free
web stats

Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

Memulakan perniagaan mampu mengubah hala hidup anda. Tetapi pastikan bahawa perubahan yang anda lakukan mengikut strategi.

Penting bagi anda untuk mendapatkan nasihat dari pakar-pakar perniagaan, panduan dan tip-tip usahawan yang praktikal tentang bagaimana untuk mencari pembiayaan perniagaan, memilih idea perniagaan atau bagaimana menjalankan perniagaan.

entrepreneur

entrepreneur

Besar atau kecil sesebuah perniagaan, konsepnya tetap sama iaitu jual dan beli sama ada dalam bentuk perkhidmatan atau produk.

Untuk menjadi usahawan kecil atau besar, mulakan dengan modal yang rendah dahulu. Pelajari tip-tip usahawan kecil melalui rakan-rakan perniagaan, membaca informasi terkini dari sumber-sumber yang berkaitan dengan bidang usahawan.

Tidak kira apa jenis perniagaan, anda harus menjadi fleksibel apabila memulakannya. Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu kita ikuti untuk memulakan bidang keusahawan yang anda ceburi.

Penilaian Peribadi

  • Mulakan dengan mengambil kira tentang diri anda dan situasi anda.
  • Kenapa anda mahu untuk memulakan perniagaaan?
  • Adakah kerana wang, kebebasan, kreativiti, atau beberapa sebab yang lain?
  • Apa kemahiran yang anda ada?
  • Apakah industri yang anda tahu mengenainya?
  • Jenis perniagaan yang anda sediakan sama ada perkhidmatan atau produk?
  • Apa yang anda suka lakukan?
  • Berapa banyak modal dan risiko yang perlu anda hadapi?
  • Menjadi usahawan sepenuh masa atau sambilan?

Jawapan kesemua soalan ini mampu memperkuatkan fokus anda dalam hala tuju perniagaan yang ingin anda jalankan.

Analisis Perniagaan

Sebaik sahaja anda membuat keputusan mengenai perniagaan yang sesuai dengan matlamat anda dan gaya hidup, anda perlu untuk menilai idea anda.

  • Siapakah yang akan membeli produk atau perkhidmatan anda?
  • Siapa yang akan menjadi pesaing anda?

Anda juga perlu memikirkan berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan perniagaan tersebut.

Mengikut syarat dan undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat beberapa cara untuk membentuk perniagaan anda. Samaada menjadi…

  • Sole proprietorship – pemilik tunggal
  • Partnership – perkongsian
  • Corporation – perbadanan berhad

Corporation memerlukan gabungan investment yang tinggi, tetapi pulangan keuntungannya cukup besar dan berbaloi.
Sebuah badan corporation entiti pemilik berasingan tetapi sah. Tanggungjawab bagi perniagaan adalah bersama. Jika sesuatu berlaku, anda tidak boleh disalahkan, secara peribadi ianya tanggungjawab bersama.

Anda juga perlu mendapatkan lesen dan permit perniagaan yang betul. Bergantung kepada perniagaan.

Insurankan perniagaan anda untuk tujuan keselamatan dan cari akauntan yang baik supaya untung rugi perniagaan dapat diselaraskan dan difailkan dengan baik.

Draf Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan adalah satu keperluan. Walaupun anda membiayai dengan usaha sendiri, pelan perniagaan akan membantu anda memikirkan berapa banyak wang yang anda akan perlu untuk memulakan dan apa yang perlu dilakukan.

Pinjaman Kewangan

Bergantung kepada saiz usaha anda, anda mungkin perlu untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana firma kewangan atau bantuan daripada keluarga.

Sebaiknya anda sediakan modal simpanan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan sebagai persediaan aliran tunai sekiranya memerlukan anda menambahkan lagi modal perniagaan yang tidak mencukupi.

Trial And Error

Ia akan mengambil masa untuk mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak perlu anda lakukan. Ikut pelan perniagaan anda, sentiasa bersikap terbuka dan kreatif. Jangan takut sekiranya anda membuat kesilapan.

Sekiranya anda berjaya menjadi usahawan kecil atau besar dengan hasil usaha anda sendiri, percayalah anda akan dapat rasa satu kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda.

Leave a Reply