free
web stats

Di Sebalik Tabir Shaklee-Dr. Forest C. Shaklee

Kisah bagaimana seorang kanak-kanak yang begitu banyak dugaan diuji dengan penyakit turboculosis (batuk kering) dan apabila dewasa diuji dengan kanser.

Dr Forest

Dr Forest

Shaklee sebenarnya diilhamkan oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1956 yang mana pada ketika itu, beliau menubuhkan Shaklee Corporation. Beliau percaya, sains dan alam semulajadi jika digabungkan akan memberi penawar kepada kesihatan manusia. Beliau memegang prinsip Living in Harmony with Nature.

Dengan prinsip Living Harmony with Nature, Dr. Shaklee mengasaskan produk makanan tambahan semulajadi dan bahan pencuci mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan asas “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik.”

Siapakah Dr. Forest C. Shaklee? Jom baca biografi beliau.

Bio Dr Forrest

Dr. Forest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November Carlisle, Iowa. Sewaktu dilahirkan, beliau disahkan menghidap penyakit turboculosis iaitu batuk kering. Doktor hanya meramalkan beliau hanya boleh bertahan dan hidup sehingga usia 8 tahun.

Walaubagaimanapun, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisle yang pada ketika itu ialah kawasan lombong arang batu ke utara Iowa kerana mereka percaya, batuk kering yang dihidapi itu dapat dirawat dengan baik ialah dengan berada di kawasan persekitaran dan udara yang bersih serta mendapat rehat yang cukup.

Zaman kanak-kanak beliau hanya dipenuhi dengan aktiviti melihat alam sekitar dan berehat. Memasuki alam remaja, doktor mengesahkan penyakit batuk kering yang dihidapi dalam keadaan terkawal. Walaupun begitu, beliau tidak seaktif remaja lain seusia dengannya.

Kerjaya sebagai Chiropractic Practioner

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa dengan membaca penulisan Barren MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan “dadah hanya menutup simptom tanpa mengubati penyakit”

Beliau tahu, berdasarkan pemerhatian beliai terhadap alam sekitar, beliau tahu, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau tertarik dengan science of chiropractic care.

Beliau mendaftar di Palmer Scholl of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, tetapi beliau yakin, chiropractic bukanlah satu-satunya rawatan terbaik untuk merawat seperti diperkatakan Palmer. Beliau yakin, perlu ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan tubuh badan.

Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist

Sewaktu menjadi ahli chiropractic, minat beliau terhadap nutrisi mulai bercambah. Beliau mula membaca tentang biokimia dan penemuan-penemuan kajian saintifik tentang nutrisi. Pada tahun 1915, beliau berjaya mencipta suplimen pertama di dunia iaitu “Vitalized Minerals” iaitu sekarang dikenali sebagai “Vitalea”.

Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut mempunyai chiropracters, osteopaths dan internist dan pakar bedah. Pesakit di situ dberi rawatan dengan diet yang kaya dengan vitamin sebagai usaha penyembuhan. Semakin hari, pusat rawatan semakin maju.

Ujian kanser

Walaupun sibuk dengan rawatan di pusat rawatan yang diusahakan, Dr. Shaklee turut mencuba bidang baru iaitu X-ray diagnosis. Pada ketika itu beliau tidak tahu tentang bahaya pendedahan kesan sinaran x.

ujian kanser

Pada 1921, beliau merasa risau tentang kesakitan yang dialami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau. Dr. Shaklee kemudian berjumpa dengan pakar kanser di Chicago. Pakar kanser tersebut kemudian mencadangkan untuk menyekat sel kanser tersebut, beliau perlu memotong bahu kiri dan kaki kanan.

Forrest Shaklee kemudian mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang mengesahkan beliau mengalami kanser.

Pada masa itu, kerjaya beliau sebagai seorang doktor sedang meningkat naik. Isteri beliau pada ketika itu pula sedang mengandung dan mempunyai seorang anak. Oleh yang demikian beliau tidak dapat menerima hakikat beliau akan kudung tanpa tangan dan kaki. Beliau mengatakan pada isterinya,”Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.” Beliau percaya pada kuasa penyembuhan alam semulajadi.

Doktor Shaklee melawan kanser semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatannya dan memulakan rawatan intensif untuk dirinya dengan nutrisi, membuat analisa secara kerap, dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplemen dalam kuantiti yang tinggi. Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan tanda-tanda positif tetapi beliau tetap tidak berputus asa. Beliau sangat positif dan yakin dengan nutrisi beliau akan kembali pulih dan mindanya juga perlu positif.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau menunjukkan kesan-kesan semakin pulih dan beliau semakin sihat. Beliau masih hidup. Tenaga juga semakin baik. Beliau dapat merasakan dan percaya, apa yang beliau percaya iaitu dengan nutrisi yang lengkap kesihatan semakin pulih. Sel-sel yang sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser.

Kemudian beliau sekali lagi membuka pusat rawatan dengan memberi formulasi supplemen yang dipakejkan oleh beliau untuk diberi kepada pesakit.

Malangnya, pusat rawatan berkenaan musnah dalam kebakaran dan menyebabkan rekod yang ada musnah. Yang tinggal hanyalah buku inspirasi Elbert Hubbard bertajuk “Little Journey to the Homes of The Great.” Ada satu bahagian dalam penulisan buku tersebut, berbunyi, “When all else are destroyed, only the product of mind exist.”

Semangat beliau tidak terhentu di situ sahaja. Walaupun minat beliau pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk fokus dalam bidang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepaa membina tubuh yang sihat berbanding dengan merawat orang yang sakit. Beliau kemudian berpindah ke Eugune, Oregon dan kemudian ke Oakland, California.

Selain membuat kajian tentang nutrisi, beliau banyak memberi syarahan umum, dan mendapat 2 ijazah kehormat Profesor of Chiropractic dan Profesor of Naturopathy. Pada 1934, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau bersara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan badan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil ialah kuasa penyembuhan alam semulajadi (the power of nature). Dua tahun kemudian pada tahun 1947, beliau menubuhkan Shaklee Foundation dan menamakan falsafah hidup beliau sebagai “Toughmanship”. (copyrighted)

Beliau telah menulis dan menerbitkan 4 jilid “Toughmanship”. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak syarahan beliau dimainkan di corong radio di Oakland dan Francisco.

Pada usia 62 tahun, penghujung 1954, beliau memberitahu anaknya Forrest Jr dan Lee, beliau ingin melakukan sesuatu yang dapat memberi kesan kepada masyarakat dengan kepentingan nutrisi dan supplemen. Beliau memulakan bisnes mengedarkan supplemen.

Pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu itu, Amerika percaya bahawa mereka ialah “the best fed nation”. Oleh itu mereka perlu meyakinkan tentang kepentingan supplemen dahulu.

shaklee

shaklee

Untuk memastikan pengetahuan tentang supplemen, Shaklee memberitahu anaknya, kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan ajar yang lain. Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, Shaklee dan keluarganya telah berjaya menjadi konsep “direct selling” produk suplemen dan menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan kuasa penyembuhan dan falsafah “toughmanship” beliau.

Jika ada kelapangan, boleh lah tonton dokumentari kisah hidup Dr. Forest C.Shaklee.

Baca juga:
Rahsia Kecantikkan Wanita Alaf Baru

Leave a Reply