Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Durian Batu Kurau Memang Sedap

Aku ni bukanlah peminat durian mahupun hantu durian. Tapi baru-baru ni aku balik kampung, Pak Ngah aku belikan durian Batu Kurau. Antara durian asli dan durian kampung yang memang dikatakan sedap. Aku ni buta durian. Tak tau pun apa yang dikatakan sedap tu. Jadi, disebabkan jiwa remaja aku yang sentiasa ingin tau, aku pun cuba menghayati rasa durian tu.

Durian Batu Kurau

Aku mulakan dengan mengopek durian ni. Sebenarnya aku kena paksa dengan mak aku. Aku tolak permintaan tu. Aku buat-buat malas. Sebenarnya aku tak reti kopek durian. Malulah kalau nenek aku tau. Tapi ayat ni telah mencabar aku.

“Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau tak pandai nak kopek durian!”

Mak aih. Boleh pulak mak aku Sound macam tu. Pergh. Terus aku kopek. Malang betul nasib aku. Durian yang aku kopek tu semuanya baru gugur. Liat kemain! Urat dia tak nampak langsung. Aku paksa jugak sampai berdarah-darah tangan aku. Mesti orang ingat aku siang ikan kalau tengok daripada jauh. Nampak tangan aku berdarah-darah. Hahaha.

Tak lama kemudian berjaya!!! Aku berjaya kopek lebih kurang 5 bijik dengan jayanya dalam masa 30 minit. Aku bangga dengan keterelan diri aku ni.

Aku intai isi-isi durian yang dah dikeluarkan tu. Ada yang cantik betul warna dia. Kuning keemasan. Nampak cantik! Bau wangi.

Durian Batu KurauGambar isi Durian Batu Kurau. Cantik betul isi dia.

Antara isi yang dah dibawa keluar tu mak aku buat kuah durian. Yeah!! Bagaikan bayi yang dihulur susu! Aku sangat teruja. Sebab tu memang feveret aku turun temurun. Penyakit keturunan agaknya. Selebihnya makan mentah.

Durian Batu Kurau

Time berbuka pun menjelma. Aku ambik jari telunjuk aku. Aku kais isi durian tu dan dengan rakusnya aku sodok jadi tu ke lidah aku. Hmmmmmm… Memang benar bagai dikata. Selama ni mak aku beli durian tepi jalan tak ada sesedap ni. Rasa manis-manis lemak yang sangat mengiurkan. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri sebab sedap sangat. Ok, No Wonder Pet orang cakap Durian Batu Kurau ni adalah antara durian asli yang sedap. Durian Bukit Asli. Bukan durian kahwin tau.

durian batu kurau, gambar-gambar durian batu kurau, kelazatan durian batu kurau, durian di batu kurau, durian batu kurau sedap, durian kampung yang sedap, durian asli yang sedap,
Rasa nak menangis masa Selfie ni. Durian depan mata tapi tak boleh nak kokak sebab puasa.
Jadi, inilah cerita aku dengan Durian Batu Kurau. Mungkin lepas ni aku akan cari Durian Batu Kurau ni lagi kalau balik Bagan Serai.

Baru aku tau. Kalau nak beli Durian Batu Kurau ni, beli yang saiz kecik dan nampak macam kecut-kecut sikit. Sebab tu yang paling sedap. Yang saiz besar tu tak berapa sedap walaupun nampak besar dan menarik. Betullah cakap orang. “Don’t Judge The Book By It’s Cover, Because It Maybe Godzilla DVDs Cover, Not A Book!”

Entri kaitan:
Buah kelapa – buah yang berpelbagai guna

One Response

  1. Julia Mahir August 3, 2018

Leave a Reply