free
web stats

Cara Nak Dapatkan Flight Tiket Murah

Bagaimana cara nak dapatkan tiket filght murah? Ketahui 7 tips tempah tiket flight murah melalui perkongsian artikel di bawah.

Adakah anda sedang merancang untuk membawa keluarga anda bercuti (samada dalam negara atau luar negara) tetapi pada masa yang sama juga berkira-kira mahukan kos penerbangan yang berpatutan dengan bajet anda? Ini bermakna secara tidak langsung anda merancang untuk menjadikannya percutian bajet memandangkan anda mahu mengurangkan kos dan berjimat sebaik mungkin.

flight tiket murah

flight tiket murah

Semua orang berebut-rebut ingin mendapatkan tawaran pakej-pakej pelancongan bajet yang disediakan oleh syarikat-syarikat pelancongan, kebiasaannya begitu terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali, tetapi sebenarnya perkara pertama yang perlu difokus untuk memulakan pelancongan bajet adalah dengan mengurangkan kos pada tiket penerbangan dengan mendapatkan tiket flight murah. Tapi bagaimanakah caranya? Saya akan kongsikan caranya melalui perenggan di bawah, cuma sekarang apa yang perlu anda tahu bahawa cara ini memerlukan kesabaran dan sedikit kerajinan di pihak anda. Terdapat tips tertentu yang boleh membantu anda untuk menempah tiket penerbangan dengan kos yang efektif.

1. Cara terbaik adalah dengan menempah tiket sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hingga enam minggu lebih awal. Jika anda bercadang pelancongan ke destinasi antarabangsa maka adalah lebih baik untuk anda melakukan tempahan tiket lebih awal. Kenapa? Ini kerana harga tiket pada waktu ini adalah yang paling rendah dan pastinya akan naik selepas tempoh tersebut.

2. Hari terbaik untuk menempah tiket penerbangan domestik adalah hari Rabu diikuti dengan hari Selasa dan Sabtu. Pada hari ini kebanyakan kerusi tidak mudah penuh. Daripada pemerhatian, hari-hari sebegini kurang menjadi pilihan untuk penumpang melakukan perjalanan. Oleh itu, anda berpeluang untuk mendapatkan tiket penerbangan pada kos yang rendah.

3. Penerbangan waktu pagi adalah yang termurah. Ya, penerbangan pada jam 04:00 pagi adalah lebih murah walaupun ianya agak menyusahkan. Satu lagi slot waktu adalah pada tengah hari (semasa/selepas makan tengah hari) dan lewat malam. Walau bagaimanapun, tip ini lebih berguna adalah untuk penerbangan laluan terhad. Apapun anda boleh mencubanya.

4. Jika anda sedang mencari tawaran penerbangan murah oleh syarikat penerbangan, saya sarankan anda lakukan pencarian pada waktu pagi. Hal ini kerana, waktu pagi adalah masa kebanyakan tawaran tiket flight murah diumumkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun, ada juga syarikat-syarikat tertentu yang mengeluarkan tawaran diskaun untuk sepanjang hari juga dan tidak mengira masa.

5. Terdapat banyak laman web yang mempunyai maklumat tentang tambang khas atau tawaran diskaun penerbangan. Semak semua laman web jualan tiket sama ada besar atau kecil seperti Expedia dan lain-lain. Anda juga boleh mendaftar dan melanggan untuk mendapatkan makluman percuma dengan laman yang menawarkan perkhidmatan ini. Setiap kali mereka mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai tawaran penerbangan murah maka mereka akan memaklumkan kepada anda dengan serta-merta terus ke email anda. Nasihat saya, jangan hanya tumpukan pada sebuah laman web sahaja. Daftar dengan beberapa tapak dan laman syarikat penerbangan dan anda pastinya tidak akan terlepas tawaran hebat mereka.

6. Jika anda seorang penumpang yang kerap melakukan perjalanan udara, maka tip ini sesuai untuk anda. Daftar menjadi ahli elit program penumpang kerap syarikat penerbangan. Dengan cara ini anda akan mendapat keutamaan daripada pelancong lain. Juga, kad kredit yang berhubung kepada syarikat penerbangan itu akan memberikan anda lebih banyak faedah. Jika anda selalu melakukan perjalanan menggunakan syarikat penerbangan tunggal maka tip ini akan menjadi sangat berguna untuk anda.

7. Anda juga boleh meminta bantuan daripada agensi dan syarikat pelancongan. Mereka boleh carikan anda tawaran terbaik dengan lebih cepat daripada yang anda harapkan. Mereka juga mempunyai tawaran dan pakej yang anda tidak akan dapati di laman syarikat penerbangan itu sendiri.

Demikian 7 tips dan cara mendapatkan tiket flight murah, jadi saya berharap tips ini dapat membantu dalam pencarian anda untuk mendapatkan tiket penerbangan yang terbaik dan murah.

Baca juga:

Leave a Reply