Harlem Shake

Fenomena Harlem Shake Selepas Gangnam Style?

Harlem Shake ni sejenis minuman shake macam mana? Oh bukan, Fenomena Harlem Shake ni merupakan 1 bencana baru dalam dunia internet. Kenapa Harlem Shake ni saya kata bencana? Sebab, sama mengarut macam Gangnam Style. hahahaha!

Ya Allah, pleaselah hentikan fenomena mengarut macam ni. Saya ni lurus bendul. Bila saya tengok sibuk orang cakap pasal Harlem Shake ni, saya pun macam curious jugak kan? Jadi, terpaksalah gunakan khidmat Google untuk cari informasi pasal ni. Sekali, rasa menyesal sebab rupa-rupanya video mengarut!

Harlem Shake
Harlem Shake

Tapi, dalam rasa menyesal tu ada juga rasa gembira sebab adalah juga idea nak update blog ni. muahahahahaha!!! Ya, lain kali kalau saya dah suruh beli ebook Tips SEO korang degil. Tengok, kan saya dapat ilmu untuk sedut idea tulis blog korang tak lagi. kikikiki. Cepat beli!! (paksa dalam diam)

Ok, sambung pasal isu Fenomena Harlem Shake ni. Macam ni, pada pendapat saya mungkin isu ni kita tak boleh nak halang sebab bukan kita saja yang duduk dalam dunia ni dan kita sahaja umat yang guna internet kan? Tapi,rasanya sebagai orang Islam tak perlulah kita ikut sangat menda alah macam ni. Pening saya tertengok tarian diorang. Dah macam…..hmm malas nak komen. hehehehe

Mungkin ada yang masih blur pasal ni, saya memang tak nak share video Harlem Shake ni dekat blog saya. Kang, saya pun sama jadi agent penyebar dosa. hehehehe. Kalau korang nak juga, terpulanglah. Tapi sila search sendiri dekat youtube Harlem Shake ni. Banyak version. Pandai-pandailah!

Apa itu Harlem Shake? Nah, ni memang jujur cakap saya copy paste dari blog siapa entah tak kenal tak bermakna tak kenal boleh rembat je tanpa beri kredit. hahahaha!! Ini entry beliau berkenaan isu tarian entah apa-apa. hehehehe

Harlem shake ni adalah satu jenis internet meme, tau tak apa tu meme? meme tu sesuatu fenomena yang disebar dari seorang ke seorang melalui internet. Harlem shake ini di famouskan oleh sekumpulan remaja dari Queensland,Australia..Video mereka diupload pada awal februari 2013. Lagu yang diambil oleh mereka bertajuk Harlem shake by Bauuer. Konsep harlem shake ni, selalunya akan ada seorang yang berhelmet atau memakai topeng menari selama 15 saat dikelilingi oleh orang yang tak ambil peduli mengenai orang tu menari berseorangan, Bila masuk 15 saat seterusnya semasa lagu bass tu masuk, semua orang akan ikut menari secara gila..ahaha..Kadang2 akan ada yang memakai costumes pelik sambil buat tarian masing2

Benda-benda mengarut ni memang menjadi kegemaran dan kesukaan manusia. Huuuu ikut trend katanya. Jangan biar orang tanya tak la ternganga tak tau. malu macam ni…. Benda macam ni walau macam mana kita nak leakkan pun akhirnya boleh terjebak. Bukan kita, sanak saudara dan paling tak tahan anak sedara. Budak-budak kan memang cepat lah terpengaruh dengan semua ni. Nak gangnam tu. adeii tak boleh nak cakap lah budak-budak memang suka. Betul ni budak-budak paling bahaya kalau kecil-kecil lagi dah terpengaruh dengan benda yang tak elok macam ni. Dah besar nanti lagilah payah nak didik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *