free
web stats

Cara Untuk Clearkan Nama Penjamin Yang Blacklist di MARA

Sudah dekat tiga minggu aku ada terima reminder yang bertubi-tubi dari agen pemungut hutang MARA. Pada aku, memang rasa macam seorang banduan yang lolos dari penjara dan diburu oleh polis.

Bila tidur malam aku pun rasa tak lena, makan semakin bertambah, dan aku jadi semakin malas untuk pergi mandi. Semua gara-gara bila aku dapat tahu bahawa nama aku dan penjamin aku sudah Blacklist di MARA.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Jelaskan Nama Penjamin Dari Blacklist Oleh MARA

Pada mulanya, aku memang bimbang dan tidak tahu bagaimana cara untuk mengeluarkan nama penjamin yang blacklist di MARA. Walaupun nama aku sudah blacklist di MARA, tetapi aku sebenarnya tidak kisah kalau cuma nama aku sendiri yang blacklist.

Biarlah aku tidak dapat pergi ke luar negara pun aku tak kisah banyak sangat. Sebab aku takut naik kapal terbang dan aku tak pernah berkunjung ke luar negara pun.

MARA
MARA

 

Tidak Ingin Berimplikasi Dengan Orang Lain

Tapi disebabkan dulu bila saya buat pinjaman dengan MARA, pakcik aku yang sukarela untuk jadi penjamin saya. Bila yang terbabit sama adalah pakcik aku, aku rasa agak tidak selesa di mana pak cik aku yang tidak bersalah itu pun jadi blacklist.

Dengan itu aku terus bersemangat waja untuk selesaikan masalah yang terpendam ni. Aku tak nak disebabkan oleh masalah ni, yang boleh mengakibatkan aku akan bermasam muka dengan pakcik aku.

Aku tak nak disebabkan masalah ni, mendatangkan masalah pada pakcik aku dan keluarganya di kemudian hari. Aku tak nak disebabkan masalah ni, dia mula kemurungan, mendiamkan diri dalam bilik tak keluar-keluar, dan mula dijangkiti sawan.

Jadi, aku pun berunding dengan agen pemungut hutang tu macam mana cara untuk selesaikan masalah wang yang saya hutang tu. selepas perbincangan yang terbuka, baru saya dapati bahawa caranya bukan susah sangat tetapi semudah ABC.

1/3 Daripada Jumlah Hutang Perlu Diselesaikan Dulu

Cara untuk clearkan nama penjamin dari Label Blacklist tu senang saja. Kalau anda nak clearkan satu nama, anda  kena bayar 1/3 daripada jumlah penuh hutang yang tertunggak dengan pinjaman MARA tu. Apa itu 1/3? Ia adalah jumlah bilangan wang yang terlibat dalam hal pinjaman MARA yang anda hutang itu. Termasuk anda sekali.

Contoh:

1 – Aku
2 – Penjamin pertama
3 – Penjamin kedua

Jadi, kiraan dia berdasarkan berapa ramai yang terlibat dalam pinjaman MARA untuk anda itu. Aku tak pasti kalau anda hanya ada satu penjamin atau dua macam aku. Kalau satu penjamin, maknanya anda kena selesaikan 1/2 dari jumlah tunggakan kalau tak salah aku lah. Ok, jom tengok contoh pengiraan yang diberikan oleh agen itu dan tengok macam mana keadaannya.

Contoh :-

1/3 dari RM 12,000 = RM 4,000

Jadi anda perlu buat bayaran sekurang-kurangnya RM4,000 untuk wang yang anda hutang itu. Dan bayaran ni perlu lah dibuat di pejabat polis Bukit Aman.

Anda boleh serahkan diri sekali sebab tak bayar hutang. Hahaha. Aku bergurau kasar saja tu. Apa yang peru anda buat adalah anda kena bayar balik kepada MARA. Lepas bayaran sudah dibuat, pastikan anda dapatkan hitam putih untuk perlepasan nama yang blacklist tu.

Jadi, bila anda sudah bayar jumlah tu, maknanya anda sudah berjaya dengan membebaskan nama salah seorang penjamin anda itu dari blacklist dengan penuh bergaya.

Macam apa yang aku lakukan, aku tetap akan memperagakan gaya yang sangat berkualiti dan Stylo sekali lepas berjaya keluarkan nama penjamin dari keadaan blacklist walaupun hakikatnya nama aku masih dalam senarai blacklist. Bukan seronok sangat sebenarnya.

Jadi, kepada anda semua yang masih ada hutang dengan MARA tu, perlu anda ambil keberatan untuk membayar hutang balik dan jangan biarkan ianya tertunggak sampai nama anda kena blacklist.

Kalau cuma nama anda yang kena blacklist dan ia tidak melibatkan orang lain maka tak jadi masalah. Kalau ia melibatkan orang lain, tak pasal-pasal anda sudah ditanda sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Tak guna berwajah kacak separa Pan Asia macam aku ni kalau tak ada sifat bertanggungjawab.

Tapi walaubagaimanapun, sebagai seorang yang bersiuman, jika ada hutang memanglah perlu kita selesaikan dengan penuh hati yang bertanggungjawab. Dari sebaliknya, jika ada orang yang berhutang kepada kita, juga kita harap mereka akan bayar balik kepada kita tepat pada masa dan bukan selalu memberi banyak alasan tidak nak bayar balik.

Apa yang jadi teruk lagi, walaupun kawan karib atau saudara mara yang rapat, biar pun ibu bapa atau adik beradik, jika ada hal hutang yang terjadi antara satu sama lain dan satu pihak tidak patut pada janji untuk bayar balik pinjaman wang mereka, maka hubungan mereka akan jadik teruk dan semua ni bukan sesuatu yang baik untuk sesiapa pun.

Baca juga: Mohon Bantuan AKPK – Susun Semula Hutang Anda

2 thoughts on “Cara Untuk Clearkan Nama Penjamin Yang Blacklist di MARA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *