free
web stats

Cara Mendapatkan Google Sitelinks Untuk Blog

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda cara mendapatkan google sitelinks. Jangan risau saya rasa teknik yang telah saya praktikkan ini tidak menyusahkan atau terlalu kompleks untuk anda ikuti.

Terlebih dahulu mari kita kenali apa itu google sitelinks.
Sitelinks ialah himpunan khusus suatu link yang dicari oleh pengguna bertujuan memudahkannya mencari maklumat dikehendaki dalam masa yang singkat.

Bagaimana mendapatkan google sitelinks untuk blog saya?
Google akan memberikan secara automatik google sitelinks kepada blog yang dirasakan boleh membantu pengguna. Ini bererti blog yang mempunyai keywords yang laris dan mendapat permintaan ramai akan diberi keutamaan untuk mendapat google sitelinks.

Bolehkah saya mendapat google sitelinks sekiranya Pagerank dan Alexa ranking saya rendah?
Boleh! Sebenarnya google sitelinks tidak dipengaruhi oleh kenaikan atau penurunan Pagerank blog. Pagerank cuma menentukan kedudukan sesuatu keywords dalam SERP. Sekiranya anda masih belum memiliki PR yang baik, apa kata anda mempelbagaikan kata kunci dengan menggunakan konsep ‘kata kunci tidak kompetitif’ untuk bersaing dengan kata kunci blog yang mempunyai PR lebih baik. Sementara itu saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai Alexa ranking kerana anda boleh melihatnya sendiri di bawah.

Ada yang kata ia bergantung kepada trafik.
Memang betul ianya bergantung kepada trafik, tapi bukannya daripada pelawat tetap blog anda. Sebaliknya jumlah pelawat organik yang datang melalui hasil carian kata kunci.

Tapi blog saya baru setahun jagung dan menggunakan platform blogspot.
Tiada masalah. Bahkan saya yakin ada di antara blog yang mendapat google sitelinks seawal usia 4 bulan. Malah google lebih menyukai blogspot berbanding wordpress. Iyelah, siapa yang tak sayangkan anak sendiri.

sitelink

sitelink

Jadi bagaimana caranya saya mendapatkan google sitelinks?

1. Sila pastikan blog anda mempunyai title tag, meta keywords, meta description serta bebas daripada kesalahan penggunaan HTML dan CSS.

  • Anda boleh pergi ke SINI untuk melihat kesalahan HTML.
  • Atau di SINI untuk melihat penggunaan CSS yang salah.

2. Pastikan juga blog anda mempunyai artikel yang cukup sebelum berangan-angan mempunyai google sitelinks sendiri. Kalau boleh tunggu sehingga artikel anda mencecah 20 atau pun lebih, kemudian barulah mula menghantar alamat url blog anda kepada google.

3. Buang semua link yang telah rosak atau tidak berkenaan di dalam artikel atau page anda. Jangan lupa meletakkan kategori dan tags setiap artikel anda untuk meyenangkan segala bot dan sampan google melayari blog anda. Satu lagi, bot amat benci pada Javascript dan Navigasi yang melampau. Kurangkan okey!

4. Dapatkan lebih traffik dengan menyediakan artikel panas dan keywords yang menjadi sasaran pembaca. Kalau boleh buat internal link menuju ke artikel anda yang lain supaya ratingnya menjadi semakin tinggi.

5. Akhir sekali submit blog anda kepada google untuk tindakan selanjutnya. Kalau semua perkara di atas dipatuhi dan berjalan dengan lancar, Insya-Allah saya pasti esok pagi blog anda akan turut menerima google sitelinks.

Sebenarnya ia bukan susah sangat bagi anda dapat sitelink ni untuk blog anda. Cuma ia kena ambil masa sikit saja. Takkan anda tulis blog hari ini, esok dah akan dapat sitelink, kan? Benda ini perlu ambil sikit masa. Jadi, apa yang anda perlu buat cuma usahalah sikit untuk tulis blog, dan anda akan dapat sitelink dalam masa yang singkat.

Nak mendapatkan google sitelink memang mudah. Tidak perlu menjadi antara blog terkenal dan menerima kunjungan ribuan pelawat. Cuma pastikan semua kehendak seperti 1-5 diikuti. Kalau semuanya dipatuhi, Google akan memberikan sitelink.

Sekiranya belum mendapatnya walhal sudah melakukan 5 perkara tersebut, jangan malu, submit url blog anda pada Google. Pasti dapat.

Leave a Reply