free
web stats

Cara Semak Baki Akaun CIMB Online

Kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang tips dan cara untuk semak baki akaun anda di bank CIMB.

Kepada anda yang baru membuka akaun bank, anda tidak boleh terus untuk membuat semakan baki duit secara online melainkan anda membuat pendaftaran dengan bank tersebut terlebih dahulu.

Buat Pendaftaran Dengan Bank CIMB

Membuat pendaftaran untuk CIMB online account ini agak mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan pertamanya anda perlu ke mesin ATM untuk masukkan nombor telefon bimbit anda dan sahkan, kemudian baru anda boleh membuat pendaftaran online.

Lepas anda sahkan nombor telefon bimbit di mesin ATM, terdapat satu code yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda untuk disahkan sekali lagi. Lepas anda sahkan, kemudian anda sudah boleh login dengan akaun CIMB anda.

Tentang cara bagaimana mendaftar akaun CIMB online saya tidak dapat kongsikan selengkapnya kecuali secara ringkas seperti yang telah saya terangkan dalam perenggan di atas.

Bagi memudahkan lagi proses pendaftaran anda, saya nasihatkan agar anda daftar terus di cawangan CIMB tempat anda buka akaun.

Sebab di sana ada disediakan komputer untuk pelanggan daftar secara online. Selalunya selepas pelanggan baru buka akaun pihak bank akan suruh mereka daftar terus online bank in.

Tetapi kepada anda yang ter’skip’ atau terlepas pandang oleh pihak bank, sila minta bantuan dari staff mereka untuk melakukan pendaftaran.

Ok, sekarang mari kita kembali kepada tajuk asal iaitu cara semak baki akaun CIMB online. Melalui tutorial ini saya anggap anda sudah pun selesai mendaftar akaun dan sudah boleh login tanpa masalah. Ikut langkah di bawah berikut untuk melakukan semakan.

Langkah-langkah dan Cara Semak Baki Akaun CIMB Online

Langkah 1:

Pergi ke Google.Com dan search dengan menggunakan kata kunci “CIMBClicks”. Selalunya bila anda taip di ruangan kosong kotak carian ia secara automatiknya ia akan terus membawa anda ke laman keputusan carian.

Selepas ia keluar, boleh anda klik dengan kata kunci yang berkenaan. Kemudian klik link CIMB supaya ia bawa anda ke laman CIMB.

Jika anda tidak mahu buat sebarang search, boleh anda terus klik pautan yang pantas ini: https://www.cimbclicks.com.my/.

Boleh anda rujuk ke gambar di bawah untuk cara search kata kunci itu.

cimb to click

Langkah 2:

Sekarang sepatutnya anda sudah berada di halaman web CIMB Malaysia. Sekiranya masih belum, mungkin anda sedang alami kelambatan internet. Di halaman CIMB, untuk login akaun anda sila klik butang “Login” yang berwarna merah di sebelah kanan atas seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ini:

cimb 2

Langkah 3:

Lepas tu, anda akan dibawa ke halaman seperti yang ditunjukkan. Di sini boleh anda masukkan Username/ID anda. Pastikan anda ingat ini dengan betul. Jika tidak, anda tidak anda dapat login. Dan jika cuba dengan terlalu banyak kali, akaun anda mungkin akan kena tanggung pula.

cimb 3

Langkah 4:

Masukkan katalalauan anda. Pastikan ianya katalaluan yang betul, jika tidak lihat ‘secureword’ gambar di atas kotak katalaluan untuk anda refresh kembalikan ingatan anda.

cimb 4

Langkah 5:

Sekiranya Username dan Katalaluan anda sepadan seperti dalam maklumat yang telah anda daftarkan, maka anda akan berjaya ke halaman akaun CIMB anda. Di muka pertama akaun CIMB anda itu juga dipaparkan baki akaun semasa anda.

Namun sekiranya anda mempunyai lebih dari satu akaun maka baki yang dipaparkan hanyalah daripada akaun UTAMA anda. Untuk melihat baki kesemua akaun-akaun CIMB anda sila klik pada bar pilihan: My Accounts > View All Accounts.

cara semak baki akaun cimb

Langkah 6:

Di halaman ini akan memaparkan kesemua akaun anda beserta rekod transaksi. Pilih mana-mana akaun yang ada untuk melihat butiran dan sejarah transaksi keluar masuk wang beserta baki terkini.

Setelah anda berpuas hati melihat baki akaun anda, melalui akaun CIMB Clikcs anda juga boleh melakukan pembayaran bil, topup kredit telefon tanpa perlu pergi ke kaunter yang berkenaan. Semua jadi agak mudah bukan?

Perlu anda ketahui juga bahawa CIMB Clikcs seringkali melakukan pembaikpulihan sistem mereka setiap hari sekitar pukul 11.45 malam sehingga 12.45 pagi. Jadi dalam masa itu anda tidak akan dapat login akaun anda, nasihat admin sekiranya anda ingin melakukan apap-apa transaksi online sila buat sebelum atau selepas masa berkenaan.

Setakat ini dahulu tips serta tutorial mengenai cara semak baki akaun CIMB Online. Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda.

Rujukan Video Untuk Bantu Anda

Sekiranya perkataan tidak dapat jelaskan macam mana semak baki dengan baik, boleh juga anda rujuk ke video yang disediakan oleh CIMB Bank yang menunjukkan anda dengan teliti macam mana untuk menyemak baki akaun anda.

Entri kaitan:

1 thought on “Cara Semak Baki Akaun CIMB Online”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *