free
web stats

Gayakannya Mengikut Umur Anda: 20an

Gaya pemakaian mencerminkan keperibadian seseorang lelaki. Bagaimana hentam kromo pakaian yang melekat di badan lelaki itu, begitu jugalah dirinya. Memang fesyen itu subjektif, tapi biarlah kena pada tempatnya. Ketepatan gaya yang berpadanan dengan umur juga adalah perkara yang penting. Takkan lah lelaki yang umur belasan tahun nak pakai baju macam bapa budak pula kan.

shirt lelaki

shirt lelaki

Di sini ada beberapa tips gaya pemakaian buat mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an:

Eksperimen

Pendekatan cuba dan jaya perlu diamalkan kepada gaya pemakaian. Kebanyakan lelaki berusia 20-an masih tidak tahu keperibadian sebenar diri mereka apatah lagi bagaimana untuk berpakaian. Jadi mereka berasa bebas untuk bereksperimen dengan trend fesyen semasa. Tetapi perlu dingat bahawa bukan semua fesyen kena dengan diri kita. Awak tu mahasiswa UIA takkan nak pakai jeans koyak di lutut pergi kelas. Pilihlah yang sebaiknya. Jangan main hentam saja.

t-shirt lelaki

Pilih baju yang tiada logo besar gajah. Bukan zaman lagi nak show-off dengan lambang Levis, Quiksilver dan Fred Perry. Pada masa ini, pakaian anda tidak mengiklankan apa-apa tetapi rasa yang sempurna anda ialah gaya peribadi. Beralihlah kepada kemeja T kosong, polos dan button-down – dan berhenti memakai pakaian ala kanak-kanak ribena.

Kembali kepada asas

baju gaya

Asas pemakaian lelaki cuma tiga. Baju, seluar dan kasut. Yang lain hanyalah aksesori tambahan. Jangan terlampau berlebihan sampai nampak sarat. Anda bukan selebriti yang nak terima anugerah MeleTOP pun. Pakailah asal cukup di badan. Tapi biar kena.

Aksesori Penting

jam tangan

Seorang lelaki perlu ada sepasang jam tangan di lengannya. Baru lengkap jantan tu. Bagaimanapun bukan gaya yang kita mahukan, tetapi kita pakai jam tangan untuk kita lebih mudah mengetahui masa harian kita.

Kesesuaian saiz

baju lelaki

Asingkan pakaian lama dengan yang baru. Baju jenama KIKO tu hadiahkan saja kepada adik atau saudara-mara. Jika rasa tidak patut atau ada nilai sentimental, ia tidak mengapa. Anda berada di usia 20-an – jadi tubuh badan anda turut membesar. Pastikan kedudukan tulang bahu baju anda betul-betul terletak di pangkal ketiak. Serius, memang pelik jika baju XL melekat pada badan yang bersaiz M. Zaman BOY LONDON sudah lapuk.

Temuduga

gaya pakaian

Dalam usia 20-an , era ini lah di mana anda akan menghadiri temuduga buat pertama kali selepas habis belajar. Jadi, rajin-rajinlah belajar apa itu kekemasan dalam pemakaian. Zaman kolej takpe lah boleh pakai selebet. Kemudian , pastikan semuanya sempurna disesuaikan untuk temuduga yang bakal anda hadiri

Pakaian santai

gaya seluar

Kemeja T dan jean masih relevan pada umur ini. Namun khakis juga berupaya menonjolkan gaya santai anda. Pilih potongan seluar yang betul. Dan paling penting memakai seluar tu biar senonoh jangan terlondeh nak tayang boxer. Orang boleh rasa jelik bila nampak boxer anda. Takde siapa peduli bila anda pakai boxer H&M.

Pewangi badan

pewangi badan

Kurangkan pemilihan bau yang terlampau menonjol dan menyegat hidung. Banyak lelaki lebih suka cologne atau aftershave dari berbagai pilihan pewangi tubuh yang ada. Persoalannya, bagaimana anda tahu mana yang tepat bagi tubuh anda? Cara terbaik adalah dengan mengujinya.

Kolar terangkat

kolar terangkat

Tak payah nak gaya mafia sangat lah. Turunkan kolar tu. Tak jadi orang nak buat menantu nanti.

Aurat

seluar pendek

Aku nak mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca. Aurat lelaki ni sikit saja kan berbanding wanita. Senang ja nak tutup. Bergaya tu memanglah bergaya jugak tapi ingat yang wajib buat kita yang beragama Islam ni. Adik dah besar kan dik.

Leave a Reply