free
web stats

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Rasa berdosa sangat bila biarkan badan kita dikepam sampai jadi bulat. Dulu badan saya sangat kurus saja, tetapi sekarang badan dah naik berkilo-kilo. Inilah padah mukanya bila tak jaga diet dan makan saya. Sekarang ni saya rasa dah sampai masanya untuk cari cara pantas untuk menurunkan berat badan saya.

Kurus Demi Kesihatan

Selain nak kelihatan cantik, saya sebenarnya perlu kurus balik untuk rasa lebih sihat. Kita tuan untuk badan kita sendiri, jadi haruslah faham apa keperluan badan kita sendiri kan? Lagipun, bila baca dekat laporan akhbar pasal masalah obesiti, memang saya rasa sangat menakut nanti satu hari saya pun kena macam ni.

Memanglah saya tak pernah mengalami sebarangan masalah obesiti tapi kalau teruskan makan macam esok nak kiamat, tak mustahil juga saya pun akan termasuk dalam senarai rakyat Malaysia yang obesiti!

Banyak produk palsu untuk kurus di pasaran

Di pasaran, saya dapat tengok sekarang terdapat terlalu banyak produk-produk yang menjanjikan kita dengan janji macam-macam saja. Kononnya makan produk A, badan kita boleh kurus semula. Ada pula yang kata kalau makan produk B, kita dapat pakej kurus dan tegang. Yucks! Dengar iklan pun dah naik meluat.

Bukan saya tak nak cuba produk-produk yang dijual ni, tapi masih belum ada kekuatan nak cuba. Risau juga kalau ada kesan sampingan. Sebab itu saya lebih suka ikut teknik-teknik nak turunkan berat badan yang pernah dipraktikkan oleh kawan-kawan saya dulu.

Guna Tali Skipping

Antaranya, ada kawan saya yang gunakan tali skipping untuk turunkan berat badan beliau. Setiap hari, beliau akan peruntukkan masa sikit untuk senaman tu. Boleh tahan juga tapi lecehlah sebab bila saya buat, bergegar 1 rumah.

Guna Teknik Diet Ekstrem

Ada pula orang yang guna teknik diet ekstrem. Mereka tahan perut dengan cuma makan 1 kali saja untuk sehari. Itupun, cuma dibenarkan makan sayur-sayuran saja. Rasa banyak susah bagi saya. Mana boleh tak makan nasi, nanti badan menggigil kurang karbohidrat.

jadi badan kurus
jadi badan kurus

Akhirnya, lepas saya cari dan terus mencari dekat internet. Saya terjumpa satu cara yang pantas untuk menurunkan berat badan dengan jayanya. Selepas saya tengok testimonial, saya rasa tak salah kalau saya cuba cara ini. Mana tahu, berjaya!

Jadi, katakanlah anda pun sama macam saya. Tengah fikir macam mana cara pantas nak turunkan berat badan, bolehlah dapatkan maklumat di sini.

Tapi, saya ingatkan awal-awal. Janganlah bersemangat separuh jalan saja. Kita kena turunkan berat badan untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, cuma badan yang sihat baru boleh kita hidup dengan senang, betul?

Saya Nak Kurus Punya Pasal

Saya nak kurus sampai saya tabik dengan usaha mereka yang nak kurus ni. Ok, ini bukan entry nak perli siapa-siapa ya. Tak ada maksud apa-apa.

nak kurus

Alang-alang saya ada keinginan nak kuruskan badan sikit ni. Taklah gempal mana tapi apa salahnya nak kuruskan badan untuk kesihatan. Kan? Badan sendiri, kena jaga dengan baik-baik. Bila berat badan naik sikit, banyak penyakit akan datang.

Perlu Bersenam Selalu

Kita manusia mestilah selalu bergerak dan bersenam adalah penting demi kesihatan badan kita. Tapi cakap senang, buat susah sangat. Selalu balik dari kerja sudah rasa penat habis dan tidak ingin nak bergerak langsung.

Saya lebih suka duduk atas sofa dan tengok televisyen, kadang-kadang boleh tengok sampai tidur. Sekarang rasa memang tidak boleh bagi ia terus macam ni. Kenalah usaha sikit bersenam untuk kuruskan badan.

Tips Diet dari Blog Kevin Zahri

Ada  satu blog yang saya jumpa berkenaan tips diet iaitu blog Kevin Zahri yang amat saya teruja. Cantik layout blog ni dengan smart design. Serious, saya suka dengan blog ini sebab kemas.

Tidak sakit mata bagi saya baca artikel-artikel kesihatan yang dipaparkan di dalam blog ini. Ini yang best, sambil-sambil baca artikel-artikel macam mana cara nak kurus saya dapat info baru juga.

Lepas tu saya selak-selak banyak betul ebook yang beliau dah hasilkan. Selama ni saya dengar-dengar saja nama Kevin Zahri ni tapi tak tergerak hati pula nak buka website beliau.

Perlu ke saya terjebak sekali pergi beli ebook-ebook ni ke? Tengoklah macam mana nanti. Taklah mahal sangat. Harga boleh tahan mampu lagi.

Minum Air Lemon Untuk Kurus Badan

Selama bertahun-tahun, terdapat banyak selebriti, blogger, dan jurulatih kesihatan telah mendapat manfaat daripada air lemon untuk kurus badan dan penurunan berat badan mereka. Mereka percaya ia menumpukan metabolisme anda dan mencetuskan penurunan berat badan – terutamanya jika anda minum satu gelas lemon hangat pada waktu pagi.

Apa itu Air Lemon?

Jika anda keliru dengan apa itu air lemon, ia sebenarnya hanyalah jus lemon yang dicampur dengan air. Begitu saja.

Ia boleh diminum secara panas atau suam dan pada amnya tidak tambah sebarangan gula. Semuanya bergantung kepada pilihan peribadi anda sendiri.

air lemon
air lemon

Dalam jangka masa pendek, minum air dengan lemon boleh mengurangkan kembung – ia bertindak sebagai diuretik yang baik dan semulajadi. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kembung dalam jangka masa yang panjang, lebih baik anda memikirkan apa yang menyebabkannya dan menghentikan tabiat tersebut. Antara tabiat yang boleh menyebabkan kembung termasuk makan terlalu cepat, minum melalui jerami, minum minuman berkarbonat, mengambil terlalu banyak garam, dan memakan makanan yang mempunyai banyak gula.

Membantu Pembakaran Lemak Dalam Badan

Minum air lemon panas pada waktu pagi boleh memberi banyak manfaat untuk kesihatan anda. Ia boleh detoksifikasi badan, membakar lemak, membekalkan vitamin C dan antioksidan. Minum jus lemon panas akan meningkatkan sedikit suhu badan, mengaktifkan jenis thermogenesis yang betul untuk memulakan proses pembakaran lemak dalam badan.

Kebaikan Lemon untuk Kurus Badan

Banyak orang telah mendapati bahawa minum air yang bercampur dengan buah-buahan menjadi sebahagian penting dari program penurunan berat badan mereka.

Bagaimanakah air membantu anda mengurangkan berat badan? Kajian telah menunjukkan bahawa air minuman secara semulajadi meningkatkan metabolisme anda, dan minum segelas air lemon panas setiap hari pada waktu pagi menjadi tabiat harian yang sihat bagi ramai orang untuk membantu penurunan berat badan secara keseluruhan.

Cara kuruskan badan dengan lemon dan halia

Sudah tentu anda tahu mengenai klasik diet ini. Ia membantu kita membakar lemak, memperbaiki pencernaan, mencegah pengekalan dan keradangan cecair. Salah satu cara untuk menyediakan resepi ini adalah ambil dua biji lemon dan jadikan jus. Lepas tu, ambil jus itu pergi reneh dengan beberapa biji halia yang dicincang. Sebaik sahaja mendidih, kurangkan haba dan tambah satu liter air dan dua keping kulit lemon. Jika anda menyimpannya dalam botol, maka anda boleh meminumnya sebelum makan buat sepanjang hari. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan, tetapi ingat bahawa mengekalkan diet yang sihat juga penting.

Cara kuruskan badan dengan lemon

Adakah anda tahu bahawa minum teh lemon secara kerap boleh membantu anda mengurangkan berat badan juga? Nah, ini bukan tipu tapi betul-betul boleh jadi! Teh lemon mempunyai banyak manfaat kesihatan, dan ia juga digunakan secara kerap sebagai diet untuk mengurangkan berat badan. Di bawah saya kongsi dengan anda cara buat air lemon untuk diet yang boleh juga anda cuba di rumah.

Penyediaan Teh Lemon yang Biasa:

  • ½ sudu gula
  • 1 sudu teh (serbuk)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 cawan air

Arahan:

  • Masukkan air ke kuali dan rebus.
  • Lepas tu tambah serbuk teh dan biarkan air untuk masak sebentar.
  • Ambil kuali jauhi dari haba dan tambah jus lemon dan gula.
  • Campur sehingga gula dan jus lemon dibubarkan sepenuhnya.
  • Tekan teh ke dalam cawan.
  • Minum apabila teh masih panas.

Menu Diet Artis Korea Yang Confirm Menguruskan

Salam all. Hari ini apabila saya tengah duduk dan browse dengan laptop saya ke hulu ke hilir dengan keywords Menu diet, tiba-tiba boleh pulak tersesat masuk ke dalam salah satu blog Korea. Ingatkan lepas ni bolehlah duduk pasang badan macam artis K-Pop nun. Tapi bila saya tenung-tenungkan balik menu diet yang diamalkan oleh mereka satu demi satu, saya terasa kerdil sangat diri ini lepas tu.

Memang serius punyalah dahsyat bagi semua artis Korea berdiet. Memang jelas tak sesuai dengan selera dan disiplin pencinta lemak seperti saya.

Tak percaya?

Apa kata anda teruskan baca menu diet ala artis Korea yang gigih saya kutip di bawah. Layan sampai lebam okey.

Menu diet Pisang ala Seo In Young

Sarapan Pagi: 1~2 biji pisang berserta 2 gelas air suam
Snek: 1/2 – sebiji pisang yang dimakan ketika merasa lapar
Makan malam: Makanan korea yang dibuat daripada beras dan rempah-rempah / Salad Thai yang mengandungi grapefruit, cherry tomatoes, sotong, udang, dan sayuran hijau.

seo in young
seo in young

Menu diet kalori ala SNSD

Menu diet harian mereka ialah 50g rempah, 5 potong brokoli, 150g nasi merah, 100g dada ayam.

Tapi ada kawan yang beritahu saya bahawa SNSD tak pernah amalkan diet. Mereka hanya berdiet sebelum menjadi artis dan sekarang mereka makan sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tapi, disebabkan mereka ni banyak berlari atas pentas, itu yang menjadikan mereka semua nampak kurus sangat. Selain daripada itu, kawan saya kata mereka juga sangat rajin pergi gym.

Menu diet Danish ala KARA Nicole

Mula-mula saya pun rasa pelik juga, apalah yang dimaksudkan dengan Danish tu (Nora Danish?). Last-last baru tahu, nama menu diet ni diambil sempena diet yang dilakukan di Royal Danish Hospital. Menurut Nicole, menu diet ini sangat berkesan menghilangkan 3 kg lemak dalam masa dua minggu sahaja kerana ianya lebih fokus kepada pengambilan protein haiwan yang tinggi dan mengurangkan makanan berkalori tinggi.

Cukuplah kot dengan 3 menu diet yang diamalkan oleh 3 artis Korea yang berlainan di atas. Kalau rasa-rasa nak lebih, tanya sama pakcik Google. Tulis panjang-panjang pun bukannya korang nak baca. Ya dak.

Oh ye dekat bawah ni saya sertakan sekali Menu Diet ala saya sendiri. Sebagai pedoman buat kamu yang tercari-cari menu diet yang sesuai. Manalah tahu kot-kot korang lebih suka dengan menu diet saya banding dengan menu diet artis Korea yang menyeksakan tu.

Menu Diet yang saya amalkan

  • Pagi: Mee goreng ayam or sometimes mee hailam
  • Makan Tengah hari: rendang daging, secawan sup cendawan, buah-buahan, masakan kampung
  • Minum Petang: pancake kacang bersama segelas susu rendah lemak
  • Makan Malam: sepinggan kecil nasi, jus tomato, sayur tumis, ayam masak merah
  • Supper: Bubur ayam McD

Artikel berkaitan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *