free
web stats

Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Tak Perlu Wujud

Tayangan Tahajjud Cinta telah dibantah oleh pelajar Jordan? Drama Tahajjud Cinta mungkin ada pincang sana sini tapi Tayangan Tahajjud Cinta ni bukanlah teruk mana pun berbanding tayang cerita lucah atau filem Mat Salleh kot.

Ini pandangan saya jelah tentang kewujudan Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta di Facebook tu. Kalau pelajar Jordan adah hak membantah, saya sebagai pelajar Malaysia pun ada hak lah kan.ekekekekeke. Kenapa isu ni jadi kronik sampai macam ni?

TahajjudCinta

Ok, saya faham Pelajar Jordan kurang selesa atau memang tak selesa langsung dengan Tayangan Tahajjud Cinta. Kita semua boleh faham mesej pelajar-pelajar ni melalui kewujudan Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta. Masing-masing gunakan nama Islam. Jadi, semua orang tak boleh nak komen panjanglah kan.

Saya sendiri takut dapat dosa free. Tak pasal-pasal. Memanglah saya peminat Drama Tahajjud Cinta, tapi sekadar menonton. Mana yang baik, saya belajarlah. Mana yang kurang baik. janganlah buat. Tapi,nak bantah terus Tayangan Tahajjud Cinta ni tak adalah. Macam apa je. hehehehehe.

Malas nak cerita panjang. Kalau korang nak baca apa yang saya sibuk cerita ni, boleh cari Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta sendiri. Baca update, dan baca komen sekali. Sorry to say, Admin yang update status tu alhamdulilah guna ayat baik. Tapi, yang komen tu. Erk. Pelajar Jordan ke macam tu?

Beri status Munafik pada orang, bukan perkara baik kot. Tapi, tak tahulah kalau ustazah saya salah ajar dulu.wakakakaka!!! Cuma, rasanya melampaulah cakap pelakon-pelakon semua munafik. Aduh. Bercakap macam orang tak ada agama je.

Sudahlah. Good luck untuk yang sokong kewujudan Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta. Tapi,saya berdoa dalam hati dan usus terpaling dalam. Tak berjaya.kehkehkehkehkeh. Eh, boleh ke doa macam ni hah -..-

Niat orang, hanya dia dan Allah saja yang tahu. Mungkin pengarah Drama Tahajjud Cinta ada niat yang baik (saya pasti baik) cuma tersilap sikit masa mulai langkah tu biasalah. Mana ada manusia bijaksana dalam sekelip mata. Dia sendiri pun bertatih kan? Dulu free hair, bawak watak seksi, macam-macam

Sekarang? Berhijab dah, cuba buat drama-drama islamik, tapi bagilah dia peluang. Next time amik tahu jugaklah dunia hiburan sikit.hehehehehe!!! Semua cemuh, tapi korang tahu tak. Dengan adanya Drama Tahajjud Cinta ni, kak Erma dah bawa pelakon-pelakon Tahajjud Cinta pergi menunaikan umrah secara tak langsung.

Silap orang kita ni, suka lihat dan cari salah orang je. Sudut baik, tak nak pulak sebut. Apekebende entah punya perangai. Heh. Sudah. Dengan ini, selamat memenangi Bantahan Tayangan Tahajjud Cinta. Assalamualaikum.hikhikhikhik.

Artikel berkaitan:
(Sinopsis dan Trailer)Drama Kitab Cinta Arahan Erma Fatima

Leave a Reply