free
web stats

Cara Untuk Mendapatkan Trafik Bagi Blog

Bila saya lihat satu persatu blog melayu yang ada di alam maya ini tersungkur layu kerana gagal mendapatkan wang internet, saya sedih. Kesian melihat mereka kerana gagal mendapatkan panduan yang secukupnya daripada senior-senior yang sudah lama berjaya.

Saya akui ada di antara senior-senior tersebut yang baik hati berkongsi rahsia kejayaan masing-masing dengan pembaca, malangnya tidak ramai yang memberikan tips berdasarkan pengalaman sendiri. Kebanyakannya hanya memberikan tips mudah yang tidak banyak membantu pemblog baharu.

trafik
trafik

Bertitik-tolak daripada itu, saya dengan serendah hati telah mengambil inisiatif sendiri dengan mencatat segala rahsia trafik yang saya amalkan selama ini untuk dijadikan panduan kepada pembaca yang berminat mengetahuinya. Semoga ianya bermanfaat.

1. Buat artikel mengenai gosip
Saya rasa semua dah tahu, blog yang bercerita mengenai artis dan gosip merupakan blog nombor 1 di Malaysia. Apa ironinya itu? Rakyat kita memang inginkan cerita hiburan sahaja! Oleh itu perbanyakkan artikel gosip. Kalau anda tidak suka menyebarkan aib artis, anda boleh menukarkannya kepada entri perkahwinan artis, pra perkahwinan artis, cerita artis mendapat anak, artis bertudung, berita artis meninggal, filem dan lirik lagu terbaru artis kegemaran anda.

2. Review filem dan drama
Pastikan anda ringan tulang untuk menulis drama terbaharu yang sedang atau akan muncul di kaca tv. Kecilkan skop review tersebut kepada drama di TV3 dan TV9 kerana realitinya tidak semua rakyat Malaysia mempunyai Astro. Untuk pengetahuan anda, slot-slot yang ada di TV3 sebenarnya banyak menyumbang kepada limpahan trafik organik sesebuah blog berikutan jumlah cariannya yang sangat tinggi.

3. Info yang menarik
Selitkan info yang menarik dalam blog anda seperti keputusan perlawanan bolasepak luar dan tempatan, live streaming, acara sukan yang sedang dan akan berlangsung, maklumat umum semasa dan berita hangat.

4. Jangka kata kunci yang mungkin akan menjadi ‘hot keywords’
Menulis blog sama seperti putaran roda, kalau pun tidak hari ini, mungkin besok lusa ianya akan menjadi topik carian. Persiapkan diri anda dengan hot keywords yang mungkin dan akan dicari oleh pengguna, contohnya keywords di bawah.

Awal tahun

  1. Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4
  2. Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  3. Semakan keputusan SPM
  4. Semakan keputusan STPM

Pertengahan tahun

  1. Muet
  2. Keputusan kemasukan ke IPTA & IPTS
  3. Kertas julai SPM
  4. Hala tuju pelajar selepas peperiksaan

Hujung tahun

  1. Kertas ramalan UPSR, PMR, SPM & STPM
  2. Tips untuk lulus peperiksaan
  3. Doa-doa untuk lulus peperiksaan dan persiapannya
  4. Borang UPU
  5. Semakan keputusan UPSR & PMR

Sebulan sebelum hari raya

  1. Perkara yang membatalkan puasa
  2. Cara mandi sunat hari raya
  3. Cara solat sunat hari raya
  4. Kombinasi kata kunci dengan perkataan panas.

Jangan hadkan kreativiti menulis anda disebabkan status blog anda yang bersifat personal. Selitkan kata-kata kunci yang hangat seperti cerita dan nama artis, resipi, informasi dan berita semasa dalam setiap artikel peribadi anda. Atau sekurang-kurangnya bergurau kepada pembaca dengan menggunakan kombinasi kata kunci panas, contohnya menyamakan baju yang anda sedang pakai dengan baju milik Fasha Sandha dalam salah satu drama atau filem lakonannya. Lebih kreatif dan pelbagai cerita anda, lebih baik kesannya kepada blog.

6. Tulis sesuatu yang baru
Menulis blog sama seperti menjalankan sebuah perniagaan, perlukan inovasi yang berterusan. Untuk menjadi pemblog yang sukar dilupai, anda perlulah belajar untuk menulis artikel yang betul-betul membunuh, kreatif dan kedengaran sedikit kontroversi.

7. Blogwalking
Selalu benar saya tekankan perkataan ini kepada pemblog, blogwalking… blogwalking… jangan malas. Tidak ada satu pun blog yang duduk menanti pengunjung (kecuali yang tahu mendapatkan trafik dengan menulis entri SEO). Apa lagi kalau anda orang kebanyakan seperti saya. Kembangkan network dan tambah lebih ramai rakan terlebih dahulu sebelum berdiri di kaki sendiri. Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai pengunjung sekiranya Pagerank dan SEO anda tidak ke mana.

8. Beri komen yang membina di blog lain
Komen yang menarik dan lantang selalunya akan menarik perhatian pemblog lain kepada anda. Kurangkan komentar pendek yang menampakkan kamu hanya berniat meninggalkan jejak ke dalam blog orang lain. Sesuaikan komen dengan isi yang sedang diulas. Ianya bukan sahaja menunjukkan kredibiliti anda sebagai penulis, juga menunjukkan betapa berminatnya anda dengan tulisan tersebut, seterusnya memperbaiki hubungan anda dengan pemblog.

9. Kukuhkan nama blog anda
Salah satu cara efektif untuk memperkukuhkan jenama blog anda ialah dengan menjadi guest blogger dan mengadakan promosi yang berterusan. Jangan malu menyebarkan nama blog anda kepada web lain untuk dikenali seperti mana yang pernah dilakukan oleh pemblog terkenal Beautifulnara beberapa tahun dahulu. Bunyinya seperti terdesak untuk mendapatkan trafik, tapi percayalah ianya memang cukup berkesan untuk jangka masa panjang.

10. Menulis artikel menarik
Apa itu artikel menarik? Artikel menarik tidak hanya bermaksud info dan hiburan, ianya mencakupi hal yang cukup luas. Kadang-kadang kisah kehidupan anda juga bisa membuatkan orang terpesona. Pada saya artikel menarik ialah sebuah cerita unik dengan adunan penulisan yang cukup baik. Apa lagi bila ianya sesuatu yang jarang dibaca dan terfikir oleh pembaca.

11. Tulis, tulis dan terus tulis
Bila semua langkah di atas telah anda ambil, teruskanlah menulis kerana pada tahap ini, pembaca setia anda tidak akan mempertikaikan apa jua artikel yang anda tulis. Walaupun tulisan tersebut hanya sekadar memberitahu talian internet anda bermasalah.

5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi

Dunia blogging memang seronok kalau kita bijak gunakan platform sedia ada ni untuk berkongsi maklumat berguna pada para pembaca. Pembaca blog zaman sekarang bukan macam pembaca dulu, zaman sekarang semua dah “demand”. Kita kena bijak atur strategi blogging kita sendiri.

Blogger kejar trafik, blogger manipulasi entri seks panas untuk dapatkan trafik yang tinggi dan macam-macam lagi cara yang kita dengar selama ni. Sebenarnya, perkara macam ni terpulang pada individu blogger tu sendiri. Kalau dia rasa selesa gunakan “keyword panas” untuk dapatkan trafik, itu hak dia. Tanggunglah sendiri akibatnya nanti. hehehehe! Malas nak komen. Sensitif isu macam ni.

tulis blog
tulis blog

Tapi, jangan risau. Kali ni saya tak nak bagi tips seo yang panas-panas. Saya cuma nak bagi tips blogging mudah saja, macam mana nak pikat pembaca blog untuk datang baca entri diblog kita. Mesti ada strategi pikat memikat ni. hohohoho!!!! Entri ringkas, Tips Blogging: 5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi saya hadiahkan untuk korang semua! Ideanya mudah, nak tulis entri, tulislah entri yang memudahkan pembaca membaca entri tersebut dan solusi masalah yang mereka cari, mereka dapat selesaikan setelah membaca entri. Itu saja kuncinya.

5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi

1. Senarai tips Berguna

Selain penulis blog, saya juga merupakan pembaca blog. Jadi, saya memang tahu sangat yang ini. Pembaca lebih suka dan mudah tertarik dengan jenis entri yang berunsurkan Senarai tips, contohnya 10 tips diet paling mudah, 10 tips memujuk kekasih hati dan macam-macam lagi. Senang je, saya pasti korang teror bab ni!

2. Senarai Popular atau Terbaik

Ini sebenarnya lebih kurang dengan yang jenis entri yang saya sebutkan di atas, cuma bezanya hanyalah korang cuba senaraikan fakta atau maklumat yang betul-betul POPULAR. contoh, 5 senarai pelakon PALING POPULAR tetapi lakonan hampeh. hahahaha!!! Ok, ini contoh jelah. Janganlah emo. Cuma, kata kuncinya ialah masukkan saja keyword POPULAR! Siap, tunggu saja trafik masuk 😛

3. Entri berunsurkan nasihat berguna

Ok, ini pun salah 1 jenis entri yang paling mendapat sambutan diblog Lizarazak ni. Ideanya, kita cuba sampaikan maklumat berguna atau nasihat yang positif pada pembaca. Tak kiralah nasihat tu berunsurkan agama atau mungkin hal kehidupan seharian kita. Fikirkan sekarang!

4. Entri berunsurkan soalan pada pembaca

Ini trick paling simple tapi berkesan. hehehehe!! Ok, senang je. Korang cuma perlu fikirkan 1 contoh bentuk permasalahan semasa yang tengah hot waktu sekarang dan cuba hasilka 1 bentuk soalan atau pertanyaan yang boleh buat pembaca blog teruja nak datang baca entri tersebut dan pastikan soalan tu tidak terlalu sensitiflah. Nanti, kalau terlalu sensitif payah juga. Boleh buat gaduh. Ini kena belajar. heh!!

5. Entri berunsurkan perdebatan

Ini adalah 1 jenis entri yang perlukan risiko agak tinggi. Masih ingat tak, 1 ketika dulu saya pernah kena “bambu” dengan segelintir pembaca gara-gara entri Bantahan terhadap Drama Tahajjud Cinta. Tapi Makin Ramai Yang Teruja Tengok? Itu contoh entri berunsurkan perdebatan. Memang best sebab entri pasal Tahajjud Cinta ni antara sumber Trafik Organik untuk blog saya. Saya ada tulis entri Keyword Tahajjud Cinta Penyumbang Trafik Organik Terbanyak ni tapi ada risikolah. Kalau berani, cubalah.hehehehe!

Rasanya cukuplah saya beri 5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi ni dulu. Nanti kalau rajin, saya buat entri tips blogging ya. Kalau ada yang sudi nak tambah tips, kongsilah di bahagian komen nanti. Terima kasih dan selamat mencuba!

Entri kaitan:
5 perkara wajib difahami tentang blog khas untuk blogger baru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *