kad kredit

Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Betul

Sebut sahaja tentang kad kredit.. hehe, sejujurnya aku sendiri tidak pernah menggunakan kad kredit, dan pada masa hadapan aku tidak bercadang menggunakan kad kredit. Aku tidak mahu menggunakan kad kredit bukan kerana aku anti kad kredit, aku tahu banyak kelebihan kad kredit ini dengan syarat menggunakan dengan beretika dan tidak membazir. Buat masa sekarang aku hanya menggunakan kad debit Maybank dan Public Bank.

kad kredit
kad kredit

Jadi, tak pernah guna kad kredit macamana aku hendak terangkan kepada anda tentang cara penggunaan kad kredit dengan betul? Walaupun aku tak pernah guna kad kredit, tetapi aku mendapat tahu melalui pembacaan aku. Jadi aku kongsikan melalui blog aku kerana kad kredit ini juga berkaitan dengan program jana wang online terutamanya Paypal dan juga membeli belah secara online.

Ok, menurut fakta daripada Bank Negara Malaysia, sebanyak 25% daripada pengguna kad kredit di Malaysia telah diisytiharkan bankrup aka muflis. Hrm.. jumlah yang agak banyak di situ iaitu 1/4 atau 1 nisbah 4 (1:4), ini bermakna setiap 4 orang pengguna kad kredit di Malaysia, 1 daripada mereka diisytiharkan muflis. Adakah anda salah seorangnya? Harap-harap tidaklah.. baiklah, sekarang mari kita pelajari bagaimana mengguna Kad Kredit dengan betul supaya kita dapat elakkan daripada bayang-bayang muflis. Teruk juga muflis, harta disita hidup merana.

Melalui artikel ini aku senaraikan beberapa tips dan cara-cara penggunaan kad kredit yang betul, mudah-mudahan dapat menjadi panduan untuk anda dan juga aku pada masa hadapan:

1. Apa itu kad kredit dan bagaimana ia berfungsi?

Sebuah kad plastik keras yang mempunyai cip khas di dalamnya berfungsi membenarkan penama atau pengguna yang memilikinya berbelanja sehingga mencapai satu tahap atau had tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak institusi kewangan. Pada setiap akhir atau awal bulan, akan dihantar penyata perbelanjaan kepada anda. Maka boleh la anda menghitung samada untuk membayarnya dengan kadar penuh atau sekurang-kurangnya minima 5%. Itulah perihal kad kredit.

2. Apa itu ’statement date’ dan ‘due date’ untuk kad kredit?

Kebiasaannya kadar tempoh “statement date” ke due date adalah 20 hari daripada 30 hari sebulan. Baki 10 hari pula dikenali sebagai ‘cooling period’. Perlu diingatkan bahawa penggunaan yang berkesan dan menguntungkan anda adalah penggunaan ketika atau dalam tempoh statement date ke due date. Biasanya kadar faedah dalam tempoh ini adalah 0%. HARAM sekali-kali menggunakan kad kredit anda dalam tempoh cooling period kerana kadar faedah akan dikenakan kepada anda dalam tempoh ini. Berapa % kadar faedah itu? Tak banyak 1.5% sahaja daripada baki hutang anda sehingga jumlah keseluruhan hutang diselesaikan. Itu belum lagi termasuk caj yuran tahunan. Faedah tersebut termasuk dalam kategori riba yang diharamkan Islam. Anda wajib elakkan!

3. Penggunaan kad kredit lebih daripada satu.

Penggunaan kad kredit lebih daripada satu ada banyak kelebihannya jika kena cara. Sebagai contoh anda menggunakan 6 kad kredit, jadi anda perlu bahagikan mengikut kegunaan:

  • Kad kegunaan harian – Gunakan hanya 2 kad kredit (kad A & kad B) sahaja mengikut tarikh penyata kad tersebut.
  • Kad keluaran tunai – Gunakan 2 kad kredit (kad C & kad D) yang berlainan sebagai ’standby’ khusus untuk pengeluaran tunai pada waktu kecemasan (urgent case).
  • Kad yang dipindah baki – Lain-lain kad yang selebihnya ( kad E,F,G,H-terpulanglah kepada anda dan mesti lebih dari kad kegunaan harian) digunakan untuk kemudahan baki dipindahkan atau balance transfer.

Demikian 3 tips dan cara penggunaan kad kredit yang betul dapat aku kongsikan. Bagaimana? Susah atau mudah untuk dipraktikkan? Saya ingatkan sekali lagi agar anda menggunakan kad kredit dengan bijak jangan berbelanja sesuka hati dengan kad kredit. Anda sendiri tahu akibatnya sekiranya menggunakan kad kredit tanpa had, bila terima penyata bulanan nanti mulalah hendak mengelabah. Berhati-hati menggunakannya.. pesanan buat diri aku juga.

Aku harap perkongsian aku kali ini dapat memberi manfaat kepada pembaca aku sekalian. Sekian, wassalam.

PS: Jangan kira nak “swap” kad saja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *