder dan inflator bermeter: anggaran RM780,00

Kadar sewa untuk sehari dibayar semasa pengambilan silinder dan tempoh dikira dari hari silinder diambil.
Satu unit silinder dapat mengisi kira-kira 90 ke 100 keping belon getah 12 inci. Oleh itu jika terdapat keperluan untuk mengisi lebih daripada 100 keping, anda akan disarankan untuk mempertimbangkan untuk menyewa unit lain.

Inflator bermeter akan dikenakan bayaran (anggaran RM220.00) jika didapati ada kecacatan/kerosakan setelah dikembalikan dan akan ditolak daripada duit deposit pendahuluan. Sekiranya silinder hilang atau musnah, deposit akan sama sekali hangus. Anda perlu ambil barang daripada alamat syarikat dan bayaran pendahuluan diperlukan jika anda tidak membayar dalam tunai. Bentuk bayaran melalui cek selalunya tidak diterima oleh syarikat penyedia perkhdmatan belon helium.

Kos untuk menyewa: RM 250.00 sehari

Pilihan C- Setiap isian asas – anggaran RM5.00 setiap belon
Jika keperluan anda hanyalah beberapa puluh belon sahaja, katakanlah hanya 30 biji belon helium perlu diisi, caj hanya RM5.00 per belon dan semua kos adalah termasuk isian gas helium pada belon 12 inci dan selamat diikat dengan reben 5 kaki. Belon akan bertahan selama purata 7 jam di bawah keadaan suhu normal dan sejuh, dan jika anda perlukan belon agar terapung dalam masa yang panjangan, katakanlah 24 hingga 48 jam, belon akan perlu dirawat dengan bahan bukan toksik © HiFloat dari Amerika Syarikat dan kos yang akan ditambah adalah dalam anggaran RM 1.00 untuk setiap belon. Anda perlu ambil barangan dari alamat syarikat dan perlu membuat bayaran pendahuluan.

Sila ambil perhatian: – Gas helium sudah tentunya tidak mengandungi Hidrogen walaupun hidrogen mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan gas terapung kerana ia juga adalah sejenis gas ringan, tetapi ia tidak boleh dibandingkan dengan helium terutamanya dari segi keselamatan. Gas helium tidak mempunyai apa-apa reaksi dan tidakbalas apabila diberikan kepada api yang terdedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *