free
web stats

Cendol Bakar Kuala Selangor Terbaik

Selama bertahun-tahun aku ada dengar dengan nama Cendol Bakar Kuala Selangor yang dikatakan sebagai cendol yang terbaik, paling delicious, dan terhangat di pasaran. Akhirnya dua bulan lepas aku telah pun menjejakkan kaki aku sendiri ke sana.

Kebetulan aku ada kursus CIDB di tempat Kuala Selangor. Jadi, dalam perjalanan balik tu, aku dengan officemate singgah sebentar kat Cendol Bakar Kuala Selangor.

Aku ingin juga merasa sendiri adakah betul atau tidak cendol ini terbaik seperti yang dikatakan oleh orang ramai. Dengar cerita orang sampai beratur nak beli cendol ni disebabkan kesedapannya yang luar biasa baik tu.

Sampai kat pekarangan restoran Cendol Bakar Kuala Selangor ni aku sedikit teruja sebab persembahan restorannya yang nampak cool dan menarik. Ia tidak macam restoran biasa yang aku pergi. Biasa-biasa je. Tapi yang ni rekabentuk restoran dia tampak klasik. Itu dah menarik minat aku sebenarnya.

cendol bakar di kuala selangor

Dengan kawan saya cakap, kalau hari biasa pun ramai juga yang terjah sini. Aku tak dapat bayangkan macam mana pula kalau hari cuti. Hampir juga aku nak menangis terharu mengenangkan betapa gahnya cendol bakar ni.

Lagi-lagi restoran ini adalah menyediakan kemudahan untuk kereta beli dengan servis Drive-Thru mereka. Itu bagi aku memang banyak canggih. Bukan senang bagi sesebuah restoran capai sampai ke tahap macam ni. Mesti ada sesuatu yang luar biasa ni.

Jadi, bila sudah sampai ke restoran ini, aku pun terus order. Disebabkan nak jalan jauh, aku cuma order cendol bakar biasa saja. Jika nak order cendol campur pulut kena tunggu lebih lama, aku takut lagi bertambah mengantuk aku nanti.

cendol bakar

Gambar yang ditunjuk di atas merupakan cendol yang aku order punya. Tengok pun dah teruja kan. Belum lagi ada depan mata. Aku hampir-hampir diserang sawan hari tu disebabkan terlalu eksaited tengok cendol bakar ni. Tu baru tengok. Belum rasa lagi.

cendol bakar 2

Takut air liur aku meleleh tanpa dapat aku kawal, aku terus kokak cendol ni. Rasanya… Pergh.. Memang betul cakap orang. Sini adalah syurga cendol dunia. Segalanya-galanya cukup. Manis, lemak, dan jugak kemerduan bunyi Slurpp Slurpp nya tatkala disedut-sedut dengan rakusnya ke dalam mulut.

Ok. Aku kasi 5 bintang dari 5 bintang untuk Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor ni. Memang Mabeles.

cendol bakar 3

Tapi benarlah cakap orang, langit tu tak selalunya cerah. Dalam banyak-banyak yang positif tu, terselit satu benda yang agak tak memuaskan hati aku. Aku harap benda ni akan dapat diambil perhatian oleh Cendol Bakar Kuala Selangor ni lah.

Aku Order Nasi Ayam Dara kat Stall Nasi Ayam Dara tu. Tapi aku agak terkejut jugak lah sebab Brader yang jaga Nasi Ayam Dara tu macam nak tak nak je layan aku. Muka ketat gila siot. Masam mencuka. Aku Order pun macam nak tak nak je layan aku. Apa kes tak tau. Aku bersangka baik je lah. Mungkin dia tengah sibuk memotong ayam kot. Tapi bila Officemate aku pergi Order pun dapat Feedback yang sama, sampai dia mengadu kat aku. Ok, maknanya itu dah tak boleh bersangka baik dah.

Yang lain dah ok. Cuma servis ayam dara dia je yang tak berapa memuaskan hati aku. Hilang gak lah sikit mood aku nak makan. Kitorang beli nasi ayam tu, bukan mintak sedekah ataupun mintak secara Free. Nasib baiklah nasi ayam dara dia sedap. Terubat gak hati aku sikit. Takpelah, mungkin dia ada masalah kot hari tu. Harap Next Time aku pergi beli ayam dara, disambut dengan senyuman manis. Sayang, nasi ayam dara dia sedap. Memang berpotensi pergi jauh. Cuma dari segi layanan tu mungkin kena perbaiki lagi.

nasi ayam dara

Ok, tu je lah.. Kalau korang yang belum pergi ke sini lagi, cuba dapatkan satu hari yang sangat berkualiti untuk bawak Family korang. Aku boleh jamin korang akan puas hati. Lagi-lagi buat peminat-peminat cendol macam aku ni.

Cendol di sini ada berbagai rasa yang boleh anda cuba. Ada 6 jenis perisa campuran yang membuatkan Cendol Bakar itu luar biasa dan lain dari cendol yang dijual di lain tempat. Di antara jenis cendol yang dijual adalah seperti berikut:

  • Cendol VIP – RM 2.00
  • Cendol VVIP – RM 2.50
  • Cendol Tapai – RM 3.00
  • Cendol Pulut Tapai – RM 3.50
  • Cendol Durian – RM 3.00
  • Cendol Durian Pulut – RM 3.50

Maklumat tambahan untuk anda:

  • Nama Cendol Bakar telah didaftarkan sebagai harta intelek TM
  • Cendol percuma untuk fakir miskin dan OKU

Alamat:
Cendol Bakar
Route 54 (just off Jalan Teluk Piah Kanan)
Kuala Selangor, Selangor
GPS: 3.30344, 101.29778

Masa Buka:

  • Hari bekerja: 11 pagi – 6 petang
  • Hujung Minggu: 10 pagi – 7 malam

Entri kaitan:

1 thought on “Cendol Bakar Kuala Selangor Terbaik”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *