free
web stats

Customer Always Right – Anda Setuju?

Dah dekat seminggu blog ni bermasalah, lepas kena hack macam-macam problem dekat dashboard, contact host support kata dah settle tapi masih lagi macam tu, geram juga hati ni cara pengurusan diaorang, as new customer rasa agak tidak berpuas hati. Worst come to worst I’ll change my hosting. Siapa yang rugi?

customer always right
customer always right

Produk dan Servis – Bagaimana Untuk Mengukuhkannya

Dalam apapun bidang perniagaan yang kita jalankan samaada besar atau kecil konsepnya tetap sama. Khidmat servis kita kena sentiasa jaga dari semasa ke semasa. Tidak kira samaada pelanggan kita hanya mengambil produk yang mungkin dalam jumlah yang sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Mungkin ada masalah yang tidak boleh diselesaikan tetapi kita harus pandai dalam menyakinkan pelanggan supaya mereka selesa dan faham dengan khidmat yang kita berikan. Janganlah selepas menjual servis atau sesuatu produk kita lupa atau abaikan.

Perlu kita ingat setiap apa yang kita jual harus ada plan marketing yang baik samaada menggunakan advertising, media mahupun mulut ke mulut. Satu kesilapan yang kita lakukan akan menjejaskan produk atau servis yang kita jual dan effect nya besar kepada perniagaan.

Masalah Dalam Perniagaan

Berbagai karenah pelanggan yang ada, memang ada pepatah “Customer Always Right“, pada saya slogan itu tidak boleh diguna pakai, yang penting cara kita mengendalikannya, bukan dengan 100% menyerah kepada pelanggan dan setiap produk atau servis mesti ada Terms and Condition. Ada yang boleh kita ikut, ada yang boleh kita menyerah dan ada yang perlu kita tegas dalam menanganinya.

Sebagai pengguna dan peniaga kecil saya amat menitikberatkan hal-hal sebegini, bidang yang saya ceburi juga menawarkan khidmat servis disamping menjual produk. Servis yang baik amat penting supaya pelanggan berpuas hati dan tidak berhenti dari membeli.

Memang tidak dinafikan kadang-kadang ada timbul masalah dalam perniagaan tetapi saya cuba menyelesaikannya sebaik yang mungkin. Bukan semua manusia sempurna mesti ada silap dan salah.

Sikap dan Kredibiliti

Kerap saya lihat peniaga yang sambil lewa dalam pengurusan hanya mementingkan jumlah jualan dan bersikap lepas tangan. Fikirkan kembali berapa lama anda akan bertahan sekiranya terus bersikap demikian, contoh disekeliling saya juga banyak yang saya lihat kecundang kerana sikap yang hanya mementingkan Quantity dari Quality.

Perniagaan bukan satu bidang yang mudah, ada pasang surut, jatuh bangun, untung dan rugi. Perlu ada sifat sabar, jujur, sentiasa belajar dan ilmu pengetahuan walau sebesar manapun perniagaan yang kita jalankan.

Memang tidak dinafikan semua orang boleh membina perniagaan sendiri sekiranya ada wang, tetapi bagaimana cara untuk kita teguhkan dan jayakan itu yang paling penting. Wang bukan penentu segalanya.

Kredibiliti perlu ada untuk memberi kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap barangan atau perkhidmatan yang kita berikan. Ianya sangat penting dan diperlukan oleh peniaga kerana untuk membina sesebuah branding bukan mudah.

Saya suka tengok bila kawan-kawan menceburi bidang perniagaan, ada yang bermula denga zero. Berkat sabar, rajin, dan tidak lokek berkongsi ilmu ramai yang berjaya. Kadang-kadang cemburu tengok diaorang, cemburu dalam bentuk positif perlu ada supaya kita boleh motivate diri kita untuk lebih maju.

Belajar itu perlu selagi kita mampu. Berjaya atau gagal semua tergantung pada diri kita sendiri.

Adakah Mana-mana Daripada Ini Pernah Terjadi Kepada Anda?

  • Mendapatkan permintaan bayaran balik yang tidak masuk akal daripada pelanggan.
  • Bagi sesiapa yang menjual produk secara online, anda mempunyai pelanggan yang minta pengembalian wang tanpa alasan yang didedahkan.
  • Dapatkan e-mel yang tidak menyenangkan dari pelanggan yang membuat permintaan yang tidak munasabah daripada produk atau perkhidmatan yang anda berikan.
  • Mempunyai pelanggan yang cepat panggil anda sebagai penipu sebelum anda ada peluang untuk jelaskan dan mengancam untuk memfitnah atau menyaman anda.
  • Pelanggan yang tidak beli apa-apa dari anda tetapi membuat banyak pertanyaan melalui portal atau e-mel.
  • Pelanggan yang membeli produk anda dengan niat memaksa anda untuk melakukan usaha Sama dengan mereka atas syarat mereka, kerana mereka sudah menjadi pelanggan anda dan mereka ingat mereka berhak untuk suruh anda buat begitu.

Jika anda menjawab YA kepada mana-mana di atas, maka perlulah ucapkan “TAHNIAH”!! Anda memang tidak bernasib baik. Tetapi bagi semua yang buat bisnes, situasi seperti ini memang mesti pernah mereka alami.

Sekiranya pelanggan yang salah apabila dia memfailkan aduan, tidak ada cara yang mungkin bagi anda mengetahui sebab di sebalik tuduhan yang tidak tepat. Terdapat begitu banyak faktor di luar yang boleh menyebabkan pelanggan memfailkan aduan yang tidak tepat secara tidak sengaja.

Atas sebab ini, jangan melompat dan anggap bahawa mereka berbohong secara sengaja atau jahat. Ya, memang ada penjahat di luar sana, tetapi dalam skop bisnes yang besar, mereka adalah peratusan yang kecil dari kumpulan orang yang bermoral.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *