kupon parkir

Dengan Aplikasi Ini, Anda Tidak Perlu Beli Kupon Parkir Di Selangor Lagi !

selangor parkir

Apabila kita mengunjungi dan parkir dalam tempat di bawah pentadbiran kerajaan tempatan yang berbeza, kita perlu sediakan kupon parkir yang berbeza dan ini merupakan perkara yang menyusahkan! Akan tetapi, dengan perkembangan teknologi yang makin canggih pada zaman ini, Kerajaan Selangor akan memperkenalkan sebuah aplikasi yang baharu untuk pembelian kupon parkir. Rakyat hanya perlu muat turun aplikasi tersebut untuk membayar tempat parkir awam bagi enam (6) kerajaan tempatan dalam Negeri Selangor!

kupon parkir

Walaupun terdapat aplikasi yang berbeza-beza dalam negeri, Kerajaan Negeri Selangor akan menyatukan aplikasi-aplikasi tersebut dan jadikan ia sebagai Aplikasi Smart Selangor Parking yang bertindak untuk meringankan proses pembayaran tempat parkir orang ramai kerana mereka tidak perlu memuat turun aplikasi lain hanya untuk membayar tempat parkir.

smart selangor parking

Pada 1hb Mei, Dewan Bandaraya Petaling Jaya telah menjadi kerajaan tempatan pertama yang memulakan penggunaan aplikasi tersebut. Perancangan percubaan secara eksperimen telah dijalankan dalam lingkungan kawasan Kota Damansara-PJU5-Sunway Plaza. Hasilnya, rancangan ini dijayakan dengan sambutan yang menggalakkan. Oleh demikian, bermula daripada 1hb Julai, Kerajaan Selangor akan menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking yang diperkenalkan oleh MBPJ dan meluaskan kepenggunaannya dalam kawasan lain. Antaranya ialah Shah Alam, Ampang Jaya, Sepang, Kajang dan Selayang. Rancangan ini dianggarkan akan diperluaskan kepada 12 kawasan Negeri Selangor.

mesin parking

Buat masa ini, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Subang akan menggunakan sistem Aplikasi Flexi Parking. Kedua-dua aplikasi tersebut adalah di bawah syarikat yang sama.

selangor parking apps

Pengguna hanya perlu mendaftar sebuah akaun dan menambah akaun kad bank untuk tujuan penambahan nilai. Untuk membayar, anda hanya perlu masukkan nombor plat kereta. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh menyemak informasi seperti baki masa parkir, rekod saman dan sebagainya.

Majlis Perbandaran Kajang

Akan tetapi, Aplikasi Smart Parking MP Klang yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Klang pada 1hb Jun merupakan program persendirian. Aplikasi ini akan berjalan secara induk dan tidak akan menyertai program Smart Selangor Parking. Rakyat boleh mendapatkan aplikasi ini dalam Google Play Store atau Apple Store untuk memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking.

senang bayaran

Cepat! Kupon dan duit kecil tidak perlu dijadikan bimbangan dalam minda pemandu lagi! Viralkan informasi ini agar lebih banyak orang dapat dimanfaatkan.

Aplikasi tu boleh anda muat turun di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *