free
web stats

Ciri-Ciri Utama Sebagai Seorang Juruteknik Komputer

Bidang komputer mempunyai skop yang amat luas jika kita lihat dari segi tugasan dan peluang samada dalam bentuk pekerjaan atau perniagaan. Oleh sebab itu lah ramai orang yang beralih arah dari bidang lain yang kadang-kadang tidak memberikan pulangan yang baik kepada bidang perniagaan komputer.

Ini adalah kerana bidang komputer adalah satu bidang yang terbuka dan mudah dipelajari. Sumber-sumber rujukan dengan mudah kita boleh dapati di internet dan dengan membuat sedikit kerja praktikal maka ia sudah mencukupi bagi seseorang itu untuk terjun kedalam industri komputer.

juruteknik komputer
juruteknik komputer

Ciri utama untuk seseorang itu untuk terjun kebidang komputer ialah minat. Minat yang tinggi serta kemahuan untuk belajar bersungguh-sungguh adalah kunci utama jika anda ingin menjadi seorang juruteknik komputer yang berjaya.

Ini kerana walaupun anda sudah bergelar juruteknik komputer namun anda perlulah terus berusaha mendalami informasi dan ilmu komputer yang terbaru. Ilmu komputer atau informasi terutama teknologi terkini akan sentiasa berubah-ubah dari masa kesemasa.

Oleh itu kemampuan untuk menkaji dan memahami teknologi baru amatlah penting dalam meningkatkan keupayaan seseorang juruteknik komputer.

Keupayaan untuk mengingat apa jua jalan penyelesaian yang telah di ambil sebelumnya akan menjadi satu aset berguna kepada seorang juruteknik komputer. Ini kerana masalah-masalah komputer yang timbul dan diselesaikan akan berubah-ubah dengan berubahnya teknologi dan perkakasan.

Oleh itu keupayaan membuat analisis dan jangkaan tepat hasil dari pengalaman membaiki komputer adalah satu kelebihan besar kepada mereka yang mahir dalam bidang ini.

Kesiap sediaan adalah ciri yang mesti diamalkan oleh juruteknik komputer. Segala peralatan hardware mahupun software mestilah uptodate dan boleh digunakan segera. Segala utiliti atau software hendaklah diuji dan kemahiran menggunakannya amatlah penting dalam proses untuk menyelesaikan masalah komputer.

Sumber utama rujukan seoarng juruteknik komputer sekarang ialah internet. Namun jika seseorang tidak dapat menggunakan sepenuhnya untuk mencari maklumat yang diperlukan amatlah merugikan.

Ini terutama bagi mereka yang tidak fasih atau gagal menguasai bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan informasi atau maklumat berkaitan dengan komputer adalah dalam bahasa Inggeris.

Seseorang juruteknik komputer yang mempunyai semangat dan dedikasi yang tinggi akan membolehkannya maju kedepan dengan cepat. Namun terdapat ramai juruteknik komputer dipasaran terlalu gopoh sehingga mereka terperangkap dengan masalah yang dicipta sendiri.

Ramai diantara mereka telah melompat terlalu jauh untuk mengembangkan kebolehan mereka dan menjuruskan mereka di dalam perniagaan sendiri namun sebenarnya mereka masih mentah didalam bidang perniagaan.

Hal yang demikian menyebabkan mereka gagal mencapai sasaran atau matlamat yang sepatutnya sehingga perniagaan mereka merudum dan menjuruskan kearah kerosakan.

Tugas-Tugas Juruteknik Komputer – Skop Kerja Dan Tanggungjawab

Setiap juruteknik komputer mempunyai tugas-tugas utama yang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Ini kerana tugas-tugas tersebut akan melicinkan perjalanan sistem pengurusan komputer di sesebuah organisasi. Antara tugas-tugas utama juruteknik komputer ialah:

  • Bersama-sama membantu membuat perancangan, mengurus serta menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sesebuah organisasi.
  • Melaksanakan sistem pengurusan maklumat disesebuah organisasi dan juga penggunaan bahan-bahan rujukan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan akses internet berjalan lancar.
  • Memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan lancar setiap hari.
  • Menyediakan inventori bagi semua bekalan kemudahan infrastruktur teknologi.
  • Menyelia dan menyelenggara kemudahan infrastruktur.
  • Menjalankan penyelenggaraan preventive keatas semua peralatan komputer dan yang berkaitan.
  • Memastikan semua garis panduan penggunaan kemudahan teknologi dipatuhi.
  • Membantu menyediakan peralatan yang diperlukan kepada kakitangan sesebuah organisasi.
  • Membatu mengenalpasti masalah yang timbul berkaitan dengan sistem komputer serta berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Membantu merancang dan menguruskan pembelian peralatan consumables dan juga spare part.
    Memastikan keselamatan kemudahan teknologi maklumat dan keselamatan data.

Di sesebuah jabatan kerajaan, juruteknik komputer bertanggungjawab untuk memastikan setiap rekod menyelenggara dan membaiki di kemaskini dan semua komputer berada didalam keadaan sempurna. Juruteknik komputer juga akan di hantar untuk menghadiri kursus-kursus komputer dan penyelenggaraan komputer dari masa ke semasa.

Jika kita lihat senarai tugas seorang Juruteknik Komputer seperti yang disebutkan di atas, seolah-olah kerja seorang Juruteknik Komputer itu adalah mudah. Namun, sebenarnya tugas ini bukan senang sangat dan ia memerlukan satu perancangan rapi jika kita ingin melihat perjalanan sistem infrastruktur komputer yang baik dilaksanakan di sesebuah jabatan.

Oleh itu seorang Juruteknik Komputer sebenarnya perlulah membuka minda mereka dengan membuat lawatan atau pemerhatian ke atas jabatan-jabatan atau organisasi lain yang lebih besar untuk mendapatkan gambaran di mana sistem sebenar yang digunapakai yang mana mungkin dapat di aplikasikan di tempat kerjanya nanti.

Dengan cara itu mereka akan dapat menilai sejauh mana kepakaran mereka dan berusaha menigkatkan tahap penguasaan teknologi .

Entri kaitan:
Tablet Atau Komputer Notebook – Apa Pilihan Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *