free
web stats

Dihalang oleh Polis Semasa Memandu? 5 Petua Menjaga Diri

Jika terdapat suatu hari di mana anda sangat ‘bernasib baik’ dan bertemu dengan abang polis yang memberhentikan kenderaan anda, lepas tu minta anda untuk menurunkan cermin tingkap kereta dan bercakap.

Anda mungkin akan berasa gementar, kan? Rasa tiada orang yang menginginkan pengalaman yang ‘berharga’ seperti ini.

Jika suatu hari nanti, andalah memang jadi watak utama dalam senario ini, usahlah anda berasa takut, apa yang perlu anda lakukan hanya mengikuti 5 petua yang disenaraikan seperti di bawah.

polis trafik
polis trafik

1. Jika dia (polis) tidak berbaju seragam, anda berhak untuk minta dia agar keluarkan kad identiti polis. Anda boleh catatkan nama dan nombor siri anggota polis itu untuk membuat semakan selepas tu jika ada apa-apa yang berlaku.

2.Cuba anda lihat dengan teliti dan bezakan ketulenan kad identiti polis itu.

kad polisKiri palsu kanan betul

Berikut merupakan cara untuk mengesahkannya:

Informasi tertera di muka depan kad

kad pdrm

  • Huruf POLIS DIRAJA MALAYSIA
  • Logo PDRM
  • Nombor bersiri anggota polis
  • Pangkat
  • Nama
  • Tarikh lahir

Apa yang paling penting adalah anda mesti semak sama ada kad tersebut mempunyai tanda anti-samar (laser watermark) yang sukar disalin-buat.

Manakala bahagian belakang kad terdapat:

  • Penerangan lantikan
  • Maklumat bersain
  • Logo PDRM

3. Fahamilah makna di sebalik warna pas pengenalan polis
Warna kad adalah antara panduan yang paling penting dalam pengenalan pangkat dan bidang kuasa polis. Hanya mereka yang memiliki warna biru atau kuning sahaja layak untuk menyiasat anda.

Peringatan: tidak kira sama ada mereka beruniform atau tidak, mereka yang memiliki kad biru atau kuning berhak untuk menyiasat, meminta kad pengenalan dan meminta kerjasama anda untuk membantu dalam penyiasatan.

Manakala bagi yang memegang kad warna merah, mereka hanya dianggap sebagai rakyat biasa sahaja, anda boleh memilih untuk tidak layan mereka.

Yang memegang kad putih pula merupakan polis simpanan, sukarelawan atau polis bantuan. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai hak untuk menyiasat identiti anda. Akan tetapi, ianya berlainan jika mereka sedang menjalankan operasi dengan pemegang kad kuning atau biru.

4. Jika dia memakai uniform

Terus catatkan nama yang tertera pada tag nama, nombor siri polis dan nombor plat kereta ronda.

5. Jika polis meminta anda untuk mengikutinya, jangan menuruti arahan tersebut dengan segera.

dihalang oleh polis

Anda hanya diwajibkan untuk memberikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda jika seorang anggota polis berhentikan kenderaan anda. Jika dia bertanya soalan lain, balas dengan sopan dengan “Adakah saya ditangkap?”

Anda harus bertanya kepadanya sama ada diri anda telah ditahan. Jika tidak, maka anda berhak untuk tidak mengikutinya; jika sebaliknya, anda harus menghubungi ahli keluarga dan peguam anda dengan kadar segera. Ini adalah hak anda sebagai rakyat di negara ini!

Ingatlah, apapun yang berlaku, anda hanya perlu bertenang semasa berdepan dengan polis! Ingatlah apa yang admin kongsikan dan anda tidak perlu berasa gementar dan risau akan keadaan bahaya yang mungkin berlaku lagi.

Mengapa PDRM Membuat Sekatan Jalan Raya?

PDRM biasanya mempunyai alasan yang baik untuk menubuhkan sekatan jalan raya pada asasnya untuk menjadikan jalan dan masyarakat lebih selamat.

Secara umumnya, halangan jalan raya dilakukan untuk dua sebab:

  1. Untuk mengesan pesalah trafik.
  2. Pencegahan dan pengesanan jenayah.

Dengan mengesan pesalah trafik, PDRM memeriksa pemandu yang mungkin melakukan kesalahan lalu lintas. Kesalahan ini termasuk memandu tanpa lesen yang sah atau cukai jalan, atau memandu semasa di bawah pengaruh bahan yang memabukkan.

Bagi pencegahan dan pengesanan jenayah, sekatan jalan raya akan dilakukan apabila PDRM mencari orang dalam senarai yang dikehendaki.

Perhatian Tentang Polis

Sekiranya polis menangkap anda, jangan lawan dengannya. Boleh anda tanya sama dia ‘Kenapa saya ditangkap?’ dan ‘Polis mana yang anda bawa saya pergi?”.

Penangkapan adalah haram jika anda tidak dimaklumkan tentang sebab itu. Walaubagaimanapun, jangan anda menentang dengan penangkapan sebab polis berhak menggunakan kuasa munasabah untuk menangkap anda jika anda menentang.

Jika kena tangkap, perlu anda tahu bahawa pegawai polis yang menangkap anda mesti segera membawa anda ke balai polis yang terdekat dan bukan tempat lain.

Apa yang boleh anda lakukan apabila ditangkap adalah anda perlu tahu anda mempunyai hak untuk menelefon ahli keluarga, saudara mara, kawan atau peguam anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC) yang berdekatan.

Apa yang berlaku selepas penangkapan adalah anda boleh ditahan sehingga 24 jam dalam balai olis, atau anda mungkin boleh kena lock-up untuk membantu siasatan polis.

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda berhak untuk berunding dengan peguam di dalam balai polis. Polis mesti memberi anda kemudahan dan tempoh masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berunding dengan peguam.

Bagaimanapun, polis boleh menafikan anda hak ini, jika kelewatan dalam mempersoalkan anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah yang lain atau menyebabkan bahaya kepada orang lain.

Baca juga: Parking OKU Selalu Sangat Kena Ceroboh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *