estibot

Check Harga Blog – Cara Mengetahui Harga Blog Kita

Berapa nilai dan harga blog atau website anda? Hehe, tadi saja aku kodek-kodek internet terjumpa beberapa website yang boleh digunakan untuk semak harga blog/website kita. Bila di cuba semua website tersebut.. wah, bermacam-macam angka dan jumlah yang terhasil untuk harga blog aku. Bagaimana pengiraannya pun tak tahu.. haha! Apa pun angka-angka tersebut membuatkan aku tersenyum sebentar, huhu.. ‘amat mahal’ juga harga blog aku nie ya. 🙂

Cara mengetahui harga blog mudah sahaja, anda boleh check harga blog anda melalui website-website di bawah nie, anda juga boleh meletakkan widget harga yang dihasilkan dan letakkan di sidebar blog anda:

1. WebsiteOutlook – Bila aku check harga blog ini, ia tertulis ~ My site is worth $4146.4. Erm.. (LINK).

2. BizInformation: Melalui website nie harga website aku dijangka lebih kurang RM 5,767.76 (Link). Hoho, boleh tahan. Sebenarnya harga itu amatlah murah berbanding website blogger-blogger lain yang dah otai! Haha.. blog aku amat jauh ketinggalan berbanding blog blogger-blogger lain.

3. YourWebsiteValue.Com: Melalui pengiraan daripada website ini pula, harga blog Afiffuddin.Com aku nie lebih kurang $1,286. haha.. murah lagi. Aku ingatkan sampai 5 angka. :p Ada juga disediakan widget, tapi aku tak boleh letak dalam post nie sebab dia guna script. Kalau letak dalam sidebar boleh lah.

4. UrlAppraisal.Net: Bila aku try check harga blog Afiffuddin.Com di website ini, nilainya lebih kurang $2,937.40 (Link). Yang bestnya tentang website nie, dia gitau semua maklumat lengkap pasal potensi blog kita seperti Domain Age, Google PageRank, Compete Traffic Details, Alexa Traffic Details, Google Links, Yahoo Links, dan URL Marketability Analysis. Widget juga disediakan, iaitu bewarna oren dan biru.

5. SiteValueCheck.Com: Dengan website nie, result harga website aku adalah berharga lebih kurang $2,678

6. CubeStat.com: Pengiraan website ini tentang harga blog aku boleh tahan juga, mengikut statistic calculation mereka, dijangkakan blog aku nie berharga sekitar $2,227.23 (Link). Selain itu diberitahu juga info mengenai Daily Pageviews: 1,017, dan Daily Ads Revenue: $3.05 serta data lain seperti Meta Info, dan Index Data. Best juga, cubalah!

7. Estibot.Com: Setelah menggunakan checking tool website ini, harga blog aku lebih kurang $ 0 USD (Link), Ciss.. tak ada harga langsung.. hahaha!!

estibot
estibot

Setakat ini 7 website appraisal tool yang aku jumpa masih aktif, ada lagi rasanya website appraisal nih. Ok, secara umumnya ramai orang tahu bahawa untuk mengetahui potensi sesebuah website atau blog lihat sahaja melalui Google PR dan Alexa Rank selain daripada jumlah visitor dan pageview, sebab sekiranya anda ingin menjadi publisher, ada juga syarikat pengiklanan mengambil berat perihal PR dan Alexa Rank blog yang beriklan dengan mereka, contohnya seperti syarikat pengiklanan Text Link Ads. Jadi semakin tinggi PR dan Alexa Rank anda, maka semakin tinggi peluang untuk mendapat advertiser untuk beriklan di blog anda!

Selain itu, sekiranya anda ingin Flip website anda di website Flipping seperti Flippa.Com, PR, Alexa Ranking, Jumlah visitor, dan jumlah pageview menjadi kayu ukur kepada pembeli sebagai salah satu sebab mengapa mereka perlu menang bid untuk mendapatkan website anda.

Jadi untuk memastikan website atau blog anda mempunyai nilai dan harga, pastikan PR website dan Alexa Rank anda mempunyai rank yang tinggi. Setakat itu dulu perkongsian maklumat internet daripada aku pada pagi subuh ini. Sekian.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *