free
web stats

Cara Dapat Maklumat CTOS dan CCRIS Dalam Pemohonan Pinjaman

CTOS merupakan sebuah syarikat yang berfungsi dalam pembekalan maklumat peminjam dan syarikat ini mengutamakan hal ehwal perdagangan.

Jika seseorang didakwa dan muflis, nama individu tersebut akan tersenarai dalam senarai CTOS, panel bank, pejabat guaman, atau institusi legislatif yang lain, syarikat insuran dan peniaga turut akan merujuk kepada data yang diberikan oleh syarikat tersebut sebelum membuat kelulusan ke atas pinjaman ataupun pemohonan kewangan yang lain. Jika pemohon telah disenaraikan dalam senarai hitam, maka pihak bank akan menolak pemohonan pinjaman tersebut.

loan application

Jika anda pernah berhutang bil telefon, internet/jalur lebar, bil air/utiliti, kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, maka anda perlu mengambil perhatian di sini. Hal ini kerana, anda mungkin tersenarai dalam senarai hitam. Terdapat 4 cara di mana anda boleh mendapatkan maklumat CTOS anda. Anda boleh menggunakan aplikasi telefon pintar, melalui internet, sms dan hadirkan diri ke pejabat CTOS.

ctos

Anda perlu membuka satu akaun pengguna dan menjana satu ID pengguna jika anda ingin semak melalui aplikasi, internet mahupun sms.

Caranya sangat mudah:

Langkah 1:
https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister

Langkah 2:
Isikan nombor kad pengenalan, tekan “Next”.

Langkah 3:
Isikan maklumat persendirian
(emel, nombor telefon, kata laluan akaun dan sebagainya)

Langkah 4:
Tekan “Submit”, tunggu balasan dan dapatkan “User ID” atau ID pengguna.

Cara pertama: Aplikasi Telefon

ctos app

Langkah 1:
Guna telefon pintar untuk muat turun aplikasi CTOS

Langkah 2:
Fon Android menerusi Google Play, jalinan tred muat turun: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.ctos.android

Langkah 3:
Pengguna i-phone (iOS) menerusi carian iTunes, kata kunci: CTOS
.
Langkah 4:
Setelah aplikasi berjaya dimuat-turun, tekan kekunci “Services” diikuti dengan “Self-Check

Langkah 5:
Hasil terpamer di atas skrin.

Cara kedua: Semakan Online

my ctos score

Langkah 1:
Layari http://www.ctos.com.my

Langkah 2:
Daftar masuk akaun CTOS dengan “User ID”dan kata laluanDaftar masuk akaun CTOS dengan “User ID”dan kata laluan.

Langkah 3:
Isikan alamat emel yang memerlukan laporan.

Langkah 4:
Laporan akan dihantar ke peti emel anda.

Cara ketiga: Mesej Ringkas/SMS

ctos sms

Langkah 1:
Buka aplikasi sms, tekan SELFCHECK[Nombor Kad Pengenalan]< JARAK> dan hantar ke 36396. Contoh format: SELFCHECK 801011527876

Langkah 2:
Setiap mesej yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM10! Ya, memang tidak salah, RM 10!

Langkah 3:
Laporan akan dihantar ke peti emel anda.

Cara keempat: Hadirkan diri ke Pusat Perkhidmatan CTOS

ctos kiosk

Langkah 1:
Hadirkan diri ke Pusat Perkhidmatan CTOS dengan salinan asal kad pengenalan.

Langkah 2:
Staf yang berkenaan akan membantu anda.

Butiran Syarikat:
CTOS Data Systems Sdn Bhd (247651H)
Unit A-9-6, 9th Floor Megan Avenue 1, No. 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2722 8833 Faks: 03-2722 8822

Adakah ahli keluarga atau kawan anda gagal dalam permohonan pinjaman? Viralkan untuk pengetahuan mereka.

Rekod CCRIS Yang Penentu Buruk Atau Baiknya

Sejak tahun lepas syarat kelayakan pinjaman diperketatkan, jadi nak dapat kelulusan untuk pinjaman bukan mudah. banyak perkara lagi disemak dengan lebih teliti sebelum bank meluluskan sebarang pinjaman.

Salah satu aspek utama dan yang pertama dirujuk oleh bank adalah laporan kredit orang yang memohon pinjaman ataupun lebih biasa kita dengar, rekod CCRIS.

Rekod CCRIS ni pada saya ibarat anak baru lahir, kita lah yang perlu bentuk dan didik supaya ianya baik dimata bank. Berikut adalah beberapa tips untuk ‘menjaga dan membesarkan anak baru lahir kita tu.

Buat Pinjaman Yang Anda Mampu Bayar
Ini langkah pertama, hanya buat pinjaman yang anda yakin anda mampu bayar. Macam anak la, kalau tak mampu nak beli susu dan pampers, anak hidup melarat, lebih baik tak payah ada anak kan?

Jadi, penting untuk kita buat pinjaman yang kita mampu bayar, misalnya pinjaman untuk membeli kereta, biarlah kereta tu cuma 1/6 dari gaji kita, dan kalau ruah 1/3 dari gaji. Ini kalau kereta dah 1/2 gaji dan rumah dah 1/2 gaji, memang la tak mampu bayar.

Bayar Hutang Anda
Macam anak, bila dah mampu beli susu dan pampers, maka kenalah bagi dia minum susu dan salin pampers bila dia rasa tak selesa. Jadi bayarlah hutang anda secara konsistent setiap bulan.

Untuk memudahkan urusan pembayaran, perlu senaraikan hutang anda supaya senang untuk bayar semua hutang. Kalau yang ada income tetap setiap bulan, lebih mudah sebab bila masuk saja gaji, boleh bayar setiap hutang yang dah disenaraikan

Betulkan Jika Tersalah Hutang

  1. Kalau ada kes yang tak bayar dan rekod ccris jadi tak elok, ada baiknya berusaha untuk membayar apa yang tertunggak, dan seterus bayar setiap bulan seperti biasa.
  2. Kalau rasa ada hutang yang patut dilupuskan, ada baiknya tengok semua hutang dan kaji hutang mana yang patut diselesaikan terlebih dahulu (misalnya kad kredit), dan cepat-cepatlah langsaikan hutang itu.

Elak dari Jadi Penjamin atau Memberi kad Supplementary

  1. Memang tinggi risiko jadi penjamin, kalau orang yang anda jamin tu buat ‘taik’ kursusnya hal pinjaman, maka rekod kredit jugalah yang buruk. Jadi kalau boleh sila cuba elakkan.
  2. Biasa dengan kad Supplementary, yang mana kita ada kad prinsipal dan kad supplementary orang lain (misalnya anak/ isteri) boleh pakai dan kita yang bayar. Risiko jugak tinggi anak atau isteri guna kad kredit di mana pada akhirnya amaun kepada sendiri kena bayar. Kalau jumlah hutang oleh anak/isteri tu terjejak 20k, pening juga untuk setelkan. Jadi elakkan ada supplementary card.

Baca juga: Cara Untuk Clearkan Nama Penjamin Yang Blacklist di MARA

1 thought on “Cara Dapat Maklumat CTOS dan CCRIS Dalam Pemohonan Pinjaman”

  1. selain cara sms.. yg lain kena bayar jgk ke sis?

    skang dh byk cara senang nk check kan.. tp apa2 pun better sgt utk pasti bil2 or komitmen bulanan tidak tertunggak.. so x yah pening2 utk cek CTOS or CCRIS kan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *