free
web stats

Cara Padam Akaun Facebook

Pengguna Facebook terus berkembang dari tahun ke tahun tetapi pada masa yang sama, ada juga pengguna yang tidak lagi gembira dengan platform tersebut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk memadamkan akaun mereka buat selama-lamanya.

Ada orang yang padamkan akaun Facebook mereka sebab mereka rasa tidak selamat dengan platform ini. Ada kawan saya yang katakan bahawa Facebook tidak mendengar apa yang diadu oleh pengguna kerana mereka tidak ingin nak pedulikan.

Di samping itu, Facebook tahu terlalu banyak maklumat peribadi tentang anda. Mereka boleh membuat anda percaya bahawa mereka sedang mendengar perbualan peribadi anda. Mereka mempunyai begitu banyak data tentang anda yang mereka boleh menghantar iklan yang mempunyai kaitan yang tidak wajar dengan apa yang berlaku di dunia nyata.

Pastikan Langkah Yang Sewajar Diambil

Mana-mana pengguna memang adalah bebas untuk berbuat demikian. Tetapi apa yang perlu anda tahu adalah anda perlu belajar dengan langkah-langkah yang sewajarnya untuk padamkan akaun Facebook anda untuk memastikan bahawa semua maklumat anda benar-benar dipadam dari laman web Facebook.

padam akaun facebook
padam akaun facebook

Dua Pilihan Yang Ada

Facebook menawarkan penggunanya dua pilihan berkenaan dengan akaun peribadi mereka. Mereka boleh sama ada hendak menyahaktifkan akaun mereka atau memadamnya selama-lamanya.

Menyahaktifkan akaun bermakna anda masih boleh mengembalikannya pada masa lain manakala memadam akaun bermakna segala-galanya yang pernah anda lampirkan dan simpan pada profil anda termasuk gambar akan dikeluarkan daripada laman web Facebook selama-lamanya.

Process Memadam Ambil Masa 90 Hari

Untuk makluman anda, walaubagaimanapun, proses untuk padam akaun Facebook akan mengambil masa sebanyak 90 hari sebelum akaun anda akan betul-betul dikeluarkan dari Facebook dengan sepenuhnya.

Ketika proses ini sedang dijalankan, maklumat anda tidak lagi boleh diakses oleh rakan anda atau orang lain yang menggunakan platform Facebook.

Bagaimana Padam Akaun Facebook Anda?

Ok, jadi bagaimana sebenarnya nak padam akaun di Facebook nie? Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum anda memadam profil Facebook peribadi anda adalah dengan menyimpan data anda terlebih dahulu.

Jika anda merupakan pengguna Facebook yang telah menggunakan platform untuk selama bertahun-tahun, maka ia akan mengambil masa yang lama untuk anda menyimpan kesemuaan maklumat secara manual dengan simpan satu demi satu dari semua data yang disimpan di laman profil Facebook anda.

Sebenarnya anda tidak perlu pun untuk melakukan proses penyimpanan manual sebegini, kerana Facebook mempunyai fungsi khas simpanan yang menjadikannya lebih mudah untuk anda menyimpan semua data anda.

Cara Untuk Simpan dan Muat Turun Semua Data Anda

Caranya, pada halaman profil anda, klik pada anak panah yang kecil ke bawah (terletak di sebelah kanan atas) dan pilih Tetapan (Settings).

Di halaman Tetapan Akaun Am (General Account Setting) anda, anda akan lihat di bawah link mengatakan “Muat turun salinan data Facebook anda” (Download a copy of your Facebook data).

Klik pautan ini untuk mengambil semua maklumat anda dan kemudian simpan dalam komputer anda atau peranti mudah alih.

Ini akan menjadi sandaran atau backup memandangkan anda tidak lagi akan mempunyai akses kepada maklumat itu selepas anda memadam akaun Facebook anda.

Macam Mana Jika Cuma Sedikit Maklumat Yang Diperlukan

Namun, sekiranya anda hanya mahu menyimpan sedikit atau beberapa maklumat sahaja, anda boleh lakukannya secara manual dengan menyimpannya dalam dokumen atau fail Microsoft Word.

Manakala untuk foto dan video, anda boleh memuat turunnya dengan mengklik pautan Muat Turun (Download) di bahagian bawah setiap gambar dan video. Ikut arahan untuk memulakan muat turun.

Cara Padam Komen

Anda juga mungkin ingin memadam secara manual tindakan masa lalu anda atau sejarah seperti komen yang anda pernah hantar bagi memastikan ianya tiada dengan segera memandangkan Facebook akan memproses pemadaman akaun anda yang boleh mengambil masa sehingga dua minggu. Caranya, anda boleh melakukan ini melalui Aktiviti Log.

Sekali lagi, klik anak panah kecil ke bawah ke kanan atas halaman kemudian pilih Log Aktiviti dari menu ‘drop down’.

Pada kolum sebelah kiri, anda boleh memilih daripada senarai post yang anda mahu keluarkan seperti post umum, post yang ditandakan atau ditag nama anda, post oleh orang lain dan post anda yang tersembunyi.

Kemudian hapuskan secara manual mana-mana post yang anda ingin dikeluarkan.

Untuk memadam post, hanya klik pada ikon pensil kecil di sebelah kanan setiap pos dan pilih Padam. Lakukan perkara yang sama untuk gambar dan komen anda.

Jika anda, tidak mahu melalui langkah-langkah di atas dan ingin segera memadam akaun anda, anda perlu pergi ke pautan atau URL ini: https://www.facebook.com/help/delete_account.

Ini adalah satu cara penghapusan akaun Facebook yang anda sendiri perlu isikan untuk memaklumkan kepada pentadbir (administrators) bahawa anda ingin memadam akaun anda secara kekal.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *